Bagaimanakah kedudukan saf yang betul apabila seorang isteri solat berdua bersama dengan suaminya?
Jawapan :
Isu ini disebutkan oleh para fuqaha apabila mereka membincangkan berkenaan susunan saf di dalam solat yang melibatkan orang lelaki, perempuan, khunsa, serta kanak-kanak. Di antara dalil yang menjadi madar (ruang lingkup) perbahasan berkaitan isu ini adalah sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A yang menyatakan :
Maksudnya : Bahawa neneknya yang bernama Mulaikah menjemput Rasulullah S.A.W memakan makanan yang telah dimasaknya. Maka baginda pun menjamu makanan tersebut lalu bersabda : Bangunlah untuk aku bersolat bersama kamu semua. Kemudian Rasulullah S.A.W berdiri untuk solat, lalu baginda meletakkan aku dan seorang anak yatim di belakangnya, dan perempuan tua (nenek) di belakang kami. Kemudian baginda solat dua rakaat bersama kami dan seterusnya beredar.
Ads
Riwayat Al-Bukhari (380)
Berdasarkan hadis di atas, terdapat beberapa faedah yang boleh dikeluarkan seperti berikut:
Hadis di atas menunjukkan kepada keharusan solat sunat secara berjamaah.
Galakan kepada penghuni rumah untuk mengambil berkat dengan kehadiran orang soleh dan ahli ilmu dengan menunaikan solat di dalam rumah mereka.
Baginda S.A.W mahu mengajarkan kepada mereka pergerakan-pergerakan solat.
Begitu juga diajarkan pergerakan solat kepada orang perempuan. Ini kerana, sangat sedikit dan terbatas pergerakan solat yang dapat mereka pelajari daripada Rasulullah ketika di masjid. Maka apabila baginda solat di rumah Mulaikah ini, beliau dapat melihat pergerakan solat, mempelajarinya, dan seterusnya mengajarkan kepada orang lain.
Hadis ini juga menunjukkan sahnya solat kanak-kanak yang mumayyiz.
Hadis di atas turut menjelaskan bahawa kanak-kanak juga turut mempunyai tempat di dalam saf.
Begitu juga orang perempuan berdiri di belakang orang lelaki semasa solat.
Demikianlah beberapa faedah daripada hadis yang diistinbatkan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis di atas. Rujuk Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (5/293).
Justeru, dapatlah difahami bahawa jika seorang perempuan itu menjadi makmum kepada orang lelaki, sama ada lelaki tersebut adalah ayahnya, abang, adik, atau suaminya, maka kedudukan saf bagi wanita itu adalah di belakang imam. Ini juga bertepatan dengan nas yang turut diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A yang mengatakan :
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W solat dengannya (Anas) bersama dengan ibunya atau ibu saudaranya lalu Anas berkata: Baginda mendirikan aku di sebelah kanannya dan baginda mendirikan orang perempuan di belakang kami.
Riwayat Muslim (1056)
Kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Sekiranya yang hadir mengerjakan solat itu terdiri daripada orang lelaki, kanak-kanak, golongan khunsa, serta orang perempuan, maka didahulukan orang lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian golongan khunsa, kemudian orang perempuan. Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al Nawawi (3/132).
Di dalam kenyataannya yang lain Imam Al-Nawawi mengatakan: Para ashab kami mengatakan: Kesemuanya ini (susunan solat) hukumnya adalah mustahab (sunat) dan menyelisihinya adalah makruh namun tidak membatalkan solat.
Ads
Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya Al-Hawi Al-Kabir (2/340) menukilkan kenyataan Imam Al-Syafie yang berkata: Apabila seorang lelaki menjadi imam, maka makmum (lelaki) berdiri di bahagian kanannya. Sekiranya makmum tersebut merupakan khunsa musykil atau perempuan maka setiap seorang dari mereka berdiri di belakangnya (imam) secara bersendirian.
Sekiranya seorang lelaki menjadi imam kepada seorang sahaja wanita, maka perempuan tersebut berdiri di belakangnya dan bukannya di sebelahnya. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W :
Maksudnya : Sebaik-baik saf orang lelaki adalah yang paling depan dan seburuk-buruk saf orang lelaki adalah yang paling akhir. Manakala sebaik- baik saf orang perempuan adalah yang paling belakang dan seburuk-buruk saf bagi mereka adalah yang paling hadapan.
Riwayat Muslim (440)
Kesimpulan
Setelah kami mengemukakan beberapa pendapat para fuqaha berserta dengan nas-nas syarak di atas, maka kami menyatakan bahawa sekiranya seorang wanita solat bersama suaminya secara berjamaah, maka kedudukannya adalah di belakang suaminya. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita dalam beragama. Ameen.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sifat cemburu merupakan emosi yang kebiasaanya merujuk pada fikiran negatif dan perasaan takut dan khuatir dengan kehilangan sesuatu yang dihargai, hal ini merujuk pada konteks hubungan sesama manusia.
Bila perasaan cemburu datang, anda akan rasa marah, benci, meluat malah kecewa, yang boleh mendatangkan kepada pergaduhan dalam hubungan anda. Orang kata cemburu itu tandanya sayang. Tetapi kalau anda selalu sahaja cemburu tidak kena dengan tempatnya, pasangan anda mungkin merasa rimas dengan anda.
Anda sebenarnya boleh sahaja mengawal rasa cemburu tak bertempat ini dengan pasangan anda. Sekali sekali mungkin ok, jangan terlalu kerap kerana itu amat bahaya yang boleh membuat pasangan anda berasa bosan dengan anda. Jadi, kami ada cara yang boleh membuatkan anda berasa tenang dan cool sahaja.
1.Tarik nafas dalam-dalamdan hembus sekuat mungkin
Ulangnya sehingga perasaan anda semakin okay. Ia sedikit sebanyak memberi ketenangan dan kesabaran kepada anda apabila anda ingin memarahi sesuatu benda. Elakkan daripada mendekati benda yang negatif daripada anda. Jika anda ingin bersendiri sebaiknya duduk di tempat yang diam dan tenang seperti taman.
2. Berenang
Selain itu, berenang juga mampu mengurangkan kesakitan dalam hati akibat cemburu. Dengan suhu air yang sejuk, marah tadi boleh bertukar kepada reda.
3. Menangis
Menangislah sepuas hati anda agar perasaan yang anda pendam itu dilepaskan keluar. Namun, jangan sampai anda meratapi nya terlalu lama sehingga menyebabkan anda abai dengan penjagaan diri, dan tugasan anda. Takut memudaratkan kesihatan anda pula.
4. Berdoa
Mintalah pada Tuhan agar hati anda ditenangkan dan dipermudahkan dari kesukaran yang anda hadapi. Berdoa agar tuhan memudarkan rasa cemburu yang keterlaluan anda itu. Tuhan itu Maha Penyayang dan Pengasih.
5. Makan
Selalu perasaan cemburu ini disertai dengan perasaan sedih sekali. Bila kita sedih, pastinya kita ingin menggembirakan hati kita. Makan adalah salah satu cara yang dapat menghilangkan rasa sedih itu. Bila makan anda akan berasa gembira dan mungkin dapat melupakan perasaan itu.
Sumber : wanista
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam persediaan untuk majlis perkahwinan atau pertunangan, gubahan hantaran menjadi perkara penting dan didahulukan dalam acara tersebut. Gubahan hantaran sudah menjadi adat dan tradisi dalam masyarakat Melayu untuk menjalinkan hubungan yang rapat bagi kedua-dua pihak keluarga.
Gubahan hantaran digubah pelbagai gaya dan semestinya cantik dan menarik perhatian semua tetamu. Untuk menghasilkan gubahan hantaran yang menarik pertimbangkan perkara berikut:
Tentukan Jumlah Dulang
Setelah bajet ditetapkan di antara anda dan pasangan, seterusnya anda bolehlah menetapkan jumlah dulang yang ingin anda letakkan. Mengikut adat melayu tradisional, bilangan dulang untuk pasangan pengantin adalah dalam angka ganjil.
Buat Senarai Barang Hantaran
Sebaik sahaja gabungan barangan telah ditetapkan, maka inilah masanya untuk pergi membeli-belah.
Tema Warna
Warna hantaran biarlah sepadan dengan tema yang anda pilih untuk menjadi tema warna perkahwinan. Dengan mengenakan tema warna tersebut, ia akan menjadikan hantaran kelihatan senada dan bergaya.
Saiz
Sebaiknya letak barang yang praktikal dan juga tidak lebih daripada dulang hantaran yang disediakan supaya nampak kemas dan tersusun.
Berat barang
Elakkan letak barang yang terlalu berat. Ini mengelakkan bila memegangnya jadi tidak stabil.
Tentukan Siapa yang Akan Menggubah Dulang
Antara tip seterusnya dalam memilih barang perkahwinan adalah menetapkan siapakah yang akan menggubah dulang tersebut. Ia adalah untuk mengelakkan salah faham di kemudian hari. Yelah, barang dah ada, dulang dah ada, yang tidak ada adalah orang yang hendak menghiasnya!
Berikut contoh hantaran buat bakal pengantin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin mengakhiri kisah tersebut dengan pertalian yang sah dan halal. Mungkin ada di kalangan anda yang masih ragu-ragu dengan perhubungan cinta tersebut. Adakah anda benar-benar serius dalam perhubungan tersebut atau masih menunggu masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga?
Sekiranya anda masih ragu-ragu dengan perhubungan cinta bersama pasangan, mungkin tanda-tanda ini mampu meyakinkan anda untuk hidup bersama si dia. Jom kita lihat sembilan tanda perhubungan cinta anda berdua telah pun mencapai tahap yang serius.
1. SELALU BERSAMA
Sering menghabiskan waktu bersama adalah indikasi pertama dari hubungan cinta yang serius. Anda dan si dia juga selalu menghabiskan masa bersama. Walaupun sibuk dengan tugas seharian, anda tetap mencari masa untuk bersama tanpa sebarang alasan.
2. KENALKAN DENGAN TEMAN
Ketika anda bertemu dengan rakan-rakan lama, anda tidak ragu untuk memperkenalkan si dia sebagai pasangan Anda. Jika pasangan anda juga melakukan perkara yang sama, ini bermakna hubungan cinta anda memang serius.
3. SENTIASA MESRA
Kemesraan tidak harus ditunjukkan dengan sentiasa berkepit dan berpelukan. Contohnya pandangan mata atau bahasa tubuh juga termasuk bentuk mesra yang menunjukkan hubungan cinta yang serius.
4. TAK KISAH SOAL PENAMPILAN
Anda dan pasangan sama-sama mahu bersemuka meskipun baru sahaja bangun dari tidur dan tidak mengenakan mekap. Penampilan apa adanya ini juga termasuk tahap betapa seriusnya hubungan dalam percintaan
5. BAWA JUMPA KELUARGA
Saat menghadapi masalah keluarga, kawan, mahupun urusan cinta itu sendiri, apakah Anda dan pasangan berusaha saling menghargai pendapat dan mencari jalan penyelesaian bersama? Jika ya, ini bermakna hubungan anda dan si dia memang serius.
6. SALING MEMPERCAYAI
Tanda hubungan cinta yang serius adalah ketika anda sudah diperkenalkan pasangan pada keluarganya. Begitu juga sebaliknya.
7. KONGSI MASALAH KEWANGAN
Mulai berkongsi tentang masalah kewangan adalah bentuk komitmen di antara pasangan. Jika sudah ada komitmen, hubungan yang dijalani pasti begitu serius.
8. RASA SELESA DI RUMAHNYA
Saat anda berkunjung ke rumah pasangan, anda sudah merasa nyaman dan merasa bagai berada di rumah sendiri. Jika pasangan merasakan perkara yang sama, hubungan cinta anda dan si dia memang serius.
9. FIKIR TENTANG MASA DEPAN
Sudah pernah membicarakan tentang masa depan seperti pernikahan dan anak? Jika sudah, itulah tanda bahawa hubungan cinta anda memasuki tahap yang serius. Itulah salah satu tanda-tanda dari hubungan cinta yang serius.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!