Hubungan

Tanda Disayangi, Bila Keluar Ada Orang Rindu dan Sambut Kepulangan Kita

Share

Agaknya apa tanda disayangi seseorang? Adakah bila kita saling ada dan sebumbung? Haaa.. biasanya yang dinamakan ‘keluarga’ itu sebenarnya yang membuatkan kita rasa gembira bila dia pulang. Tanda dia ingat walau di mana saja dia pergi.

Tanda Disayangi

Seperti yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini, kepulangan yang dinanti setiap kali si dia keluar. Macam ini lebih mudah nak faham…

Anda balik sahaja, diorang dah gembira.
Anda balik, bawa balik sesuatu, lagi diorang gembira.
Anda makan sekali, diorang gembira.
Anda buat aktiviti sekali dengan diorang, lagi diorang gembira.

Anda bawa keluar makan, diorang gembira.
Anda bawa diorang pergi jalan-jalan, lagi diorang gembira.
Bila orang dalam rumah itu gembira dengan kehadiran kita, ketahuilah rumah itu penuh dengan kasih sayang.

Bila Keluar Ada Orang Tunggu

Kita ini seorang yang penyayang, kehadiran kita diperlukan oleh mereka. Ketiadaan kita dirindukan oleh mereka.

Namun, bila rumah itu gembira bila kita tiada. Bila rumah itu kurang bicara dan berdiam seribu bahasa bila kita ada, ketahuilah ada masalah antara kita dan mereka.

Ada “jarak” antara kita dan mereka. Perbaiki “jarak” ini kerana semakin jauh jarak ini, semakin susah untuk diperbaiki.

Renung-renungkan.

Published by
Nadia