Perempuan ni insan paling fragile. Sekali kau layan dia baik dan sayang dia, dia akan cuba bagi apa yang kau apa sahaja untuk kau bahagia. Nak tau tanda-tanda perempuan dah sayang? Ini perkara dia confirm buat dekat korang
- Dia terima awak seadanya
2. Maafkan Walaupun Kesilapan Awak Berulang Kali
3. Dia akan pertahankan hubungan
4. Dia akan buat yang terbaik untuk awak
5. Dia percaya dengan setiap apa yang awak katakan
6. Dia selalu nak bahagiakan awak
7. Dia akan bantu sedaya upaya tidak menyusahkan awak
8. Ketika susah dia tak mengeluh ketika senang dia tak meminta-minta
9. Dia akan memberikan perhatian dan akan cuba curi perhatian awak kepadanya
10.Setia pada awak dan pada dia tiada lagi lelaki lain yang di cintai
11. Bila perempuan dah saying, dia akan kerap minta maaf sebab tak mahu kecewa.
12. Walaupun kadang-kadang menyakitkan. Itulah wanita bila dah sayang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Sebab Kenapa Ramai Orang Suka Cari Jodoh Dari Internet
Perubahan zaman menyebabkan kita mudah untuk berjumpa dan mengenali seseorang dengan cepat dan mudah. Laman sosial media terutamanya menjadi antara platform utama untuk mencari jodoh pada zaman ini.
Kini, anda sudah boleh mencari jodoh dengan hanya mengadap ‘smart phone’ sahaja. Tetapi perlu juga diingatkan yang medium internet sudah tentu mempunyai kelebihan dan juga kelemahan yang tertentu.
Namun, perlu diingatkan bahawa jangan sesekali beri maklumat peribadi anda kepada dia terlebih dahulu. Sebaiknya kenal hati budi dahulu sebelum berjumpa.
1. Tidak Mengganggu Masa Anda
Laman web adalah sesuatu yang bersifat boleh akses di mana-mana sahaja, tidak kira tempat dan waktu. Ia sangat sesuai bagi mereka yang selalu mengejar masa dan sibuk. Kesibukan merupakan antara faktor bagi golongan lelaki dan wanita lambat bertemu jodoh. Medium alternatif ini, ia akan lebih memudahkan golongan ini untuk bertemu dengan jodoh mereka.
2. Membantu Golongan Yang Kurang Keyakinan Diri
Mencari jodoh melalui internet juga adalah salah satu tempat alternatif yang baik bagi golongan yang kurang berkeyakinan tinggi. Ini kerana mereka dapat menyembunyikan kegugupan mereka berbanding jika bertemu secara berdepan dengan calon pasangan. Jika secara alam maya ia akan memberi sedikit kebebasan untuk bertanya.
3. Tidak perlu Keluar Rumah
Kelebihan mencari jodoh melalui internet juga adalah kita tidak perlu keluar daripada rumah. Bagi sesetengah orang, mereka malas untuk keluar ‘hangout’ terutama pada waktu hujung minggu kerana ia adalah waktu berehat. Jadi dengan hanya perlu melayari web cari jodoh, anda boleh bertemu jodoh dengan pasangan yang serasi.
4. Tidak Perlu Takut Ditolak
Anda yang mencari jodoh melalui internet tidak perlu takut jika mahu menolak atau ditolak oleh bakal pasangan taaruf. Ini kerana penolakan yang berlaku adalah biasa bagi cari jodoh secara ‘online’ ini. Semua calon yang mencari jodoh tidak bertemu secara berdepan. Jadi tidak perlu terasa hati atau tersinggung jika anda juga ditolak oleh calon lain.
5. Banyak Pilihan
Semestinya anda akan mempunyai banyak pilihan. Pilihlah yang terbaik dan serasi. Pastikan anda kenal bakal pasangan anda betul-betul sebelum melangkah ke tahap yang lebih serius.
6. Potensi Mendapat Jodoh Lebih Besar
Mereka yang mendaftar di laman web cari jodoh biasanya adalah mereka yang sudah bersedia untuk berkahwin. Tujuan dan misi mereka adalah jelas iaitu berkahwin. Oleh sebab itu, potensi untuk bertemu jodoh juga adalah lebih besar kerana semua orang yang mendaftar pada laman web tersebut mempunyai misi yang sama iaitu berkahwin.
Sumber : baitulmuslim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kumpul Duit Kahwin RM43,250 Dalam Masa 2 Tahun, Caranya Mudah!
Semua orang ada impian nak dirikan rumah tangga kan, tapi tak ramai yang sanggup tengok amount duit yang diperlukan untuk buat majlis perkahwinan. So macam mana kita nak kumpul duit kahwin dalam masa 2 tahun?
Okey first sekali,
#1 SET TARIKH TARGET
Set kan tarikh target korang nak kahwin, sebab kalau korang tak target, susah untuk korang nak set pencapaian korang. So memang kene set. Normally orang akan buat persediaan nak kahwin 2 tahun sebelum tarikh majlis diorang.
#2 BUAT ASB LOAN
Okey ini sangat penting untuk memaksa diri korang untuk buat simpanan. So apa yang korang kene buat, buat ASB LOAN 50k ikat selama 30 tahun.
So bulanan nya dalam RM300/month dengan kadar faedah bank 5.2%.
Andai kata dividen tahunan ialah 7.25%, So setiap tahun korang akan dapat duit dividen dari simpanan ASB tu dalam RM3,625.
So 2 tahun jadi RM7,250.
Hmm cukup ke RM7,250 ni? Duit hantaran pun dah RM10k, mana lagi nak beli barang hantaran lagi, majlis nikah lagi, majlis kahwin lagi kan. So conclusion nya memang tak cukup.
So apa yang korang kena buat ialah langkah ketiga.
#3 BUAT PART TIME DROPSHIP TANPA MODAL
Okey sekarang ni bersepah founder leader stokis yang cari agent dropship kan. So gunakan peluang yang diorang bagi ni untuk tambah pendapatan. Memang nak kahwin ni kena struggle sikit lah kan. Hehe.
Tips dia, korang kena lah jual produk yang orang sedian tahu, yang jenis leader @ stokis yang memang akan guide korang cara untuk jana pendapatan. Dropship ni korang tak payah keluar modal pun, dapat komission #FREE je.
Contoh nya macam produk dianz, hmp cosmetics, jus shine, elysiancosmetic, dyxy, nuraysa, macam macam lagi lah.
Normally keuntungan dropship RM5-RM30 / pcs,
So andai kata lah korang dapat jual 5 produk, Razz average kan keuntungan dalam RM10/pcs
#Sehari 5pcs x RM10 = RM50
#Sebulan 30 hari x RM50 = RM1500
#2tahun 24 bulan x RM1500 = RM36,000
Ha nampak tak kat situ, dalam masa 2 tahun korang dapat kumpul RM36k cash money okey. Tak payah buat bisnes keluar modal besar pun dah boleh simpan duit kahwin. Syarat nya korang kene tahan nafsu lah.
Tips simpan duit, setiap kali korang dapat komission terus masukkan dalam ASB, sebab ASB ni leceh sikit nak keluarkan, lepas tu sembunyikan buku ASB tu, jangan gatai nak keluarkan duit untuk shopping pula tau.
So cukup masa korang nak kawin tu, baru lah keluarkan duit ASB tu, lepas tu boleh lah korang langsungkan perkahwinan korang tu.
So dah ada RM43k tu cukup tak untuk korang kahwin? Terlebih cukup kan, tapi jangan lah pulak korang habis kan RM43k tu untuk majlis 1 hari tu. Buat majlis berpada pada je, elakkan pembaziran tau.
RM10,000 untuk hantaran
RM10,000 untuk majlis 500pax
Selebihnya ada lagi RM23k kan, korang simpan untuk persediaan alam rumah tangga nanti ye.
So macam mana, okey ke idea ni ? Kalau korang rasa okey boleh lah cuba try test cara ni, tapi kalau korang rasa ada cara lain yang lebih baik, boleh terus guna cara u alls. Razz cuma bagi idea je, bantu apa yang mampu je.
So jangan lupa tau share tips ni, dan tag pasangan u alls okey.
Salam Sayang,
Kak Razz pengubah hantaran
Sumber: Razzatul Nadia Rosli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Jodoh Dah Sampai Kahwinlah, Pintu Rezeki Akan Sentiasa Terbuka
Perkahwinan merupakan satu sunnah daripada Rasulullah yang sangat digalakkan untuk menjadi ikutan ummah. Banyak hikmah yang diperolehi jika anda bernikah dengan niat yang betul. Orang yang bernikah kerana Allah tidak akan sia-siakan pernikahan tersebut. Justeru, Allah akan menolong orang yang ingin bernikah atas dasar yang betul. Perkahwinan juga akan memberikan tanggungjawab kepada anda kepada isteri dan anak-anak. Justeru, Allah akan membuka pintu rezeki kepada anda jika anda menjalankan kewajipan anda kepada keluarga.
1. Allah akan mencukupkan rezeki mereka yang akan berkahwin
Jika di lihat dalam masyarakat zaman sekarang, ramai antara mereka yang mulanya miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya. Allah swt. telah berfirman di dalam surah An Nur ayat ke 32 yang bermaksud;
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah An Nur : Ayat 32)
2. Jangan ragu-ragu
Penyakit ragu-ragu sering menjadi persoalan utama jika seseorang yang ingin menikah. Seseorang yang telah memikirkan lebih mendalam mengenai kehidupan dan perjalanan selepas perkahwinan, adalah seorang yang berkeyakinan dan pasti dengan apa yang di lakukan tanpa ragu-ragu. Anda harus meletakkan keyakinan kepada Allah, kerana sebaik-baik perancang adalah Allah. Mohon kepadanya agar kehidupan anda untuk membina sebuah keluarga berjalan dengan lancar dan di redhai.
Jika umur sudah sampai waktunya dan memang wajib untuk segera menikah. Maka, langkah yang seterusnya adalah kita berikhtiar. Jika berikhtiar telah dilakukan, maka jangan pernah berhenti untuk berdoa. Percayalah, Allah swt. telah menentukan saat-saat yang tepat dan terbaik bagi hamba-Nya yang tak pernah putus asa dari Rahmat-Nya.
Kita sebagai seorang muslim perlu terus menunaikan kewajiban kita dan untuk mempercayai dan yakin dengan janji Allah. Jangan sampai bisikan-bisikan syaitan menyusup ke dalam hati. Ianya akan dapat mengugat keimanan kita terhadap kebenaran janji Allah swt, termasuk ketika Allah swt. berjanji akan mencukupkan hamba-Nya yang miskin apabila menikah.
Tiada yang mudah dalam hidup, semuanya perlu di teruskan walaupun sesakit mana pun kita. Allah swt jika ingin memberikan kurnia kepada hamba-Nya. Sungguh, Allah swt. Maha Pemurah dan pemberi rezeki. Ia terserah kepada kita meyakini atau tidak. Dengan keyakinan itu, hidup kita akan lebih optimis dan selalu memikirkan yang positif.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI