Kalau dekat rumah ada banyak kain langsir lama tak pakai dan masih elok, apa kata anda buat langsir eyelet macam ini.
Hah, jangan risau, ini ada cara-cara mudah bagaimana nak buat lubang eyelet ring pada langsir itu. Ini merupakan cara DIY yang dikongsikan oleh Puan Dura. Jom ikuti caranya di bawah.
Tebuk Eyelet Ring Pada Langsir Lama, Isteri Boleh Jimat Hias Rumah
Cara-cara Tebuk Langsir Eyelet
Nah belanja hampa cara-cara nak buat tebuk bulat langsir ni. Langsir lama yang ketinggalan zaman pun hampa tebuk ja, dah jadi baru. Tak payah pergi upah tebuk dekat kedai, tebuk sendiri saja.
BARANG DIPERLUKAN:
Eyelet ring langsir
Pembaris
Gunting
2 marker pen (berbeza warna)
LANGKAH-LANGKAH:
1. SUSUN EYELET RING DI ATAS HUJUNG BAHAGIAN KEPALA LANGSIR
Letak eyelet ring untuk ukur bagi sama rata. Tak ada ukuran untuk letak ring sebab bidang kain tak sama, cuma untuk bidang 60 you all letak 8 keping ring sahaja. Ukur agak-agak, tak sama sikit-sikit kira halal je.
2. GUNA MARKER PEN UNTUK TANDA BULATAN EYELET
Bulatkan dengan marker pen.
3. HASIL SELEPAS DITANDA
Macam ini:
4. TANDA TEPI BULATAN BERJARAK 1/4 INCI DENGAN WARNA LAIN
Selepas itu, tanda tepi 1/4 inci. Tanda untuk kita gunting sat lagi.
5. GUNA GUNTING DENGAN CARA SEPERTI DI GAMBAR
Guna gunting macam ini. Senang nak tikam, hujung dia tajam sangat-sangat dan jaga-jaga jari.
6. GUNTING PADA TANDA 1/4 INCI TADI
Kasi tikam dia.
7. HASIL SETELAH DIGUNTING
8. BELAH EYELET RING GUNA PISAU TUMPUL
Belah ring tu guna pisau. Jangan guna pisau baru, guna pisau lama yang tidak tajam okay.
9. EYELET RING BAHAGIAN TAJAM LETAK DI ATAS
Letak bahagian eyelet ring yang tajam dekat atas.
10. LETAK EYELET RING TIDAK TAJAM DI BAWAH LANGSIR
Bubuh bagi betul-betul. Kalau tak betul, gunting sikit-sikit lagi bagi masuk dalam bulatan tu.
11. TEKAN EYELET RING KEDUA-DUA BAHAGIAN DENGAN TANGAN
Tepuk dengan tangan saja, puk puk bagi betul-betul.
Dah, siap! Senang golongan isteri nak jimatkan duit poket keluarga, hanya guna langsir lama sahaja. Jadi mungkin anda boleh cuba menggunakan tip yang dikongsikan wanita ini kalau rasa dah bosan tengok langsir lama di rumah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI