Semakin lama anda dan pasangan hidup bersama, seharusnya anda bijak dan kreatif untuk menyemarakkan suasana harmoni rumah tangga tersebut. Begitu juga bagi pasangan bercinta. Akan tetapi, lumrah manusia kadang kala alpa dengan tuntutan tersebut dek kerana urusan seharian. Kali ini Pesona Pengantin tampilkan tiga perkara yang didambakan oleh lelaki terhadap wanita dan dambaan wanita terhadap lelaki. Baca dan praktikkannya segera.
Tuntutan Lelaki Terhadap Wanita:
- Pelukan dan Godaan Mata
- Anda tersenyum dengan tuntutan ini? Sedarlah wahai wanita bahawa kaum lelaki ni nampak sahaja gagah luarannya tetapi apabila berdua dengan anda mereka boleh bertukar menjadi insan yang paling manja dengan pasangannya. Jika boleh setiap hari mereka ingin dimanja dengan pelukan isteri atau pasangan. Siapa sangka perlakuan remeh seperti jelingan menggoda juga boleh menaikkan semangat mereka. Jika tidak percaya, cuba peluk si suami nanti secara tiba-tiba, lihat apa reaksi mereka.
- Jangan mudah menepis pelukan dari suami/isteri hanya kerana alasan; malu dan takut anak-anak nampak. Bukankah anda pasangan sah berkahwin? Jika terlihat, si anak mungkin bakal meniru hubungan romantik ayah dan ibu mereka apabila berumahtangga kelak. Apa yang mahu dimalukan? Kadang kala perlakuan romantik pasangan barat yang begitu menghargai pasangan harus dicontohi walaupun sudah beranak pinak.
- Isteri/teman wanita yang adventure
- Pernahkah anda terlibat dengan situasi tayar pancit? Jika ya, apa tindakan anda? Adalah hanya duduk mengomel di dalam kereta atau turut sama membantunya menukar tayar walaupun hanya membantu menghulurkan nat tayar.
- Seharusnya anda tahu, lelaki amat gemar jika pasangannya sedikit lasak. Mungkin suami atau teman lelaki tidak merasa terlalu ‘beban’ untuk menguruskan kehidupan pasangannya siang dan malam. Setidaknya beban tersebut dapat dipikul bersama.
- Tahukah anda bahawa lelaki lebih mudah menghargai pasangan yang pandai memandu kereta berbanding yang hanya mengharapkan pasangan menjemput dan menghantarnya pulang dari suatu lokasi.
- Jangan Kerap Aju Soalan “Saya gemuk ke?”
- Dalam sehari, kerapkah anda bertanya kepada suami atau pasangan dengan soalan “saya gemuk ya?”, “awak cinta saya atau tidak?”. Oh, setahun dua mungkin lelaki boleh masih boleh melayan anda. Selepas itu acuh tidak acuh sahaja jawapannya. Silap hari bulan, pasangan anda menyuruh anda berdiri pada cermin dan dapatkan jawapan sendiri.
- Kebiasaannya lelaki akan menegur wanita jika dia merasakan perbezaan yang ketara. Suatu hari jika anda ditegur si suami kerana perubahan bentuk tubuh anda, ia anda semakin gemuk atau mengalami penurunan berat badan. Masa itu, anda harus bertindak. Mudahkan dunia lelaki!
Tuntutan Wanita Terhadap Lelaki:
- Pelukan
- Wanita juga seperti lelaki. Memerlukan pelukan. Secara sedar ataupun sewaktu menggodanya. Tuntutan ini menjadi tuntutan pertama dari lelaki terhadap wanita dan dari wanita terhadap lelaki.
- Seperti yang pernah dibincangkan, jangan menepis pelukan pasangan dan memberi alasan malu. Perkara itu harus dibuang jauh-jauh.
- Say It With Flower
- Kata-kata manis seharusnya datang dengan sejambak bunga tanda kasih wanita dihargai. Satu dunia tahu yang wanita menggemari bunga. Hati wanita begitu lembut dan kerana itu golongan ini mudah memaafkan pasangan walaupun perbuatan tersebut akan kekal dalam sanubarinya.
- Telefon / Whatssapp
- Wanita gemarkan perhatian. Walaupun mesej tersebut ringkas (kerana lelaki terkenal ayat short font mereka) setidaknya boleh membahagiakan. Rajinkan diri bertanya perkhabaran mereka. Apa yang mereka lakukan dan ingatkan pasangan tentang perkara-perkara yang penting. Perhatian anda itu seakan moment romantik bagi wanita.
Follow Pesona Pengantin di Instagram