Cermin sebagai elemen dekorasi yang mampu memberi karakter pada sesebuah ruang agar tampil lebih menarik selain dapat memberikan ilusi ruang yang luas. Ia juga merupakan salah satu idea feature wall yang paling mudah untuk diterapkan. Tetapi satu masalah yang bakal mengganggu proses menampal cermin adalah keadaan dinding yang tidak rata.

Seperti perkongsian saudari Affan Ali di laman facebook, yang pada mulanya menghadapi kesukaran untuk tampal cermin pada dinding kediamannya yang tidak rata.Tetapi hasil dari idea bernas yang disokong oleh suaminya, Puan Affan telah berjaya mendapat solusi yang kemudiannya telah dikongsi bersama.

Mari kita lihat bagaimana mahu menyelesaikan masalah tampal cermin ini. Semoga bermanfaat buat pasangan yang berpindah rumah baru nanti dan semua mendapat inspirasi dari perkongsian ini.

IKLAN

Teknik Senang Tampal Cermin Pada Dinding Tak Rata

Teknik Senang Tampal Cermin Pada Dinding Tak Rata

Sekadar pengkongsian. Jika nak tampal cermin mesti ada masalah dinding tak rata bukan? nah saya ada tips untuk dapat hasil yang cantik & kemas. Saya sendiri pun try and error juga. Pada mulanya tampal begitu sahaja pada dinding. Frust tak cantik, senget benget. Yang paling sedih, cermin tu sempat juga lah 2 keping jatuh dan pecah.

IKLAN

Teknik Senang Tampal Cermin Pada Dinding Tak Rata

Berkecai.. lastly tiba-tiba dapat idea nak buka semula semua cermin yang sudah ditampal kemudian nak tampal di atas plywood dulu. Ingatkan idea saya tu tak logik, bagitahu suami. dan dia cakap cuba lah. Terus saya beli plywood di hardware. Beli yang paling nipis ya.

IKLAN


Teknik Senang Tampal Cermin Pada Dinding Tak Rata

Teknik Senang Tampal Cermin Pada Dinding Tak Rata

Dlm RM20++ sekeping. Besar size tilam queen gituu. Mula-mula drill plywood pada dinding. Setelah selesai, baru lekatkan balik guna gam xbond construction tu. Boleh cari di Mr.Diy tak sampai RM10. Hasilnyaaaa Alhamdullillah puas hati. Semua boleh try tips ini”

KREDIT Affan Ali

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI