Mawar Rashid yang mula dikenali menerusi pertandingan Dewi Remaja 2014/15 selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau mesra dipanggil Raf Yaakob petang semalam bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Pelakon drama “Suamiku Paling Sweet” ini sah bergelar isteri kepada Raf Yaakob dengan sekali lafaz. Mawar, 22, dan Raf 32, dinikahkan oleh Iman Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar iaitu Mohamad Azri Ahmad Kamil.

Raf menyerahkan RM900 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Mawar menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran oleh pihak Raf.

Antara selebriti yang turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Emma Maembong, Syamim Farid, Ruhainies, Rasya Rizrose dan ramai lagi.

TEMA JAWA TRADISIONAL GAMIT PERHATIAN

Tema Jawa Jadi Pilihan Majlis Nikah Mawar & Raf! Cantik Sangat, Teruja Tengok

Dalam majlis tersebut, pasangan merpati dua sejoli ini memilih tema Jawa Tradisional sebagai pilihan untuk majlis pernikahan. Mawar dan Raf menyarungkan busana daripada pereka terkenal Cosry. Ternyata Mawar kelihatan anggun dalam persalinan ala Jawa Tradisional bersama padanan renda putih dan batik yang cukup elegan.

Tampil berseri dan memukau, Mawar dirias indah dengan solekan malar segar Ramzamode dan dandanan dari Syukqadir. Solekan dengan mainan rona-rona tanah nyata menyerlahkan lagi seri pengantin pelakon jelita ini.

Dekorasi indah menyingkap suasana penuh damai dan harmoni dengan dekorasi yang turut mendapat sentuhan serta eleman Jawa Tradisional. Azasna Design diberi tanggungjawab untuk merealisasikan tema Jawa Tradisional untuk majlis pernikahan pasangan ideal ini. Elemen dan unsur klasik dapat dilihat dalam setiap genap dan sudut dengan mainan rona dan sulaman dekorasi yang memainkan peranan penting bagi memastikan tema Jawa Tradisional ini dapat direalisasikan dengan sempurna.

Ads

Tema Jawa Jadi Pilihan Majlis Nikah Mawar & Raf! Cantik Sangat, Teruja Tengok

Tema Jawa Jadi Pilihan Majlis Nikah Mawar & Raf! Cantik Sangat, Teruja Tengok

Tema Jawa Jadi Pilihan Majlis Nikah Mawar & Raf! Cantik Sangat, Teruja Tengok

Tema Jawa Jadi Pilihan Majlis Nikah Mawar & Raf! Cantik Sangat, Teruja Tengok

MAJLIS BERSIRAM & BERINAI

Sehari sebelum bernikah, pasangan ini telah mengadakan majlis bersiram dan berinai dengan tema Thai yang dihadiri saudara mara dan rakan terdekat. Berikut kami kongsikan beberapa momen mereka sekitar majlis bersiram dan berinai yang dilakukan dengan penuh adat.

Tema Jawa Jadi Pilihan Majlis Nikah Mawar & Raf! Cantik Sangat, Teruja Tengok

Ads

Tema Jawa Jadi Pilihan Majlis Nikah Mawar & Raf! Cantik Sangat, Teruja Tengok

Tema Jawa Jadi Pilihan Majlis Nikah Mawar & Raf! Cantik Sangat, Teruja Tengok

Tema Jawa Jadi Pilihan Majlis Nikah Mawar & Raf! Cantik Sangat, Teruja Tengok

Tema Jawa Jadi Pilihan Majlis Nikah Mawar & Raf! Cantik Sangat, Teruja Tengok

Tema Jawa Jadi Pilihan Majlis Nikah Mawar & Raf! Cantik Sangat, Teruja Tengok

KISAH CINTA MAWAR & RAF

Dalam temu bual yang dilakukan admin Pesona Pengantin bersama Mawar dan Raf ketika sesi penggambaran muka belakang edisi Oktober-Disember 2017, Mawar dan Raf ada berkongsi isi hati masing-masing.

Ads

Pertemuan Mawar dan Raf yang diaturkan oleh Emma Maembong telah mencetuskan degup cinta dalam diri pasangan. Pertama kali bertentang mata sudah membibitkan perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Hanya empunya diri sahaja yang dapat menafsirkan perasaan murni itu.

“Sebelum bertemu dengan Raf, saya tidak pernah percaya tentang cinta pandang pertama. Namun selepas melaluinya sendiri saya sedar bahawa hakikatnya cinta pandang pertama itu sememangnya wujud. Saat pertama kali bersua wajah dengan Raf, dia telah berjaya mencuri hati saya.

“Kesungguhan yang ditunjukkan  Raf untuk menoktahkan hubungan kami  ke arah yang lebih serius membuatkan saya yakin bahawa dialah jodoh saya. Meskipun tempoh perkenalan antara kami berlangsung dalam tempoh yang singkat namun bagi saya, sesuatu yang baik itu mengapa harus dilengah-lengahkan. Saya yakin inilah pilihan yang terbaik buat  saya. Selepas dua bulan tempoh perkenalan, kami terus melangkah ke fasa yang lebih serius.

“Ciri-ciri yang ada apa pada diri Raf lebih daripada apa yang saya impikan. Di mata saya, Raf sudah cukup sempurna. Sesungguhnya Raf mewah dengan limpahan kasih sayang. Hubungan Raf dengan ibunya juga sangat rapat. Saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan Raf yang amat mengutamakan ahli keluarga. Sifat yang ada pada diri Raf begitu meyakinkan saya untuk hidup bersamanya,” kongsi Mawar tentang perasaannya.

Tema Jawa Jadi Pilihan Majlis Nikah Mawar & Raf! Cantik Sangat, Teruja Tengok

Raf pula mengakui bahawa dia sangat sukakan Mawar kerana terpikat dengan nilai santun yang ada pada diri Mawar. Ujar Raf, meskipun mereka berbeza usia 10 tahun namun cara pemikiran dan tindakan Mawar mencerminkan dia seorang yang matang.

“Dalam usia yang masih muda, Mawar sudah pandai berdikari. Sikapnya yang sukakan kanak-kanak telah berjaya mencuri hati saya. Melihat Mawar melayan anak buahnya dengan penuh manja dan kasih sayang meyakinkan saya yang Mawar boleh menjaga anak-anak saya dengan baik. Mawar bijak membawa diri. Saya yakin Mawar tiada masalah untuk menyesuaikan diri.

“Lagipun Mawar hadir dengan dirinya yang sebenar. Dia juga senang untuk dibentuk. Saya ada juga melakukan solat Istikharah dan alhamdulillah, Mawar ialah jodoh saya. Ya, memang benar saya dan Mawar berbeza umur 10 tahun tetapi sikap dan perwatakan Mawar tidak seperti usianya yang baharu sahaja 22 tahun,” kata Raf.

5 SEBAB MAWAR JATUH CINTA DENGAN RAF

  1. Penyayang dan romantik.
  2. Berpendidikan.
  3. Berjaya membuatkan hati Mawar berada di ‘awang-awangan’.
  4. Memiliki pengetahuan agama yang tinggi.
  5. Bertanggungjawab dan mengambil berat.

5 SEBAB RAF JATUH CINTA DENGAN MAWAR

  1. Manja dan ceria.
  2. Lemah lembut.
  3. Kelakar.
  4. Matang walaupun masih muda.
  5. Pandai mencari duit sendiri dan berdikari.

Tema Jawa Jadi Pilihan Majlis Nikah Mawar & Raf! Cantik Sangat, Teruja Tengok

Sumber: Mawar Rashid, Raf Yaakob, Kakifoto

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI