Jarang kita nampak orang buat tema yang betul-betul kemelayuan lebih-lebih lagi tema melayu klasik. Kebiasaan yang sering kita lihat adalah moden dan bermacam konsep trend terkini.
Namun, lain pula dengan pasangan ini yang memilih tema perkahwinan melayu klasik sebagai tema majlis mereka. Memang sempoi habis! Lihat sahaja lah gambar di bawah ini, sangat meriah.
Barang-barang yang ditunjukkan juga memang susah nak dapat zaman sekarang. Antik betul barang-barang mereka ini. Zaman datuk nenek moyang dahulu.
Jadi anda boleh cuba tema ini untuk majlis perkahwinan anda nanti. Sopan dan cantik. Takkan hilang melayu di dunia! Selamat Pengantin baru.
Kredit : Facebook Fitrin Ruslee