Sentuhan memukau yang tak terperi membuatkan mata tak puas memerhati. Tersergam indah dekorasi keseluruhan majlis meraikan cinta raja sehari. Berlatarkan hiasan bunga-bungaan menyentuh jiwa romantis nan suci. Dengan tema moden fairytales membuatkan pasangan raja sehari tampak berseri.
Tetamu pastinya terpesona melihat ruang memotong kek yang indah dihiasi bunga rona putih.
Gantungan bunga-bungaan bersama candelier berjuraian melengkapkan lagi suasana romantis pada keseluruhan ruang.
Suntikan bunga-bungaan seperti ros, hydrangea, eustoma, orkid putih, peacock putih, baby breath dan ivy leaf bersama kilauan cahaya lavender mencipta sentuhan nan memukau. Dekorasi meja tetamu menggunakan kerusi Chiavari dan vas bunga di tengah-tengah meja menjelmakan aura moden pada dekorasi majlis.
FOTO : TRISNO & CO. DEKORASI : ADLI AFANDI TERIMA KASIH PENGANTIN : EYSHA & FARIS