Tema berkonsepkan pampas memang jarang sekali kita dengar dan lihat. Pampas atau lalang ini digunakan sebagai hiasan dekorasi di pelamin perkahwinan. Ia adalah lalang yang telah dikeringkan kemudian dijadikan sebagai hiasan.
Namun, pemilihan pampas ini bukan mudah kerana perancang perkahwinan perlu memilih lalang yang betul-betul sesuai untuk diletakkan. Kebiasaannya mereka akan pilih yang gebu dan tebal untuk menghias.
Ads
Ads
Ads
Tips Pemilihan Pampas
1. Pampas kebiasaannya digandingkan dengan unsur hijau ataupun daun-daun mati.
2. Pilih lalang yang gebu dan tebal daripada yang nipis. Biasanya boleh dapatkan pada florist.
3. Seeloknya keringkan lalang terlebih dahulu untuk mendapatkan bentuk yang lebih gebu dan hasil hiasan lebih cantik.
4. Jangan letak bunga berwarna-warni kerana ia tidak sesuai dipadankan bersama lalang.
5. Padankan bersama bunga segar atau tiruan yang berwarna putih.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tema ini jangan lupa menonton Pesona Pengantin musim ke-3 bersama hos Uyaina Arshad. Setiap hari isnin jam 12.30 tengah hari di astro prima ok!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tengok pelbagai tema majlis kahwin yang unik-unik pasti boleh buat anda teruja nak adakan majlis kahwin macam mereka. Apa kata berikan sentuhan kreatif di majlis meraikan cinta dengan pelaminan ala rimba agar setiap tetamu yang hadir terkesima.
Umpama berada dalam rimba yang penuh dengan elemen semula jadi, pelamin dengan elemen ini tentu sahaja mampu mencetuskan kedamaian selain meninggalkan momen indah dalam ingatan.
Zahirkan sisi romantis pasangan yang diraikan bersama dekorasi hiasan pelaminan dengan sentuhan reranting dan bunga-bungaan.
Hidupkan perkahwinan unik dengan suasana yang cukup mempesonakan bersama olahan warna minimum yang pastinya mencuri perhatian tetamu yang datang.
Rencanakan majlis resepsi dalam suasana penuh meriah bersama percikan rona warna semula jadi untuk impak memukau pada singgahsana.
Serlahkan ilham simfoni ala rimba padan singgahsana raja sehari bagi melambangkan pesona kedamaian dan ketenangan yang abadi.
Ok, dah dapat serba sedikit idea untuk perkahwinan ala rimba ni kan? Jadi apa kata anda tenangkan minda anda dan ikuti pula filem tentang dunia rimba Tombiruo: Penunggu Rimba.
Dari Kegelapan Bangkitnya Penunggu Rimba… Penantian buat kaki wayang serta peminat karya Tombiruo untuk menyaksikan filem adaptasi karya novelis thriller nombor satu di Malaysia, Ramlee Awang Murshid di layar perak kini berakhir!
Menampilkan buat julung kalinya kerjasama hebat daripada empat penerbit iaitu Astro Shaw, Grup Buku Karangkraf, Ideate Media dan Layar Sunan, filem dengan genre aksi drama ini pastinya mampu menarik minat penonton.
Skrip filem hasil gabungan kerjasama Yasmin Yaacob dan Choong Chi-Ren bersama input kreatif daripada Ramlee Awang Murshid ini membariskan pelakon-pelakon berkarisma seperti Zul Ariffin (Tombiruo/Ejim), Farida Kamil (Amiruddin), Nabila Huda (Wan Suraya), Faizal Hussein (Pondolou), Hasnul Rahmat (Juslan), Michael Chen (Wong), Farah Ahmad (Monsiroi), Dato’ M. Nasir (Tan Sri Berham), Datin Marlia Musa (Bonda), Faye Kusairi (Salina), Dynas Mokhtar (Baizura), Artu (Ondu) dan Muhammad Al-Rayyan (Ejim dan Amirul sewaktu kecil).
Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin menjelaskan bahawa ini merupakan kali pertama mereka terlibat dalam menerbitkan filem. Kejayaan novel Tombiruo yang diulang cetak sehingga 18 kali sejak tahun 1998 menjadikan penanda aras bahawa filem ini mampu mendapat sambutan hebat di kalangan peminat filem tempatan.
Sinopsis
Tombiruo yang memaparkan kisah aksi ini menceritakan tentang Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo nyata penuh misteri dan sering ditakuti, malah turut dicaci oleh penduduk kampung. Apabila Wong dan kuncu-kuncunya membuat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo.
Amiruddin yang menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya, mula menjejakinya. Wartawan Wan Suraya yang mengikuti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti yang diperkatakan.
Namun apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi membela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Semangat dari hutan telah mengiringi kekuatan Tombiruo. Ada sebuah rahsia di antara mereka berdua yang sudah lama tersimpan bakal terbongkar. Apakah kaitan antara mereka berdua sebenarnya? Siapakah dalang di sebalik insiden yang berlaku selama ini?
Nak tahu kisah kesudahan, jangan lupa tonton filem ini di pawagam bermula 12 OKTOBER 2017 ini. Rasaikan sendiri kelainan yang dibawakan oleh filem Tombiruo: Penunggu Rimba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam melengkapi dekorasi sesebuah perkahwinan bukan hanya dewan sahaja yang mahu terhias indah. Jangan dilupakan juga untuk hiasan pada meja centerpiece yang harus disesuaikan dengan tema.
Meja centerpiece secara umumnya dihiasi dengan bunga-bunga segar, namun idea itu mungkin membosankan dan tampak biasa. Apa kata berikan kelainan dengan menghias meja centerpiece dengan pelbagai idea unik seperti gantungan lampu, lilin, pasu unik dan sebagainya.
Jika anda ketandusan idea, apa kata cuba 10 dekorasi yang boleh memberikan idea buat bakal pengantin di majlis perkahwinan nanti.
1. Jambangan bunga
2. Pokok succulent
3. Terrarium
4. Gantungan Hydrangeas
5. Rustic roses
6. Hiasan lilin dan dedaunan
7. Gubahan edibel (gabungan buah-buahan dan sayur-sayuran)
Bila nak kahwin, macam-macamlah kena prepare termasuk barang hantaran dari kedua-dua belah pihak yang nak dibawa masa akad nikah nanti. Kalau ikut adat orang dulu, cukuplah bagi buah-buahan dan coklat, sepersalinan baju, seperangkat alat solat dan sebagainya. Namun berlainan dengan lelaki ini, dia menghadiahkan senaskah Al- Quran yang ditulisnya sendiri.
” Haritu aku ada shoot member aku nikah. Apa yg buat aku kagum dgn dia ni, hantaran yang dia bagi adalah senaskah Al-Quran yang dia tulis sendiri ! Ambil masa 3 tahun untuk tulis Al-Quran tu masa dia belajar dulu. And now dia bg kt isteri dia
Semoga kekal hingga Syurga.”
Sumber : Twitter Raja Nazrin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!