Hubungan

Terbukalah Meluahkan Perasaan Pada Pasangan. Pendam Pun Bukan Boleh Beri Penyelesaian.

Share
Ramai tahu komunikasi adalah antara perkara penting untuk menjadikan sebuah perkahwinan itu berjaya. Bila kita marah, kita beritahu pasangan apa yang kita rasa dan kenapa. Janganlah hanya ambil langkah untuk berdiam diri dengan harapan pasangan kita faham. Sudahnya, bila pasangan buat tak tahu, kita sakit hati lagi. Jadi, sampai bila?
Berkomunikasi dan membebel bukan perkara sama. Bila berkomunikasi, kita ambil langkah untuk bercakap dengan tenang. Saat marah, lebih baik berdiam seketika, sejukkan hati dan mula bincangkan apa yang terjadi dan cara untuk mencari jalan penyelesaian. Banyak kes perceraian berlaku apabila si isteri terlalu banyak membebel atau suami yang suka marah-marah.
Perkongsian Puan Dian ini ada betulnya. Benda kecil boleh jadikan hubungan suami isteri ‘berbahang’…
Communication Is King
aku sgt take note benda ni
kalau org baru kawin tanya aku
apa yg perlu dlm umah tangga ?
utk aku yg pernah gagal ni
paling penting is communication
yeaaaaa
cakap dan action
bukan CAKAP CAKAP CAKAP
takde action / tindakan
dari kita dan pasangan
jgn ignore apa pasangan tak suka
walaupun benda tu kecik sgt
JANGAN ! benda tu akan jadi kudis
dan lelama bernanah
cntoh
mcm pintu almari baju ( my bad habit )
paez tgur “ u selalu tak tutup pintu almari “
aku wat derk sajo
simple je kot , pehal nk kecoh ?
rasa mcm tu lah , benda simple hg nk gelabah
tuuuuhhh egooo selangit ?
tp kita belajar dari kesilapan
paez ckap lagi
“ uuuuu , pintu almari selalu tak tutup “
aku dah tau paez tak suka n sakit hati
benda tu ok utk kita
tap tak semestinye OK utk pasangan
mybe mata dia nampak SEMAK
plsss laaa SEMAK !!
so setiap kali aku kua bilik aku akan psti kan semua almari bertutup
now dah takde isu almari ..
lepas seminggu aku tutup semua
aku tanya paez
“ baby , pintu almari skang smua tutup kan “
riak !! dah berubah kena riak
kena inform helooo i dah berubah
tahu ke tak
paez : a,aah skang u dah tutup semua , good job
dah tkde lgsg isu almari ye
benda kecik je wei
tapi happy ! kita create happy tu
kita happy tak ? opkos happy sbb psgn kita happy
sbb apa kena take note ?
cakap and action
pnah tak suami / isteri wat salah benda lain
cntoh balik lmbt,
kita dah bebai dah masuk bilik almari lak tak tutup
jadi mcm kesumat tau
rasa mcm membuak2 nk meletop marah tu
sbb benda kecik yg kita rasa OK JEEEE
pnah dgr kan
ustaz cita ada bercerai sbb kentut , sebab ubat gigi
benda tu ASBAB je
pdahal byk point yg bernanah kt hati
sbb bila di tgur takde action
benda lain kita wat salah
habis meletop semua
aku sgt belajar benda ni ..
sebab kita always doa hidup dgn pasangan ni
selama nyaaaaa
jadi bercakap lah
dan bertindak lah
kita dan pasangan tkleh nk baca semua apa dlm hati kita dgn just “ kiasan “
aku tak layak pun nk cita tip umah tangga
aku pun pnah gagal tp opkos aku tknk gagal lg
talk n action
sebab nk hadap “ pendam tu “
hmmmm seumur hidup tu , terlalu lama
-instagram dian_dianz
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Published by
Anis Nor