Terpegun melihat kemeriahan majlis perkahwinan adik kepada pendakwah Indonesia, Oki Setiana Dewi yang berlangsung baru-baru ini di Jakarta, Indonesia . Majlis perkahwinan tersebut telah berlangsung di hotel bertaraf dunia, Intercontinental Jakarta, di mana pasangan mempelai ini sah bergelar suami isteri pada tanggal 12 November lalu. Apa yang mencuri tumpuan, Ria Ricis tampak cantik, sopan dan menutup aurat!
Meskipun penularan wabak Covid-19 masih tinggi di Indonesia, persandingan Ria Ricis dan pasangannya, Teuku Ryan berlangsung dalam suasana norma baharu dengan memastikan pemakaian pelitup muka.
Ria Ricis atau nama sebenarnya Ria Yunita merupakan YouTuber terkenal Indonesia yang juga merupakan adik bongsu kepada Oki Setiana Dewi dan Shindy Kurnia Putri.
Pada majlis resepsi, pasangan mempelai memilih tema adat Palembang memandangkan Ria Ricis memiliki darah keturunan Sumatera Selatan. Bersandarkan populariti Ria yang mempunyai jutaan peminat di Youtube, majlis perkahwinannya turut mendapat siaran langsung di saluran televisyen Indonesia.
Sama cantik, sama padan! Pasangan raja sehari tampak berseri di singahsana indah di samping keluarga tersayang yang meraikan hari bahagia mereka. Teuku Ryan merupakan graduan pendidikan dan kini sedang melanjutkan pelajaran di Fakulti Ekonomi dan Bisnes. Teuku Ryan kini berusia 27 tahun manakala Ria pula meniti usia 26 tahun.
Pada majlis ijab kabul pasangan tersebut, Ria Ricis telah menerima mas kahwin berupa kelengkapan solat, emas 100 gram serta wang tunai berjumlah 179.5 juta rupiah atau kira-kira RM53 ribu. Ia diambil sempena simbolik tarikh lahir Ria iaitu pada 1 Julai 1995.
Usai majlis pernikahan yang mengetengahkan persalinan tradisi Palembang dengan dekorasi indah dan memukau, pasangan mempelai kemudian mengadakan resepsi persandingan yang bertemakan fairy tale pula.
Ria Ricis kelihatan menawan dalam gaun kembang ala Cinderella. Begitu juga suaminya yang tampil kacak bak putera diraja. Tidak hanya penampilan mereka menarik perhatian peminat bahkan dekorasi pelamin yang sarat dengan elemen seperti istana kayangan dan bunga-bungaan segar turut diperkatakan ramai.Sudah pasti dongeng masa kecil Ria Ricis menjadi kenyataan di majlis persandingannya itu!
Persis seorang puteri dan putera raja, majlis perkahwinan pasangan tersebut dipercayai dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat. Sepanjang majlis berkenaan, Ria Ricis dilihat menghiburkan para tetamu dengan beberapa tarian. Malah, tarian pertamanya bersama suami turut dirakam dan dimuat naik di Tiktok.
Berikutan daripada itu, rata-rata netizen meninggalkan komen ‘berbaur’ kecaman terhadap Ria dan suami. Menurut netizen, Ria perlu menjaga batasnya sebagai adik kepada Oki Setiana Dewi. Ujar netizen, pasangan tersebut tidak sesuai menari sedemikian rupa lebih-lebih lagi dihadapan para tetamu. Lebih mencuri tumpuan, video Ria Ricis ‘berjoget’ di TikTok yang lain turut menjadi bualan netizen.
Beberapa hari sebelum upacara akad nikah berlangsung, Ria dan kakak serta ibunya mengadakan majlis khatam Al-Quran. Kesemua mereka mengenakan persalinan rona biru lembut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI