Semakin lama menjadi suami isteri, semakin anda mengenali baik buruk pasangan. Belajarlah untuk menerima diri mereka seadanya. Jangan pula dicari kesempurnaan orang luar.
Hakikatnya, baik isteri mahupun suami ada kelebihan mereka sendiri. Jika kekurangan pasangan yang digali, makin terserlahlah sakit di hati. Sudahnya sendiri yang akan merasa penat di akhirnya.
Terima Baik Buruk Pasangan, Jangan Dicari Kesempurnaan
Sedihnya bila berbelas tahun hidup bersama, tiba-tiba terjadi badai perpisahan. Sama ada berpunca orang ketiga ataupun lain-lain sebab. Kesannya bukan saja pada pasangan, malah anak-anak turut merasai deritanya.
Maka itu, selagi anugerah berkasih sayang tuhan berikan. Jagalah ia dengan sebaik-baiknya. Bagi Zura Betty yang baru meraikan ulangtahun perkahwinan ke 16 tahun bersama suami, beliau berkongsi pesanan.
Jaga Bab Komunikasi Dengan Pasangan
Ads
Diam tak diam lebih 16 tahun dah usia perkahwinan. Titik pertemuan dengan pergaduhan sampai beranak enam.
Beberapa hari lepas dikejutkan dengan berita perceraian teman rapat. Usia perkahwinan kami lebih kurang. Ujian Allah tak siapa boleh halang.
Banyak kisah rumahtangga musnah berpunca dari komunikasi. Ini yang selalu saya pesan dan share juga pada anak-anak team. Dalam sebuah perhubungan komunikasi sangat perlu. Tidak kira dalam organisasi apa entah lagi family.
Ramai wanita memilih untuk berdiam dari bergaduh. Katanya tak kuasalah nak gaduh. Sama sahaja. Tapi hakikat keduanya memendam rasa.
Ads
Bila sampai satu saat, ledakan mula melahar. Waktu tu adakalanya sudah tak bermakna.
Jangan Dicari Kesempurnaan Orang Luar
Dalam berumahtangga juga tak lari dari kesilapan. Jangan suka mengungkit kisah lama yang hanya akan menguris perasaan dan menjadi barah dalam perhubungan.
Sebab tu bila ada masalah lebih baik selesaikan waktu tu dan lupakan. Jangan simpan akhirnya menjadi dendam dan ungkitan.
Bila pasangan mula tinggi suara, yang sorang sila diam. Jangan dibalas dengan ungkapan demi ungkapan. Bila dah reda kemarahan, duduk dan berbincang. Cari jalan penyelesaian. Jangan diam yang tidak berkesudahan.
Ads
Bila semakin berumur, adakalanya semakin sensitif, cepat terasa juga tersinggung. Itu lumrah. Tapi cepat-cepat cari jalan keluar.
Jangan dipendam perasaan, kelak merana jiwa.
Jangan dicari kesempurnaan pada orang luar. Carilah kelebihan yang ada pada pasangan pinjaman tuhan. Di sini pentingnya syukur.
Dalam berumahtangga yang paling penting ialah companionship. Teman sehidup semati, teman yang boleh berkongsi rahsia hati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang ketahui.
Maka selagi dipinjamkan untuk terus bersama, hargailah dan saling bertoleransi.
Tular video seorang remaja lelaki nikahkan kakaknya mencuri tumpuan netizen apabila menikahkan kakaknya baru-baru ini.
Bagus muda-muda sudah bertanggung jawab dalam hubungan kekeluargaan, mudahkan urusan si kakak.
Remaja Lelaki Nikahkan Kakaknya
Menerusi rakaman berdurasi 27 saat yang tular di TikTok, remaja berusia 15 tahun itu melafazkan akad pernikahan kakaknya sambil diperhatikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak selain memuji keberanian remaja berkenaan menjalankan tanggungjawabnya.
“20 tahun lepas adik bongsu nikahkan saya di usia beliau 15 tahun juga. Alhamdulillah,” kongsi Cikgu Mimie.
“Alhamdulillah terbaik adik. Aku ke hulu ke hilir urus wali. Masa nikah abang aku pas kat imam. Sabar sajalah,” kata Nida.
“Adik segak sangat sampai ramai salah faham ingatkan dia yang nikah,” seloroh Ujie.
Hebat didikan mak ayahnya, muda remaja lagi sudah jadi wali. Ada ilmu dan sedikit keberanian, semua akan berlangsung tanpa masalah. Untung si kakak, majlisnya dipermudahkan sampai selesai. Sehingga kini, video terbabit telah ditonton lebih 5.1 juta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akhirnya pewaris perniagaan barang kemas mewah Habib Jewel, Mirza Meer, kini sah bergelar suami kepada pelakon terkenal Indonesia, Pevita Pearce, selepas melangsungkan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan dengan penuh kemeriahan semalam.
Perkahwinan pasangan ini mendapat perhatian ramai, bukan sahaja kerana status Mirza sebagai pewaris empayar perhiasan ternama, tetapi juga kerana Pevita yang dikenali sebagai antara bintang terkenal di Indonesia.
Dihadiri Keluarga Terdekat
Majlis yang berlangsung dengan kehadiran keluarga serta rakan terdekat itu menjadi detik bersejarah yang menggabungkan dua personaliti dari dunia perniagaan dan hiburan, sekali gus mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Pewaris Habib Jewel Sah Milik Pevita Pearce
Ramai pengguna media sosial yang ‘patah hati’ kerana pelakon kesayangan mereka, Pevita yang mula mencipta nama di persada seni dengan lakonan memukau dalam pelbagai filem terkenal, termasuk wataknya yang paling dikenang sebagai Hayati dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijcksudah menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati.
“Pada dasarnya takdir Allah itu selalu baik, walau terkadang perlu airmata untuk menerimanya. Tahniah, Pevita,” kata Ichtiardi.
“Pevita sudah nikah, mari para wanita, kita semua harus mencari pasangan,” komen Venya.
Jodoh yang sudah tertulis, Pesona Pengantin doakan moga hubungan pasangan sejoli ini bahagia hingga ke akhir hayat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Inilah dikatakan rezeki orang kahwin! Tahniah buat Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dan Datin Seri Nurheliza Helmi yang dinobatkan sebagai penerima anugerah The Most Memorable Wedding Celebrities! Anugerah Pesona Pengantin X The Wedding Kuala Lumpur yang berlangsung di Shangri-La Hotel semalam.
Pasangan sehati sejiwa ini hadir sedondon dalam busana rona biru rekaan Eja Shahril, melangkah masuk ke ballroom Shangri La Kuala Lumpur dengan penuh bergaya dan mata-mata para tetamu tidak lekang memandang kepada pasangan yang masih dalam mood bulan madu. Cukup mesra dan romantis! Itulah yang boleh digambarkan mengenai pasangan ini! Walaupun bergelar Datuk Seri dan Datin Seri, .pasangan ini lebih mesra disapa Kak Ja dan Abang Dee ini ternyata menjadi tumpuan di majlis berprestij anjuran Pesona Pengantin dan sempat melayan soalan daripada rakan-rakan media. Melihat kepada cerita viral mengenai penyatuan dua jiwa ini pada tanggal 1 Januari 2022, tidak salah jika anugerah The Most Memorable Wedding Celebrities! Anugerah Pesona Pengantin diberikan kepada mereka berdua. Ditanya reaksi kedua-duanya tatkala menerima trofi yang julung kalinya dipersembahkan oleh Pesona Pengantin, Datuk Seri Mahadi melahirkan rasa syukur di atas kesudian Pesona Pengantin memberikan ‘hadiah istimewa” itu untuk dia dan isteri tersayang.
“Kami tak sangka dan ikutkan macam kami tak layak untuk menerima anugerah ini.Tapi setelah diberitahu, kami menerima dengan tanggungjawab dan amanat yang sangat besar diberikan Pesona Pengantin. Semoga award ini menjadi asbab untuk orang jadikan perkahwinan ini satu asbab syurga. Satu ikatan suci di antara kaum Adam dan Hawa untuk sama-sama ke Jannah.” Sambil mengaminkan kata-kata suami tersayang, Datin Seri Heliza menambah, “Mula-mula kita rasa, tak apalah. Tak pernah terlintas pun benda-benda macam ni dan kita fikir macam nilah, bila dianugerahkan The Most Memorable dengan harapan bila orang ingat, orang akan mendoakan. Ya Allah mudah-mudahan sampai syurga. Orang doa macam tu. Itu yang kita nak sebenarnya doa-doa daripada anda semua. Terima kasih kepada Pesona Pengantin.”
Sepanjang majlis berlangsung, ternyata pasangan ini menampilkan sikap happy go lucky dan suka bergurau antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, Abang Dee dan Kak Ja sangat sporting turut serta dalam game ‘Awak Kenal Saya Ke Tak?’, kuiz secara spontan yang diberikan oleh team Pesona Pengantin.
Paling menarik perhatian adalah apabila kedua-duanya sangat ‘ menjaga soal ‘privacy’’ dalam hubungan mereka dengan tidak mendedahkan tarikh perkenalan mereka dengan memberi jawapan ‘rahsia’ walaupun tanpa melihat dan berbincang jawapan masing-masing!. Seolah-olah mereka sudah sepakat dengan jawapan masing-masing! Sungguh hebat ‘rahsia’ pasangan ini Walaupun sudah lebih 47 hari berkahwin, mereka masih menyimpan memori tersebut sebagai rahsia peribadi tanpa perlu berkongsi dengan umum.
Pesona Pengantin turut mengajukan soalan mengenai tip perkahwinan buat pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, jawapan Datuk Seri Mahadi.membuka dimensi baharu dalam erti sebuah perhubungan.
“Pertama kalinya saya rasa kami tak layak. Baru sangat pun baru 47 hari. So 47 hari tu saya rasa kami tak layak nak beri apa-apa nasihat tapi sedikit perkongsian, more to give and take. Nak kebahagiaan ni kena give and take. Ustaz-ustaz pernah kata suami ni kena bertanggungjawab, isteri kena taat. So bila ada dua benda tu, akan mix dan sempurna. InshaAllah.” Tambah Datin Seri Heliza pula mengenai alam perkahwinan.
“Dan sebenarnya memang kena minta dengan Allah sebab Allah yang jaga hati-hati manusia, Allah yang jaga satu-satu perhubungan. Jadi kita minta Allah ilhamkan, lindungi perhubungan ini agar Allah menurunkan Sakinah Mawaddah Wa Rahmah till Jannah dan juga kena berkomunikasi. Kalau ada apa-apa kena beritahu.”
Moga rumah tangga pasangan ini terus diberkati Allah SWT dan menjadi inspirasi kepada suami serta isteri di luar sana.Dari lensa Pesona Pengantin yang melihat bagaimana pasangan ini mesra selepas tamat event, mereka kembali menukar pakaian kasual yang sedondon dan berbual mesra sambil bergerak menuju ke lobi hotel untuk menikmati makan malam bersama. Cukup mesra dan saling berbual dan memberikan bahasa tubuh tanda penuh kebahagiaan. Barakallah Fii Umrik dari team Pesona Pengantin!
Kredit foto: Instagram Heliza Helmi & Datuk Mahadi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!