Terima Kekurangan Tunang Kita, Barulah Tercapai Ke Jenjang Pelamin

Share

Bertunang adalah muqaddimah kepada perkahwinan iaitu dengan melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri atau meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Bertunang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang lelaki untuk berkahwin dengan seseorang wanita.

Bertunang itu telah disyariatkan di dalam Islam sebagaimana firman Alllah SWT, maksudnya :


.

” Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa Yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih Dalam idah), atau tentang kamu menyimpan Dalam hati (keinginan berkahwin Dengan mereka). Allah mengetahui Bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji Dengan mereka di Dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) Yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan Dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah Yang ditetapkan itu. dan ketahuilah Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada Dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.”
( Surah al-Baqarah 2 : 235 )


.

1. Jangan terburu-buru
Tidak perlu membincangkan idea tentang nama anak bersama pasangan di masa depan. Jangan terburu-buru membincangkan hal yang sebenarnya baru boleh dibicarakan selepas berkahwin.

2. Menahan diri
Walaupun sudah bertunang, sebaiknya anda tetap menahan diri untuk melakukan penzinaan. Tetap simpan semuanya setelah masa perkahwinan untuk detik-detik yang paling istimewa.

3. Rakan-rakan
Walaupun sudah bertunang, bukan bermakna anda sudah tidak ada masa untuk rakan-rakan. Hubungi rakan untuk berkongsi berita gembira dan habiskan masa seharian bersama mereka.

4. Berpisah sementara
Kadang-kadang, ada perasaan bosan di antara pasangan. Anda boleh cuba untuk berpisah sementara demi memupuk rasa rindu dan mengelakkan pergaduhan.

5. Mengenal keluarga
Hal ini sangat penting untuk dilakukan apabila memasuki fasa bertunang. Bagaimanapun, perkahwinan bukan semata hubungan kamu dengan pasangan sahaja, malahan akan melibatkan dua keluarga yang besar. Semakin baik hubungan dengan kedua-dua keluarga, semakin rapat hubungan silaturrahim.


.

6. Pergaduhan
Setiap hubungan pasti mempunyai masalah. Tetapi, sehebat apapun masalahnya, wajib selesainya dengan cara yang baik. Jangan dibiarkan berlarutan, mencari penyelesaian untuk kebaikan bersama. Malahan, ia boleh menyebabkan putus pertunangan jika dibiarkan berlarutan.

7. Masalah kewangan
Sebelum berkahwin, masalah kewangan juga perlu dipertimbangkan. Sekurang-kurangnya anda harus yakin urusan kewangan stabil untuk pengurusan apabila berumah tangga nanti.

8. Menerima keburukan
Bagaimana dengan keburukan pasangan? Anda jangan putuskan perhubungan, kenalinya terlebih dahulu dan terima kekurangannya.

gambar hiasan : Tangkap Picture

Published by
Anis Nor