PETUA ikhtiar hamil dengan kelapa bakar ini dikongsikan cara-caranya oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari (Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin).
Kata Ustaz Mujahidin, petua ini banyak manfaat dan banyak pesakit beliau berjaya hamil guna cara ini. Semua atas izin Allah.
Untuk mengetahui lebih lanjut, baca perkongsian Ustaz Mujahidin di bawah:
Tahun lepas di kampung ada pesakit minta saya tolong buatkan kelapa bakar. Izin Allah setelah 4 tahun kosong, beliau berjaya hamil.
Orang pertama saya buatkan adalah isteri saya. Tahun 2016 lepas saya buat video kelapa bakar. Saya terus bagi isteri saya minum. Syukur Alhamdulillah setelah 4 tahun kosong izin Allah isteri saya hamil. Kini dah selamat melahirkn anak bongsu saya, Harith Daniel.”
Orang kedua adalah adik ipar saya, Nadia. Beliau kosong setahun. Lepas dia minta. Saya buatkan izin Allah beliau hamil. Kini baru sahaja melahirkan anak sulung.
Kini pesakit saya dari Melaka. Datang rumah nak sangat-sangat saya sendiri yang buatkan kelapa bakar ni. Pesakit ini dah berkahwin 9 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Disebabkan hajat beliau sanggup susah payah bawa buah kelapa datang ke rumah. Kasihan dengan penantian 9 tahun, saya penuhi hajat beliau.
Saya doakan agar pertolongan sedikit saya ini dipermudahkan oleh Allah untuk beliau mendapat cahaya mata yang pertama. In shaa Allah.
Aamiin Ya Allah.
Mudah Saja Buat Kelapa Bakar
Ads
KELAPA MUDA
SERAI 2 BATANG
LADA HITAM 5@6 BIJI DI TUMBUK HALUS
– Masukkan serai 2 batang dalam kelapa. Ketuk serai tersebut sedikit kemudian masuk dalam kelapa.
– Selepas itu, masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kelapa dan masukkan secubit garam dalam kelapa.
– Kemudian letakkan kelapa di atas dapur gas dan bakar, sebaiknya 12 minit ke 15 minit dengan api yang sederhana.
Ads
Selesai Bakar Baca
AL FATIHAH 3 X
AL IKHLAS 3 X
BISMILLAH5 3 X
SELAWAT 3 X
Selesai baca minum.
Sebaiknya Ikut Aturan Ini
Diminum sebelum datang haid. Jika haid datang jangan minum.
Sebaiknya mana yang nak merancang hamil, mula minum selepas habis period. Habis period terus minum sebiji.
Selepas 5 hari buat lagi. Buat berterusan 5 hari sekali sehingga datang period semula. Jika period dah datang terus stop. Cuba buat dalam sebulan je dulu.
Ads
Baik juga diamalkan buat pesakit yang ada masalah dalaman seperti cyst, fibroid. Buatlah dengan izin Allah cyst mengecil atau ia akan keluar sendiri
Ini Tanda Ada Gangguan Makhluk Halus
Jika ada gangguan makhluk halus, di dalam perut selepas minum, perut anda akan memulas-mulas, sendawa, muntah atau terkentut-kentut busuk.
Sekiranya ada tanda tersebut, perut anda mengalami gangguan makhluk halus. Sebaiknya dapatkan rawatan Islam berhampiran juga ya.
Semua atas izin Allah. Ini sebagai ikhtiar. Ada pesakit minum sekali pun dah hamil. Ada yang buat banyak kali jika belum rezeki tak juga hamil.
Setakat ini izin Allah ramai saya bantu cara ini dapat membetulkan masalah period, masalah senggugut dan izin Allah banyak pesakit yang berjaya hamil.
Moga perkongsian kecil saya ini dapat beri manfaat pada anda semua. In shaa Allah. Jika anda pernah buat kelapa bakar ini boleh sharekan komen di bawah.
Sumber: FB Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bak kata pepatah, ‘cinta tidak mengenal usia’. Memang benar, usia hanyalah angka namun ia sering kali mengundang prasangka negatif di dalam soal perhubungan. Apabila bercakap soal pasangan, sering kali umur menjadi ukuran keserasian pasangan. Terutama sekali apabila melibatkan pasangan lelaki yang mencintai wanita lebih berusia daripadanya. Pasti masyarakat mula membuat persespi salah. Anak ikan, kerana harta, tidak laku dan sebagaianya merupakan persepsi klise yang sering kita dengar.
Matang
Ia menjadi sebab paling utama. Tidak kiralah sama ada pasangan yang berusia itu lelaki mahupun wanita, kebanyakan daripada mereka ternyata lebih bijak dan teratur dalam menguruskan rumah tangga. Kematangan mereka juga terserlah dalam apa-apa jua soal termasuk soal anak-anak mahupun kebajikan. Ini berikutan dengan pengalaman yang diterima sejak awal. Bak kata pepatah ‘lebih dahulu makan garam’. Mereka tidak memandang remeh akan segala hal yang berkaitan rumah tangga mahupun kelangsungan perhubungan.
Stabil
Kebanyakan daripada mereka telahpun mencapai kestabiliti dalam aspek kerjaya mahupun ekonomi. Mereka juga kebiasaannya tidak punya sebarang masalah dalam soal kewangan, menjadikan mereka di antara golongan buruan terutama sekali bagi yang baru ingin memasuki alam rumah tangga. Seolah-olah ia satu jaminan, pasangan seperti ini jarang sekali terbabit dalam masalah yang melibatkkan kewangan.
Berwawasan
Pasangan yang berusia juga didapati lebih berwawasan dan punya hala tuju dalam sesebuah perkahwinan. Walaupun kebanyakan sudah mengalami alam perkahwinan yang ke beberapa kalinya, namun mereka pasti telah banyak belajar kesilapan lalu dan cuba untuk perbaikinya di masa hadapan. Ini membuktikan mereka punya harapan dan impian dalam perhubungan , seterusnya perkahwinan.
Pelindung
Dalam soal ini, ia bukan sahaja melibatkan aspek keselamatan dan fizikal semata-mata namun ia lebih daripada itu. Kebiasaannya pasangan yang berusia lebih bijak dan mahir dalam menangani aspek emosi dan perasaan, baik diri sendiri mahupun pasangannya. Pasangan berusia lebih cenderung untuk memastikan pasangannya itu selamat fizikal dan emosi tanpa dibuat-buat, kerana lazimnya kecenderungan itu lahir secara spontan atau dengan sendirinya.
Pandai Bawa Diri
Ini juga merupakan salah satu sebab yang nyata. Kebolehan untuk menjaga diri menjadikan pasangan berusia menjadii pilihan teman hidup. Bukan sahaja dari aspek keselamatan, bagi mereka yang berusia lebih kelihatan profesional, bijak menjaga imej dan peribadi, reputasi dan mereka begitu mementingkan aspek pembawakan diri terutama sekali di hadapan khalayak ramai.
Pengalaman
Ia menjadi alasan terbaik pasangan berusia menjadi pilihan. Pengalaman tidak mungkin dapat dijual beli melainkan menghadapi dan menyelaminya sendiri. Bagi pasangan berusia, pastinya pengalaman banyak mengajar mereka untuk lebih beretika dalam perhubungan, serius dalam percintaan dan bijak dalam soal rumah tangga. Sesungguhnya pengalaman itu amat berharga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak salah pun nak kahwin awal cuma kena betul-betul susun biar cantik dan mudah nak bawa dalam kehidupan.
Ada orang mampu tetapi kebanyakannya pasti terlepas sesuatu. Nak-nak bila kahwin terus ada anak. Okay, ini pandangan peribadi Puan Shifa Kamardin, jemput baca sekejap.
Tak Salah Kahwin Awal
Kahwin awal tak patut terutamanya selepas apa yang aku tengok kepada orang-orang di sekeliling aku dan termasuk aku sendiri.
Usia belasan tahun sehingga 30-an sebenarnya waktu keemasan yang kalian boleh gunakan untuk kembangkan bakat dan potensi diri semaksimum mungkin.
Usia keemasan beginilah kalian boleh gunakan untuk mempelajari pelbagai perkara dalam kehidupan.
Cara uruskan stres.
Cara nak hadapi cabaran hidup.
Cara uruskan kewangan.
Kemahiran dalam meneruskan kelangsungan hidup. Bagaimana nak meningkatkan taraf diri. Kalau taraf diri tak naik, macam mana orang nak hormat kita?
Paling penting, waktu sebeginilah kita akan belajar cara sayang diri kita. Kalau kita tak sayang diri, macam mana kita nak sayang orang lain dan mengharapkan orang sayang akan diri kita?
Belajar Urus Kewangan Dalam Usia Muda
Kalau tak belajar urus kewangan pada usia sebegini, bagaimana nak capai status kewangan yang stabil? Cinta takkan mengenyangkan perut. Sayang takkan mampu melunaskan yuran tadika anak.
Kalau diri sendiri pun tak tau nak urus, bagaimana mungkin kita dapat urus keluarga? Habis kelam-kabut sistem kekeluargaan hanya kerana kita tak mampu urus diri.
Masa muda ini lah kita patut lenjan segala kudrat yang ada untuk buat perkara yang menjamin masa depan yang cerah, buat perkara yang berbaloi dengan usaha dan pengorbanan kita.
Bila Usia Tak Muda, Agak Struggle Nak Buat Semua
Percayalah, selepas kahwin, nak buat semua ini, nak kejar semula apa yang telah terlewat, sangat memenatkan lagi melelahkan. Segalanya akan menjadi amat terhad. Komitmen makin bertambah. Tak semua pasangan akan menyokong minat dan cita-cita kita.
Sebab itulah kejar segalanya di usia muda ini.
Apabila usia dah tak muda, kita pun dah tak larat. Kudrat sudahpun menghilang. Semangat pula ke lautan sepi.
Kahwin muda dalam keadaan diri tak bersedia, seronok tu hanya sehari dua saja. Lepas tu, serabut dengan bebanan yang perlu ditanggung. Itu tak termasuk lagi orang sekeliling mak mentua, ipar duai tengok semacam ja laki bini.
Realitinya tak seindah fantasi. Kalau dah terkahwin muda, ekonomi tak stabil, makan pun bercatu selang-seli dengan maggie, emosi pun tunggang terbalik, TOLONGLAH PAKAI PERANCANG.
Bila semua tersusun rapi, baru kita akan rasa sihat dan tak penat emosi lalui kehidupan selepas kahwin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kahwin ni nampak mudah sehingga kau sendiri melaluinya. Lepas kahwin baru kau tahu mudah atau tidak seperti yang di janjikan sebelumnya. Wanita ini kongsi, jangan cerita pasal kahwin kalau kau masih berperangai sedemikian.
Cuba berubah
Ini basic yang kena ada
Prepare yourself girls
Last but not least
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!