Bila terjebak dalam perkahwinan toksik, bukan mudah untuk seorang perempuan untuk melepaskan diri daripada pasangan yang narsisistik dan juga sadistik.
Begitulah yang diandaikan oleh saudari Shifa Kamardin, nak lari daripada situasi ini, anda kena kuat semangat. Jemput hadam…
Terjebak Perkahwinan Toksik
Segala yang terpamer dalam media sosial untuk menyedapkan hati diri bahawa dirinya baik-baik sahaja sedangkan realitinya dirinya sedang runtuh.
Selalunya mereka perlukan validasi daripada orang luar untuk mendapatkan secebis kekuatan bagi menghadapi hari-hari yang mendatang. Sedangkan pelindung dah bertindak serupa jerung di balik pintu yang tertutup.
Terutamanya hidup dengan pasangan narsisis membuatkan isteri ni sentiasa mempertikaikan kewarasan diri dalam bertindak untuk melepaskan diri daripada belenggu kehidupan yang toksik. Segala tindak-tanduknya akan dipersoal oleh si suami.
Selalu Jadi Mangsa Keadaan
Apabila isteri keluar dari rumah untuk mendapatkan perlindungan, terus dicap sebagai isteri derhaka. Apabila isteri lawan pertahankan haknya, terus dikatanya isteri tak reti bersyukur.
Apabila isteri kena pukul, suami justifikasi tindakannya disebabkan terlalu marah kerana isteri lawan cakapnya. Semuanya punca si isteri. Salah si isteri. Diri sendiri tetapkan maksum.
Akhirnya si isteri pun terpaksa menerima takdir sebegini. Hidup dalam penafian dan sering menyalahkan diri atas segala hal yang terjadi. Bagaimana mahu bebaskan diri?
Bangkit dan Melawan Walau Emosi Runtuh
Tak lain tak bukan memerlukan tekad yang jitu, sokongan ampuh daripada keluarga dan juga status kewangan yang mantap. Cukup semua itu, si isteri akan bangkit melawan dengan penuh bergaya walaupun emosinya sedang runtuh.
Hidup ini bukan seperti cermin yang menunjukkan hampir seluruhan yang diterima tanpa rahsia. Hidup itu menyembunyikan rahsia-rahsianya sebagaimana manusia menyembunyikan rahsianya-rahsianya.
Yang paling penting, kita harus bersiap untuk menerima kenyataan setelah segala rahsia tersingkap.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI