Termetri Cinta Tajul Aiman Aznan & Nor Afifah Habib Mohamed

Share

Siapa menyangka hanya bermula dengan perkenalan menerusi facebook menerbitkan rasa cinta antara Tajul Aiman Aznan@baba dan Nor Afifah Habib Mohamed lantas menyatukan kedua pasangan dalam majlis akad nikah pada 30 Disember 2017. Tarikh itu dipilih sempena tahun baru dan azam serta semangat memulakan hidup bersama. Bagi meraikan cinta keduanya , majlis resepsi bertemakan Night Dinner Glam Beach menjadi bukti cinta pasangan ini.

Mula mengenali

Perkenalan selama tujuh tahun antara keduanya membawa hingga ke jinjang pelamin. “ Kami berkenalan sejak 15/7/2010. Sepanjang perkenalan itu akhirnya kami membuat satu keputusan untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.” Tidak dinafikan saat teman lelaki melafazkan lamarannya , perasaan Fifi terasa sangat gembira dan bahagia. Semuanya persiapan berjalan lancar dan cepat dalam tempoh yang singkat.

Hantaran istimewa yang diberikan kepada pasangan

Antara hantaran yang sungguh istimewa buat Fifi ialah telekung kerana ia memberikan 1001 makna.Manakala bagi Tajul merasakan jam pemberian Fifi amat bermakna buat dirinya kerana memberikan 1001 maksud.

 Inspirasi perkahwinan

Pada 17/3/18 majlis resepsi diadakan penuh meriah dihadiri sanak saudara dan rakan taulan. Villa Kuchinta, Kuantan menjadi saksi majlis gilang gemilang itu.Kuantan memang terkenal dengan pantai yang tenang maka tercetusnya idea untuk mengadakan majlis resepsi di situ.
Memilih waktu malam dan di hiasi lampu fairy light memberikan suasana yang sangat tenang,ceria dan glamour. Azmi selaku perancang perkahwinan dipilih kerana sikapnya yang mudah berbincang,bertolak ansur, kreatif, memahami dan sangat teliti.

Keistimewaan pasangan

Fifi  tersangat istimewa buat Tajul kerana berusaha mengurangkan berat badan dari 100kg menjadi  60kg selama 5 tahun. “Selain itu dia sangat cantik seperti doll,

pandai memasak, selalu berusaha memikat hati saya dengan kecantikan. Fifi juga lucu, manja, nakal, degil, kuat merajuk juga menarik hati Tajul. Selain itu mempunyai  hobi yang sama iaitu sukkana kereta dan sifat baiknya dengan orang sekeliling turut menarik perhatian Tajul.

Lokasi bulan madu

Kami memilih Switzerland kerana tempatnya tenang

 Harapan dalam perkahwinan

Harapan kedua  menjadi soulmate dan sahabat hingga akhir hayat. Mereka juga mengimpikan untuk  mempunyai anak-anak yang comel dan dimurahkan rezeki. “Semoga tangan kami akan berpegangan hingga hari tua,”

 

 

 

 

 

Akad Nikah: Bizmilla Wedding Centre, Subang

Tema : English (akad nikah) , Night Dinner Glam Beach ( resepsi)

Resepsi : Villa Kuchinta, Kuantan

Perancang Perkahwinan &  Bunga Tangan : Azmi, Dream Catcher Wedding Planner

Dekorasi Pelamin : Bizmilla Hall dan sedikit dekorasi oleh Dream Catcher Wedding Planner (akad nikah) & Dream Catcher Wedding Planner ( resepsi)

Busana : Bizmilla Wedding Centre, Subang ( akad nikah) , Busana sendiri & ciptaan Nor Hayati Mohamed -makcik pengantin lelaki- ( resepsi)

Solekan & Dandanan : Naqia Rahim ( akad nikah)
https://www.instagram.com/p/BdcRJt5go73/
https://www.instagram.com/p/BdWk_BIgeoc/

MUA Vee  ( resepsi)

Videografi : KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD

 FOTO : THAI THIAM FOOK

Published by
Putri Adila