Setiap lelaki mempunyai personaliti dan gaya tersendiri untuk kelihatan lebih tampan.
Namun dalam banyak gaya, mempunyai jambang menjadi pilihan banyak lelaki sebagai penambah aura penarik kepada wanita.
Namun ia perlu dikemaskan dengan rapi agar tidak tumbuh melata sekaligus memusnahkan wajah kacak yang anda miliki sebelum ini. Bayangkan dengan stail rambut yang padan disertakan dengan jambang yang kemas, wanita mana yang tidak keruan bila melihat anda.
1. Nampak matang dan bersifat kebapaan
Lelaki berjambang nampak lebih matang dan punyai aura yang tersendiri. Wanita rasa selamat bila berada di samping anda.
2. Nampak seperti orang yang celik akal di mata wanita
Anda nampak misteri tetapi ada kelas yang tersendiri. Selain itu, anda juga nampak bijak di mata mereka. Hanya wanita yang terpilih sahaja dapat mengenali anda dengan lebih rapat.
3. Seorang yang sabar
Untuk menjaga jambang tidak mudah. Anda perlu merapikannya dengan teliti kerana jika tidak dijaga ia akan tumbuh bak lalang. Di sini dapat dilihat kesabaran untuk menjaga bulu jambang yang bagi sesetengah orang leceh, hingga mencukur licin bulu tersebut.
4. Lelaki lebih seksi di mata wanita dengan jambang
Selain mempunyai stail rambut yang menawan, bulu yang tumbuh di sekitar pipi hingga bawah dagu ada aura penariknya yang tersendiri. Kadangkala wanita juga mempunyai fantasi seksualnya yang tersendiri apabila melihat jambang anda.
5. Mempunyai karekter sebagai seorang pelindung
Anda nampak garang dan macho di mata wanita. Mereka mengandaikan jika anda bersama mereka, dia adalah wanita yang paling beruntung. Disini, aura jantan anda lebih terserlah kerana adanya bulu jambang.
Sumber : Free malaysia today