Penyanyi, Amylea Azizan akui cukup risau bila dia terpaksa PJJ (perkahwinan jarak jauh) dengan suaminya, Mohammad Aqbar Mohamad, 40.
Takut jika diuji dalam hubungan suami isteri, memandangkan mereka kini tinggal berjauhan.
Amylea Azizan Risau Dicurangi
Amylea, 38, berkata dia sentiasa memantau keadaan suaminya dan mengharapkan agar rumah tangga dibina selama tujuh bulan itu berkekalan sehingga akhir hayat.
Ads
“Saya memang sentiasa risau. Saya selalu beri amaran kepada suami dan saya beri amaran kepada mereka di luar sana, suami saya bukan Aaron Aziz atau Zul Ariffin.
“Tetapi kalau ada percubaan itu (menyondol), saya tidak takut untuk melakukan perkara yang lebih drastik iaitu musnahkan hidup awak,” katanya.
Ads
Cuba Pertahankan Hubungan
Amylea bagaimanapun memaklumkan sehingga kini tiada gangguan tersebut dan berusaha sehabis baik mempertahankan perkahwinannya.
Ads
“Saya doa kepada Allah supaya benda ini tidak akan berlaku. Saya pernah rasa dicurangi dan tidak mahu lagi melalui fasa tersebut. Saya akan cuba yang terbaik untuk menjaga perkahwinan ini,” ujarnya.
Dalam masa sama, Amylea berkata dia tidak mempunyai sebarang perancangan dan tidak menolak sekiranya mempunyai zuriat dalam tempoh terdekat.
Jadi buat anda yang mempunyai nasib yang sama, perlu kentalkan diri dan berdoa yang baik-baik untuk terus bahagia dengan pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cinta itu tidak kenal pangkat dan harta bila hati sudah sayang. Orang tua-tua selalu kata, cinta itu buta. Setiap perbezaan dari segi rupa paras, harta mahupun pangkat dan darjat tak pernah diendahkan pasangan bercinta untuk kekal bersama.
Jurugambar dari Thailand, Yusree Yusohem ini kongsi foto- foto unik dan menarik di antara si jururawat dan penoreh getah.
Sunita Salaemae merupakan graduan di Fakulti Kejururawatan manakala Adeelan Salae seorang penoreh getah.
Menariknya, foto kahwin mereka tidak seperti orang lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami menjadi orang penting bagi kehidupan isteri dan anak-anak. Persoalannya, adakah tanggungjawab suami hanya terbatas pada keluarganya sahaja atau bagaimana?
1 – Memberi Nafkah Dan Segala Keperluan Isteri
Isteri yang dinikahi itu secara tidak langsung menjadi tanggungan penuh oleh lelaki tersebut (suami). Oleh itu, perlu diambil berat mengenai nafkah zahir dan batin isteri, serta segala keperluannya termasuk asas pendidikan Islam mengikut kadar kemampuan suami.
2 – Menyara Segala Keperluan Nafkah Dan Pendidikan Anak-anak
Jika hasil perkahwinan itu dikurniakan anak-anak, maka lelaki itu bertanggungjawab pula menyediakan segala keperluan dan pendidikan kepada anak-anaknya dengan dibantu oleh suri hatinya.
3 – Tidak Mengabaikan Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa
Sama ada ibu bapanya sendiri atau ibu bapa mertuanya, lelaki yang sudah berkahwin masih perlu menunaikan tanggungjawabnya kepada kedua-dua belah pihak. Ini kerana apabila si lelaki sudah mengahwini isterinya, ibu bapa mertua adalah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri.
Dalam hadis Sahih Bukhari,
“Telah datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw; ‘Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Rasul?’ Jawab Rasulullah, ‘Ibu kamu’. ‘Setelah itu?’ Tanya lelaki itu lagi. ‘Ibu kamu’ Jawab Baginda. ‘Setelah itu?’ Lelaki itu bertanya lagi dan jawab Baginda, ‘Ibu kamu’. Kali keempat lelaki itu bertanya lagi, ‘Selepas itu?’ Jawab Baginda, ‘Ayah kamu’.”
4 – Membantu Isteri Menguruskan Hal Rumahtangga
Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik yang boleh dijadikan contoh ikutan oleh kaum lelaki dalam melaksanakan tugas sebagai seorang ketua keluarga sekaligus pembantu kepada isteri dalam melakukan tugas harian di rumah.
“Aisyah pernah ditanya, ‘Apakah yang dilakukan oleh Nabi saw di rumahnya?’ Aisyah menjawab, ‘Baginda membantuku melaksanakan kerja-kerja di rumah’.”(Hadis Riwayat Bukhari)
5 – Mencari Sumber Rezeki Yang Halal
Jika tidak bekerja, bagaimana lelaki mahu menyara keluarganya nanti? Rezeki tidak akan datang bergolek, ia perlukan usaha dan tawakkal pada Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Cari dan buatlah apa-apa jua pekerjaan sekalipun, asalkan ianya halal dan mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.
Ini kerana setiap sumber pencarian yang dibawa pulang itu akan menjadi ‘makanan’ kepada isteri dan anak-anak. Jika sumber rezeki itu diperoleh dengan cara yang batil, secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada rohani, fizikal mahupun mental mereka.
6 – Mendalami Ilmu Agama
Tanpa agama, seseorang itu ibarat layang-layang yang terputus talinya. Membawa dirinya tanpa hala tuju dengan mengikut tiupan angin. Begitu juga manusia jika tanpa agama, seakan tiada panduan atau matlamat jelas dalam hidupnya.
Oleh itu, setiap lelaki yang menjadi ketua keluarga sewajarnya perlu menitikberatkan hal ini dalam mengemudi bahtera rumahtangga yang dibina. Masih belum terlambat untuk mendalami ilmu agama jika kita banyak tidak tahu mengenainya.
7 – Menghubungkan Silaturrahim Dengan Masyarakat Sekitar
Walaupun sudah berumahtangga, usah menjadikan alasan tidak dapat bergaul atau beramah mesra dengan masyarakat di sekitar. Contoh mudah, boleh jadikan apa jua majlis keraian seperti majlis perkahwinan, gotong-royong, solat berjemaah di surau atau masjid untuk berkenal-kenalan dengan penduduk sekitar.
Siapa tahu, suatu hari nanti anda sakit atau sangat memerlukan bantuan. Sudah pasti jiran terdekat atau komuniti sekitar menjadi tempat untuk anda meminta pertolongan.
Mudah-mudahan, perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada pembaca terutama buat kaum Adam yang sudah pun bergelar suami, atau kepada mereka yang bakal mendirikan rumahtangga.
Apapun, ambil dan contohilah teladan Rasulullah saw dalam mengemudi rumahtangga yang dibina bersama serikandi-serikandi Baginda Nabi saw hingga akhir hayatnya. Wallahua’lam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika selalu buah nangka masak dimakan mentah begitu saja. Rupanya mak-mak juga boleh padankan dengan pulut dan kuah santan pekat untuk kelainan.Boleh rujuk perkongsian resipi daripada Puan Zalipah Ibrahim ini pulut nangka yang dibuat untuk jualan sebagai panduan.
“Pulut nangka yang kak pah buat untuk jualan.Atas permintaan ramai dan maaf bagi yang kak pah tak reply mungkin tak perasan. Kat sini kak pah share resepi ya. Maaf andai ada yang terkurang kalau ada tak faham boleh tanya”.
Bahan-Bahan:
Buah nangka
beras pulut ( direndam 8 jam ) kurang pun takpe
santan pekat( guna santan kotak pun lagi bagus pekat )
garam & gula
Daun pandan (Pilihan )
Cara Membuat:
(Pulut)
Mula-mula toskan pulut yang direndam, kukus dalam periuk kukus letak daun pandan nak bagi wangi.
Masuk santan pekat dalam bekas campur garam agak-agak rasa dengan tekak kacau bagi hancur gula.
Dah masak pulut yang dikukus angkat gaul dengan santan tadi sampai kering santannya.
Selepas itu, masukkan semula dalam periuk, kukus sekali lagi sampai keluar wap. Angkat, tabur gula dalam pulut kaup balik pulut tadi dengan senduk bagi gula sekata. Biar sejuk sikit.
( Nangka)
Belah buang biji isi nangka, jangan belah terus separuh je
Ambil pulut kepal-kepalkam dan masukkan dalam nangka tadi.
Dah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut ke dalam periuk dan kukus sekejap dalam 3-5 minit, untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan lama nanti lembik tak sedap. Kalau suka nangka yang ranggup tak perlu kukus.
( Kuah Santan)
Santan pekat kisar dengan isi nangka agak-agak jangan banyak sangat dalam 5 @ 6 ulas je.
Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai mendidih.