Penyanyi, Amylea Azizan akui cukup risau bila dia terpaksa PJJ (perkahwinan jarak jauh) dengan suaminya, Mohammad Aqbar Mohamad, 40.
Takut jika diuji dalam hubungan suami isteri, memandangkan mereka kini tinggal berjauhan.
Amylea, 38, berkata dia sentiasa memantau keadaan suaminya dan mengharapkan agar rumah tangga dibina selama tujuh bulan itu berkekalan sehingga akhir hayat.
“Saya memang sentiasa risau. Saya selalu beri amaran kepada suami dan saya beri amaran kepada mereka di luar sana, suami saya bukan Aaron Aziz atau Zul Ariffin.
“Tetapi kalau ada percubaan itu (menyondol), saya tidak takut untuk melakukan perkara yang lebih drastik iaitu musnahkan hidup awak,”
katanya.Amylea bagaimanapun memaklumkan sehingga kini tiada gangguan tersebut dan berusaha sehabis baik mempertahankan perkahwinannya.
“Saya doa kepada Allah supaya benda ini tidak akan berlaku. Saya pernah rasa dicurangi dan tidak mahu lagi melalui fasa tersebut. Saya akan cuba yang terbaik untuk menjaga perkahwinan ini,” ujarnya.
Dalam masa sama, Amylea berkata dia tidak mempunyai sebarang perancangan dan tidak menolak sekiranya mempunyai zuriat dalam tempoh terdekat.
Jadi buat anda yang mempunyai nasib yang sama, perlu kentalkan diri dan berdoa yang baik-baik untuk terus bahagia dengan pasangan.