
test body

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelamin Dan Dekorasi Untuk FATTZURA Fairytale Buat Ramai Tetamu Teruja

Masih memperkatakan tentang pasangan popular Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang baru mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Bertemakan ‘Fattzura Fairytale’, majlis gilang-gemilang itu menyaksikan pasangan mempelai anggun dan kacak bergaya bak sang putera dan puteri raja yang bersanding di pelamin yang indah sentuhan Reka Teemor. Tenyata ilham reka oleh Reka Teemor tidak pernah menghampakan bermula dari pintu masuk dekorasinya sungguh memukau.
Pesona Pengantin berkesempatan bertanyakan pereka dari Reka Teemor tentang dekorasi yang dipersembahkan.
Apakah konsep pelamin dan dekorasi keseluruhan?
Untuk majlis resepsi ini, konsep – Cinderella, The Fairytale mahu diketengahkan.

Bagaimana tercetusnya idea?
Bermula daripada pasangan tersebut dan sejarah pengenalan mereka daripada drama Hero Seorang Cinderella yang dijayakan di rumah kami #Rumah Teemor.

Gabungan warna yang diketengahkan
Warna utama iaitu Merah Jambu ditonjolkan kerana itu adalah warna kegemaran Fazura. Dan kami gabungkan dengan beberapa warna lain untuk menaikkan mood and to create the while Cinderella ambience for the wedding.

Berapa lama idea ini difikirkan?
Tak lama kerana ianya begitu sinonim dengan pasangan ini sehingga idea itu sudah semestinya dizahirkan oleh kami sebagai the wedding designer untuk pasangan merpati dua sejoli ini.

Elemen surprise yang ditampilkan ?
Kami hanya membincangkan mengenai istana fairytale sebagai pelamin, namun di malam tersebut kami sediakan juga backdrop bintang-bintang berkelipan, 30 custom made crystal chandeliers, 6 kuda putih berhias, serta entrance masuk ke ballroom yang bersinar-sinar dengan lampu fairylights.

Sumber rujukan?
Idea Reka Teemor tersendiri
Jenis jenis bunga yang digunakan?
Peonies, roses, hydrangea dan baby’s breath

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Tip Hias Bilik Tidur Simple Tapi Cantik Buat Pengantin Baru

Isi Kandungan
ToggleKamar tidur merupakan sebuah bilik di mana biasanya kita menggunakan masa yang banyak di dalamnya. Buat pengantin baharu yang masih di alam bulan madu tentunya ruang ini menjadi sudut untuk memadu kasih selain merupakan ruang peribadi untuk kalian berdua menyalurkan rasa cinta.
Dalam masa yang sama juga selain untuk tidur, kamar utama juga merupakan tempat yang paling selesa daripada bilik rumah yang lain. Akan tetapi kebanyakan kamar tidur mempunyai saiz yang sangat terhad. Apabila penataan kamar tidur tidak sesuai ia akan memberi kesan kamar tidur terasa lebih sempit dan tidak selesa. Oleh itu, amat penting untuk menyusun atur semula bilik tidur anda agar ia mampu memberikan magis yang tersendiri.
Sebenarnya banyak cara menata kamar tidur secara sederhana bagi memberikan kelesaan kepada pemilik kamar. Berikut lima cara yang boleh anda gunakan untuk menyusun atur semula bilik tidur agar menjadi lebih selesa semasa anda berada di dalamnya.
Pilih Kertas Dinding Berbanding Cat
Anda boleh menggunakan kertas dinding pada kamar tidur anda. Paling utama, buat pilihan yang tepat atau pilih kertas dinding sesuai dengan selera anda. Penggunaan kertas dinding sangat disarankan daripada menggunakan cat kerana harga kertas dinding jauh lebih murah jika dibandingkan dengan cat. Selain itu motif daripada kertas dinding saat ini juga sudah banyak dan pilihan warnanya pun berbeza-beza.
Langsir
Pilihlah langsir jendela yang sesuai dengan reka bentuk kamar tidur anda. Penggunaan langsir yang tidak sesuai akan memberi kesan yang tidak selesa, maka dari itu reka bentuk yang sesuai sangat diperlukan. Dengan reka bentuk dan juga warna yang sesuai akan memberikan kesan moden pada kamar tidur anda.
Bidai
Terdapat berbagai jenis bidai antaranya bidai gulung, bidai menegak, bidai kayu atau buluh, bidai aluminium dan langsir Roman Blind (langsir bidai). Anda boleh memilih bidai yang sesuai dengan citarasa anda. Paling penting, ia selesa dan sedap mata memandang.
Ubah Atau Perbaiki Perabot Sedia Ada
Ubah atau perbaiki perabot yang ada pada kamar tidur anda. Pilihlah perabot yang mempunyai ukuran sedikit lebih kecil agar kamar tidur anda mempunyai kesan yang lebih luas. Penataan perabot pada kamar tidur anda harus sesuai agar tidak mengganggu aktiviti anda. Penempatan yang baik juga boleh memberi kesan mewah pada kamar tidur anda.
Pindah Barang
Pindahkan barang yang tidak berguna dari kamar tidur. Apabila mempunyai kamar dengan saiz yang sedikit terhad, barangan yang terkumpul boleh membuatkan keadaan menjadi tidak selesa.
Inilah lima tip yang boleh anda gunakan untuk menyusun atur kamar tidur anda agar menjadi lebih selesa walaupun mempunyai saiz keluasan yang terhad.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Dekorasi Pelamin Lebih Memukau? Ini 5 Hiasan Penting Yang Patut Ada!

Isi Kandungan
ToggleApabila merpati dua sejoli duduk bergandingan di atas singahsana cinta, ia dianggap sebagai acara kemuncak sebuah ikatan cinta. Bukan sahaja kepada pasangan mempelai malah di hati tetamu yang hadir.
Memandangkan ruangan singgahsana cinta menjadi titik fokus, maka tidak hairanlah susun atur hiasan di ruangan pelamin harus digarap sempurna dan seindah mungkin. Di atas pelaminan ini jugalah akan dilakukan beberapa acara adat seperti menepung tawar serta merenjis air mawar.
Bagi menambahkan lagi keindahan tatahias pelamin, lazimnya penggunaan aksesori menjadi keutamaan dalam mencipta personaliti dan gaya di ruangan pelaminan. Berikut antara barangan atau perkakasan yang sering dijadikan pilihan utama dalam menghias pelamin.
1. Bunga-bungaan
Tidak lengkap sentuhan dekorasi pelamin tanpa dihiasi dengan gabungan bunga-bungaan terpilih. Ternyata tarikan dan kuasa bunga dalam mencipta keserian dekorasi tidak dapat dinafikan.
2. Lampu Hiasan
Menggayakan lampu hiasan seperti chandelier, lampu bola rotan dan sebagainya bukan sahaja bertujuan untuk menghadirkan cahaya. Malah turut terkesan dalam menyuntik elemen dramatik di ruangan pelamin. Juga apabila menggunakan lampu sportlight dan dihalakan ke bahagian tertentu di ruangan pelamin agar tampak lebih menarik dan tersendiri.
3. Pasu Kaca
Bermain dengan pasu kaca untuk merias pelamin ada keunikannya yang tersendiri. Sesuai diletakkan sama ada air yang dicampur pewarna, pasir, guli atau dibiarkan kosong. Garapan idea segar seperti ini apabila diaplikasikan pasti akan menghadiahkan kesudahan dekorasi yang istimewa.
4. Bantal Hiasan
Semarak dekorasi di ruangan pelamin bertambah sempurna apabila turut diserikan dengan aturan bantal-bantal hiasan pelbagai warna dan bentuk. Tidak dinafikan fungsi bantal tersebut sebagai kemasan lembut menyuntik keanggunan gaya pelamin yang cukup istimewa.
5. Lilin Artifisial
Biasan cahaya daripada lilin artifisial tampak begitu mewah untuk digayakan di ruangan pelamin. Perletakan lilin dalam pelbagai cara sama ada untuk menghiasi latar pelamin, penyeri sudut kiri dan kanan pelamin atau sebagainya mampu menyuntik suasana yang dramatik. Maka tidak hairanlah ia turut dijadikan antara elemen dekorasi yang hebat dan eksklusif.
6. Fabrik
Seiring dengan trend pelamin masa kini, fabrik turut dijadikan item utama dalam mencipta gaya dekorasi pelamin. Tidak perlu dinafikan, dengan penataan fabrik sebagai latar pelamin mampu mencipta ilusi ruangan pelamin tampak tersergam indah.
Kredit gambar pelamin: Intan Bridal House
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI