Tiada Angin Tiada Ribut Tiba-Tiba Berpisah? Ketahui 5 Faktor Ini Yang Mendorong Kepada Perpisahan

Share

Dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Untuk suami dan isteri adalah penting dalam mengekalkan hubungan yang baik kerana anda akan membina keluarga bersama.

Pernah tak anda melihat pasangan yang seperti tiada apa masalah yang berlaku tiba-tiba anda dapat tahu mereka sudah bercerai. Malah, orang sekeliling juga merasa sayang dengan perhubungan tersebut.

Banyak faktor sebenarnya yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Mungkin ini antara sebabnya.

1. Jadi orang lain untuk pasangan

Jika kita tersalah langkah untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan kita seolah-olah telah menjadi orang lain untuk pasangan kita. Sememangnya kita mahu mengembirakan pasangan tidak kira sebelum mahupun selepas berkahwin. Akhirnya diri anda menjadi plastik untuk dirinya.

2. Sentiasa menurut kata-kata pasangan

Perkara ini akan terjadi apabila kita terlalu mengikut kata-kata pasangan kita sahaja. Apa yang disuruh itulah yang dibuat. Sebenarnya boleh sahaja ikutkan kata-kata mereka tetapi haruslah yang mendatangkan faedah dan kebaikan. Jangan pula terlalu mengikut sehingga boleh mendatangkan keburukan kepada anda dan untuk kesenangan dirinya sahaja. Bahaya.

3. Tidak berbincang mengenai masalah

Walaupun ada sesetengah pasangan nampak seperti sempurna dan tiada apa yang berlaku namun siapa sangka disebalik rumah tangga mereka penuh dengan kekurangan. Sebab itu pentingnya komunikasi dan perlunya perbincangan sekiranya anda berdua menghadapi masalah.

4. Sentiasa menghindari masalah

Bila kita hanya menurut kata-kata pasangan itu bermakna sebenarnya kita mahu menghindari daripada masalah. Jangan terlalu mahukan hubungan yang sempurna sehingga tidak mahu ada masalah. Mana ada hubungan yang tiada masalah, semua ada. Jadi jangan lari dari masalah.

5. Terlalu bersangka baik terhadap pasangan

Hal ini pun sering terjadi kerana terlalu bersangka baik dengan pasangan. Sehingga curang dengan anda pun masih tidak tahu! Berpada-padalah jika anda terlalu ingin bersangka baik dengan pasangan.

Published by
NanyRahman