Amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah.
Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Selain ayat lafaz akad itu disusun dengan begitu ‘skema’ sampai pengantin kesejukan untuk menghafaznya.
Tiada dalil yang menyatakan lafaz ijab mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Padahal akad nikah hanyalah gambaran persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah dan apa sahaja lafaz yang membawa maksud tujuan berkenaan maka secara automatiknya ia sah.
Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah’, lalu bakal suami menjawab: ‘saya terima, atau saya bersetuju’ atau ditambah ‘saya terima nikahnya’ atau ‘saya bersetuju bernikah dengannya’ seperti yang diminta oleh sebahagian sarjana dalam Mazhab al-Syafi‘i, maka sahlah ijab dan kabul.
Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.
Perkara terbabit bertepatan dengan syariat seperti apa yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dan Imam Muslim.
Apa yang penting proses ijab dan kabul amatlah mudah dan lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin sehingga menjadi suami dan isteri.
Apabila proses itu berlaku maka ia sah, …tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak membuli pengantin.
Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun sudah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang menyusahkannya dengan sengaja bertanya kepada hadirin: Perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.
Sumber : Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI