Rambut yang cantik, lembut dan lebat semestinya menjadi idaman semua orang tak kira lelaki mahupun wanita. Percaya atau tidak, kebanyakan pelanggan yang menghubungi ummi untuk mendapatkan petua rambut lebat merupakan kaum lelaki, berusia awal 20-an. Kebanyakan mereka mengalami masalah rambut jarang yang kronik akibat gugur. Malah, ada juga yang mengalami masalah botak yang bertompok- tompok.
Keadaan ini biasanya disebabkan oleh peredaran darah yang tidak sekata di kawasan kepala. Puncanya adalah kekurangan nutrien untuk rambut. Rambut merupakan bahagian terakhir yang menerima nutrien dari tubuh. Jika nutrien yang diambil tak cukup, maka ia tidak akan sampai kepada rambut menyebabkan terjadinya rambut gugur. Oleh itu, rambut perlu dirawat secara langsung dengan ubat, tonik dan penggunaan syampu dan perapi yang sesuai.
Antara petua rambut lebat bagi mereka yang bermasalah rambut jarang ialah:
1. Minyak Kelapa
Pernah dengar rawatan minyak panas? Ianya boleh dilakukan sendiri di rumah menggunakan minyak kelapa. Caranya, panaskan minyak kelapa, ambil dan urut de kawasan kulit kepala secara membulat tanpa memberikan tekanan yang kuat. Kemudian, balut kepala dengan tuala tebal yang dah direndam dalam air panas dan biar selama setengah jam. Bilas dengan syampu bebas kimia. Ualangi langkah ni seminggu sekali dan anda akan nampak rambut mulai lebat dan cantik
2. Avokado
Lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu. Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun.
3. Daun Inai
Kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan balut dengan “shower cap” selama 3 jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulangi langkah ini 2 kali seminggu untuk menggalakkan pertmbuhan rambut yang lebih aktif
4. Telur
Pecahkan 2 biji telur dan kacau, tidak perlu dipukul macam nak buat bahulu pulak tau. Ratakan di kulit kepala dan biar selama 15 minit. Cuci rambut dengan air suam menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan seminggu sekali untuk menggalakkan rambut lebat dengan lebih cepat.
5. Daun Lidah Buaya atau Aloe Vera
Potong 2 atau 3 batang daun lidah buaya, picit keluar sari gelnya dan ratakan di seluruh kulit kepala. Biar selama setengah jam sebelum dicuci dengan air sederhana suam. Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.
Sumber : ummitiqah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI