tiada masa berdua

Terlalu sibuk mengurukan hal rumahtangga, kadang tiada masa berdua untuk bercinta versi zaman ada anak-anak.

Bukan tak mahu tetapi terlalu penat kejar masa setiap hari. Suami sibuk mencari rezeki dan isteri akan setia menguruskan hal anak-anak dan kemas rumah. Tahu-tahu, siang dah bertukar jadi malam. Begitulah realitinya.

Kadangkala, meluangkan masa berdua dengan suami mahupun isteri juga dapat memenuhi kantung emosi bahagia untuk kedua-duanya. Tenang jiwa raga orang kata.

Sebagaimana yang dilakukan oleh Ustaz Khairul Anuar Basri ini, dikala usia 44 tahun, dapat membawa isteri ke masjid untuk solat subuh di hujung minggu, mahupun morning walk pun sudah memadai.

Masuk umur 50 tahun nanti, rancangannya mahu kembara keliling dunia berdua dengan isteri pula.

Rancang Mahu Keliling Dunia Berdua Dengan Isteri

Tiada Masa Berdua, Masuk 50-an Nak Pusing Dunia Tengok Negara Orang

Sekarang umur saya 44 tahun. Saya ada masa 6 tahun saja lagi untuk sampai ke umur 50 tahun.

Perancangan saya, pada umur saya 50 tahun, saya nak mengembara mengelilingi dunia berdua dengan isteri saya. Ketika itu, isteri saya mungkin sudah bersara awal dari kerjanya sebagai guru. Katanya dia nak jadi PA dan driver saya saja.

Ads

Ketika itu, anak-anak pun sudah besar panjang. Yang sulung mungkin sudah hampir tamat pengajian di universiti. Yang paling bongsu pun mungkin sudah masuk sekolah menengah dan tinggal di asrama. Jadi, tiada gangguan dan halangan lagi untuk ke hulu dan ke hilir berdua sahaja.

Saya pernah terfikir. Setelah sekian lama berusaha untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, kita akhirnya terpisah juga dek kerana tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga.

Seawal pagi masing-masing sudah dengan hal masing-masing. Suami ke tempat kerjanya. Isteri juga ke tempat kerjanya. Balik petang atau malam, tubuh badan sudah terlalu letih. Tiada masa pun untuk berborak-borak santai. Begitulah setiap hari sehingga umur pencen menjelang tiba.

Tiada Masa Bersama Suami Isteri?

Tiada Masa Berdua, Masuk 50-an Nak Pusing Dunia Tengok Negara Orang

Kurang masa bersama. Tiada masa berdua. Adakah itu matlamat perkahwinan kita? Adakah itu yang didambakan suatu ketika dahulu?

Ads

Bila dah tua, kudrat dah tak secergas dahulu. Fikiran pun tidak seriang dan semuda dahulu. Banyak keterbatasan yang akan kita tempuh. Nikmat hidup berdua juga sudah semakin tidak bermakna.

Sebab itu saya paksa juga kadang-kadang keluar ke mana-mana berdua dengan isteri. Paling tidak di setiap hujung minggu, ke masjid untuk solat Subuh, kemudian morning walk, then sarapan. Jam 10 pagi baru balik ke rumah.

Secepat mungkin saya mesti hentikan semua ini. Agar hidup berdua dapat diberi erti dan makna dengan sebaiknya.

Itulah juga motivasi saya bila saya berhenti kerja makan gaji dan mula bekerja sendiri. Mahu ada masa yang boleh diatur sendiri.

Ads

Mahu ada waktu bersama yang tersayang dengan semaksima mungkin, sebelum jasad dijemput pulang menghadap Ilahi.

Hidup kita ni tak lama. Entah sempat entah tidak saya bertemu dengan umur 50 tahun. Entah saya yang mati dulu atau isteri saya yang mati dulu. Saya pun tak tahu.

Antara benda yang paling saya takut ianya berlaku ialah jika isteri saya yang mati terlebih dahulu dari saya. Macam mana lah hidup saya nanti tanpa dia di sisi. Begitu juga sebaliknya.

Tapi itu janji yang pasti. Sebelum ia datang, saya nak gunakan sepenuhnya umur yang tersisa ini untuk meninggalkan kenangan terindah buat kami berdua.

Semoga Allah izinkan. Amin.

Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI