Cinta zaman sekolah atau cinta monyet kebanyakkannya tidak berakhir hingga ke jinjang pelamin kerana masing-masing tidak matang di kala itu. Setakat suka-suka dan tidak memahami makna sebenar hati dan perasaan pasangan. Ramai juga yang terjerat dengan cinta zaman sekolah ini. Macam-macam ragam percintaan bagi mereka yang melalui fasa tersebut,contohnya bercinta secara sorok-sorok maklumlah masih di bangku sekolah.

Namun tidak kurang juga berterusan cinta hingga membina istana bahagia. Pokok pangkalnya terletak pada kesabaran dan hati sejauh mana mereka bersabar menempuhi cabaran dan dugaan percintaan yang dibina.

Bagi pasangan Muhammad Faiz Bin Sabri, 26 dan Nur Farhana Murfiqah Binti Mustaffa, 24 perkenalan selama 10 tahun dengan suami memberi makna buat mereka berdua. Bagai tidak disangka hubungan yang dibina bertahun-tahun itu kekal utuh sehinggalah sah menjadi suami isteri. Akui mereka sungguh terharu dengan pengalaman yang dilalui.

Tidak Menyangka Hubungan Yang Dibina 10 tahun Kekal Utuh Sehingga Bergelar Suami Isteri

 Bilakah mula perkenalan anda berdua?

Perkenalan kami berdua bermula dari bangku sekolah ketika tahun 2007. Ketika itu saya seorang pengawas sekolah,  saya mengawasi kawasan bilik guru bersama  supaya tiada pelajar yang merayau di waktu tengah hari. Ketika itu saya bertemu Faiz. Dia lalu dan menegur saya dengan berkata “eh ada cikgu minta nombor awak” sedangkan  dia yg minta.

Sejak dari itu kami mula berkawan dan berkenalan. Sehingga keluar dari sekolah kami masih menghubungi antara satu sama lain hingga ke peringkat universiti. Kami mengikat pertunangan sebelum Faiz menamatkan pelajaran di peringkat master pada ketika itu.  Setelah tamat pelajaran kami melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun 2017. Alhamdulillah kini genap setahun lima bulan kami berkahwin.

Apa yang membuat anda jatuh hati dengan pasangan?

Ads

Suami seorang yg kelakar itu yang membuat saya tertarik hati dengannya.

Apa perkara manis yang pasangan lakukan dan masih tersemat di minda?  
Banyak sebenarnya,  antara perkara yang Faiz lakukan ialah dia buat kejutan di hari lahir saya. Zaman belajar di UiTM,  Pulau Pinang dulu, tiap kali balik selepas kelas, Faiz akan datang dari Shah Alam dan menghantar saya pulang ke rumah. Boleh dikatakan kerap kali pulang ke rumah akan dijemput oleh Faiz.

Apa istimewanya Faiz di mata Nana?

Akui Nana, Faiz seorang yang bertanggungjawab , suka buat dirinya gembira , berhati mulia, sweet, kelakar dan kacak.

Bagaimana Faiz memujuk bila Nana merajuk?

Ads

Biasanya kalau Nana merajuk, suami akan buat lawak hingga tergelak dan Nana tidak merajuk lagi.

Tidak Menyangka Hubungan Yang Dibina 10 tahun Kekal Utuh Sehingga Bergelar Suami Isteri

Apa perkara sweet yang Faiz lakukan?

Perkara sweet yang suami lakukan selepas kahwin ialah suka bawa Nana  melancong. Kadang-kadang suami akan masakkan untuk Nana bila penat . Malah ada masanya suami cakap hari ini tak payah  masak kita makan luar. Dia sangat memahami diri Nana.

Ads

Apa yang meyakinkan Nana memilih Faiz sebagai suami?

10 tahun perkenalan membuatkan Nana sudah tahu hati budi Faiz dan tambah meyakinkan untuk bersama sebagai pasangan yang sah. Nana yakin Faiz dapat membahagia dan menggembirakan Nana setiap masa dan sampai bila bila.

Genap 11 bulan berkahwin kami dikurniakan cahaya mata yang pertama dan insyaAllah sedang menunggu ketibaan ahli baru dalam keluarga dalam masa yang terdekat. Itulah penantian yang paling ditunggu-tunggu oleh kami berdua dan momen paling indah dalam hidup. Sesungguhnya cahaya mata ini menjadi pengikat cinta dan kasih sayang kami berdua. Tidak sabar menanti menunggu kehadiran orang baru dalam hidup kami.

Pada pandangan Nana apa yang membuatkan cinta ini bertahan lama?

Pada pandangan saya yang membuatkan cinta kami bertahan lama adalah yang paling penting sifat kesetiaan, kejujuran, toleransi dan percaya antara satu sama lain. Itulah rahsia kebahagiaan hidup kami sampai sekarang dan selamanya InsyaAllah Amin.

Tidak Menyangka Hubungan Yang Dibina 10 tahun Kekal Utuh Sehingga Bergelar Suami Isteri

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI