Bagus betul Pak Cik ini, langsung tidak tetapkan hantaran sebab niatnya tak mahu pihak lelaki terbeban dengan kos perkahwinan.
Kalau ikutkan, masih ada mak ayah yang mengambil kira besarkan anak dari kecil, mengambil kira dari sudut pendidikan terbaik hingga ada ijazah dan sebagainya. Kemudian terus kaitkan nilai hantaran dengan pendidikan yang dikecapi.
Hah, jenuh pihak lelaki kalau bakal pasangan sambung sampai PhD.
Tidak Tetapkan Hantaran, Tak Mahu Pihak Lelaki Terbeban
Nilai hantaran mengikut taraf pendidikan juga pernah menjadi perdebatan di media sosial kerana mereka yang ada SPM saja menetapkan hantaran sampai RM8000 mengambil kira keperluan semasa hari ini.
Jika lulusan SPM saja sudah RM8000, paling tidak mereka yang miliki ijazah RM15,000 atau RM20,000 ke atas.
Ini pasti membebankan kebanyakan lelaki bujang yang gaji asasnya sebanyak RM1500 sebulan.
Tolak Ansur Dengan Pihak Keluarga
Tapi tak semua mak ayah berfikiran tertutup kerana paling penting sebelum anak mendirikan rumahtangga, paling penting adalah perbincangan dan tolak ansur bersama keluarga lelaki.
Satu video yang viral di media sosial memperlihatkan seorang bapa yang telah meletakkan “hantaran” RM29,990 kerana anaknya, Amalina berkelulusan accountancy.
Jelas kelihatan rombongan lelaki terdiam mendengar angka dinyatakan namun secara spontan bapa ini berkata ia hanyalah gurauan semata-mata.
@malaysianupdatenews Sempat lagi tu melawak 😅😂😂 #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp #fypシ 📹@pakngah_gold ♬ Cinta Sampai Mati (Remix) – Second Team
Memang Sporting Pakcik Nie
Dirinya langsung tidak meletakkan berapa nilai hantaran buat anak gadisnya dan semuanya terpulang kepada pihak lelaki untuk memberi berapa yang mampu.
“Saya tak mahu ia menjadi beban kepada pihak lelaki untuk menilai yang berpatutan, tidak membebankan dan itulah prinsipnya. Tapi paling diutamakan ialah mas kahwin yang wajib,” katanya yang membuat lawak.
Namun apa dimintanya hanyalah mas kahwin berjumlah dua dinar emas 999 yang mengambil kira satu dinar 999 bersamaan 4.25 gram.
Apa pun di dalam Islam, perkahwinan sebenarnya mudah. Dalam rukun nikah ada lima iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, saksi, wali dan akad.
Namun adat orang Melayu akan menambah hantaran, goodies bag, pelamin, make-up, band muzik, pelamin bermegah-megah sehingga perkahwinan hari ini dilihat suatu yang membebankan. Apa pun, tepuk dada tanya poket.
Kredit video: Malaysianupdatenews
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI