Dua minggu lalu penyanyi dan pelakon, Aizat Amdan dengan terbuka telah mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Elyssa Alia Illias dan awal pagi tadi, mereka sah bergelar suami isteri selepas tiga tahun berkenalan.
Pasangan ini dinikahkan bapa Elyssa, Leftenan Kolonel (B) Illias Moidean dengan disaksikan jurunikah Idrus Mohd Shahlan. Aizat menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 namun merahsiakan jumlah wang hantaran.
Merpati dua sejoli ini yang mengenakan rekaan dari jenama Altelia Amani tampak begitu cantik dan segak. Dilatari dekorasi pelamin dengan konsep bunga-bunga vintaj hasil sentuhan KL Wedding Ministry, A-Park Puchong menjadi lokasi majlis pernikahan dan persandingan mereka.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Ke Hari Tua ini bersyukur kerana telah kini mereka melalui fasa baharu dalam hidup.
“Selepas ini, apa sahaja tindakan tidak boleh fikir untuk diri sendiri sahaja. Saya ada isteri dan perlu minta persetujuan bersama.”katanya.
Menurut sumber dari Media Hiburan, pasangan ini akan berangkat ke Los Angeles pada Spetember nanti untuk menguruskan hal kerja dan terus menyambung perjalanan ke Mexico untuk berbulan madu. Wow! Jarang sekali kita dengar pasangan pengantin memilih Tulum, Mexico sebagai lokasi berbulan madu. Tak sabar nak lihat foto-foto mereka nanti.
Tahniah Aizat dan Elyssa. Selamat melayari bahtera perkahwinan…
Kredit foto: Instagram Aizat Amdan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI