Kecantikan

Timun Bukan Sahaja Mengatasi Diabetes, Boleh Hilangkan Bau Mulut Juga

Share

Mempunyai masalah mulut berbau sememangnya tidak menyenangkan. Dah berusaha macam-macam tapi masalah mulut berbau tak juga hilang. Jangan susah hati. Kami faham, mulut berbau sememangnya boleh menyebabkan anda berasa rendah diri dan tak selesa untuk bergaul dengan orang ramai.

Anda masih ada cara untuk mengatasi masalah ini. Jom kami kongsikan cara hilangkan mulut berbau yang dijamin berkesan.

Timun amat bagus untuk tubuh badan kita kerana timun dapat membantu penghidratan, melawan kencing manis, meningkatkan kesihatan buah pinggang dan melegakan sakit otot. Bukan itu sahaja, paling menarik adalah ianya juga dapat melembutkan rambut serta kuku anda dan mampu untuk memperbaiki penghadaman dan tekanan darah.

Apa yang menarik, ramai yang mungkin belum tahu bahawa kebaikan timun juga adalah untuk membantu anda bagi menghilangkan nafas berbau.

Cara-caranya :

– Gunakan timun yang sudah dihiris dan letakkan di antara mulut dan lidah selama 90 saat. – Dengan cara ini, fotokimia akan membunuh bakteria yang menyebabkan nafas anda berbau.

Mudah sahaja!

IKLAN