Dekorasi

Tinggal Dengan Mentua, Wanita Ini Kreatif Bina Ruang Privasi Untuk Selesa

Share

Kalau tinggal dengan mentua, agak terbatas pergerakan seorang isteri di dalam rumah. Ini bukan satu beban tetapi sesekali nak ada privasi suami isteri.

Jadi untuk rasa lebih selesa, boleh guna idea Puan Ain Zaki ini, bijak mempergunakan keluasan bilik yang diduduki di rumah mentua, ubah suai bilik tersebut jadi seakan rumah kecil. Siap dengan dapur sekali ada di dalam bilik tau!

Tinggal Dengan Mentua

Tulisnya, belum ada rumah sendiri. Jadi pilihan yang ada adalah duduk dengan mentua, dalam rumah ada 2 family ipar duduk sekali.

Rasa pergerakan terbatas bila masak-masak kat dapur bawah. Pakaian kita kena jaga kan. Tak kan nak pakai macam dalam rumah sendiri.

Haa.. ini lah hasilnya! Simple je, tapi tetap syukur dan sangat happy.

Dalam bilik pakai dapur karan, ada blower, ada tingkap dan ada pintu. Bau masuk bilik tu ada lah tapi tak sampai berbau tilam baju semua.

Nak makan apa cakap, semua bahan lengkap. Peti ais ada tapi besar sangat tak muat dapur. Jadi letak kat luar (dalam bilik ).

Tapi bagi saya… ini syurga kecil kami. Doakan saya ada rezeki beli rumah sendiri.

Ini Ruang Yang Direka

Keseluruhan bilik, tetap kemas dan selesa.

Pintu masuk menuju ke dapur, ini hasilnya. Okay sangat, kan?

Dapur saya kecik kira-kira 5 petak tile 4 segi tu. Barang-barang macam pinggan mangkuk /minyak segalanya saya sorok dalam kabinet.

Saya pakai dapur elektrik sahaja.

Peti ais besar sangat,  tak muat dalam dapur, biar duduk situ.

Sudut lain pula, nampak kemas.

Haa.. kalau anda melalui situasi yang sama, boleh lah deko macam ini. Cipta ruang privasi untuk rasa lebih selesa dan mudah untuk bergerak. Best, bukan?
Kredit photo: Ilham Dekorasi & Ain Zaki
IKLAN