Soalan: Apakah hukum seorang suami meninggalkan isteri tanpa memberi nafqah dan apakah status perkahwinan itu bercerai atau tidak?
Dalam menjawab persoalan ini, kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri–isteri kamu itu) dengan cara yang baik.
(Surah al-Nisa’: 19)
Ini menunjukkan bergaul dnegan cara baik dan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami terhadap isteri adalah satu kewajipan. Juesteru pengabaian nafkah dan meninggalkannya tanpa sebarang khabar berita serta tidak memberi sebarang nafkah maka hukumnya haram dan berdosa. Kami tegaskan di sini bahawa ijma’ ulama’ bersepakat menyatakan bahawa suami wajib memberi nafaqah kepada isterinya dengan syarat-syarat tertentu.
Dalil Wajib Nafaqah Suami kepada Isteri
Hal ini berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Maksudnya:Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafaqah) sebahagian dari harta mereka.
(Surah al-Nisa’, 4:34)
Ads
Ayat ini menunjukkan bahawa suamilah yang bertanggungjawab untuk memberi dan menyediakan nafaqah.
Maksudnya:Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke tempat tidurmu. Jika mereka melakukannya, pukullah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan. Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafaqah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka. Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya, iaitu kitab Allah.”
Riwayat Muslim (1218)
Hikmah Wajib Nafaqah Suami kepada Isteri
Kami nyatakan di sini juga hikmah di sebalik kewajipan nafkah:
Kehidupan berumahtangga mesti dibina atas satu daripada tiga asas yang berikut:
Suami bertanggungjawab mengetuai rumahtangga dan memberi nafaqah kepada isteri dan anak-anak.
Isteri mengambil alih semua tanggungjawab tersebut menggantikan tanggungjawab duit.
Suami isteri bekerjasama melaksanakan tanggungjawab mencari harta dan memberi nafaqah.
Persoalannya, apakah yang akan berlaku jika ditinggalkan asas pertama yang merupakan hukum syariat Islam, lalu mengambil asas yang kedua dan ketiga?
Beberapa perkara akan berlaku kesan daripada tindakan tersebut, iaitu:
Ads
1. Ia melibatkan masalah mas kahwin, iaitu sama ada perempuan bertanggungjawab memberi mas kahwin semuanya kepada lelaki atau mereka bersama-sama bertanggungjawab menyediakan mas kahwin.
Kesan yang pasti berlaku hasil daripada keadaan ini ialah perempuan akan keluar mencari pasangan lelaki untuk dijadikan suami, sedangkan Allah telah memuliakan mereka dengan menjadikan lelaki mencari perempuan untuk dijadikan isteri.
Hal ini kerana orang yang memberi mas kahwin itulah yang sepatutnya mencari penerimanya. Sekiranya keadaan ini berlaku, perempuan akan berhadapan dengan pelbagai masalah penipuan dan pembohongan golongan lelaki demi mendapatkan suami yang boleh diharapkan dan mampu memberikan perlindungan.
2. Perempuan terpaksa melibatkan diri untuk bekerja dan mencari rezeki. Akibatnya, mereka terpaksa bersaing dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Jika ini berlaku, golongan perempuan pasti terdedah kepada perkara yang negatif serta penyelewengan. Keadaan yang berlaku hari ini adalah bukti paling jelas terhadap kenyataan itu.
Kesannya, rumahtangga yang memerlukan seseorang untuk mengurus dan menjaga hal ehwalnya serta mendidik anak-anak tidak dapat dipenuhi. Malah, rumahtangga menjadi tidak terurus. Rumahtangga yang sepatutnya menjadi sumber kebahagiaan, pencetus kedamaian, tempat berehat dan berkumpul, kini bertukar menjadi punca masalah dan kacau bilau.
3. Jika rumahtangga dibina atas satu daripada dua rukun yang telah dinyatakan, sudah pasti hak berada di tangan isterisama ada secara bersama atau bersendirian. Undang-undang ekonomi dan sosial menyatakan, sesiapa yang mengeluarkan belanja, maka dialah yang berkuasa. Dalam perbincangan tajuk telah dinyatakan bahawa terdapat hikmah yang amat besar apabila hak berada di tangan suami.
Berkenaan dengan status perceraian ia tidak berlaku kecuali terdapat ta’liq yang jelas ketika akad nikah dan pengaduan dibuat di pejabat atau mahkamah. Kami syorkan dalam isu seperti ini hendaklah rujuk kepada mahkamah syariah. Semoga Allah kurniakan rumah tangga kita semua menjadi baiti jannati. Amiin.
Sumber : Mufti Wilayah Perseketuan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam setiap urusan kita, kebergantungan pada Allah adalah kunci utama selepas cuba berusaha dan melakukan apa yang sepatutnya. Itu sebab orang selalu kata doa, usaha dan tawakal perlu seiring. Kalau setakat berdoa tetapi tiada usaha yang pernah kita lakukan tak akan boleh direalisasikan impian itu.
Melalui apa yang dkongsikan dalam Facebook Tazkirah Ustaz Ebit Lew, sepotong ayat ini jika diamalkan dalam keadaan yang kita rasa agak sukar terutama bagi wanita bakal melahirkan anak, ini salah satu amalan terbaik.
Ayat 1 surah Al-Fath ini banyak kelebihannya dan jika diamalkannya serta yakin pada Alllah, setiap apa yang kita rasa susah bakal dipermudahkan dengan kehendak-Nya.
Ayat ni elok diamalkan terutama masa kita kita nak buka sesuatu yang susah. Contohnya nak buka tutup botol yang sangat ketat ke atau ketika terkunci pintu rumah tapi kunci tertinggal di dalam ke.. baca la ayat ni.
Untuk ibu-ibu yang bakal bersalin, elok dibaca sebagai ayat selusuh oleh para suami. Baca pada air lepas tu bagi isteri minum semasa dalam labour room tu. Insya Allah.. Allah permudahkan. Tapi dengan syarat kena yakin dengan Allah.
Elok juga dibaca untuk lembutkan hati seseorang. Amalkan selalu. Doa agar hati si polan yang kita hajatkan tu dapat dilembutkan hati. Ha..ape tunggu lagi. Jomlah terus beramal dengan ayat-ayat al-Quran. Usaha, doa, tawakal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah servis kereta, adalah benda biasa bagi seorang lelaki berkereta, tetapi perkara agak kurang biasa bagi kebanyakkan wanita. Ini kerana, ramai wanita diluar sana akan pergi ke kedai untuk servis kereta walaupun servis biasa dan juga ada segelintir golongan lelaki akan servis di kedai.
Di sini admin hendak kongsikan tips mudah untuk servis kereta.
TIPS SERVIS KERETA ( UNTUK WANITA BERKERETA )
Kpd orang pompuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta. BASIC SERVIS kereta adalah:
penukaran minyak enjin + tukar penapis minyak
cuci atau tukar penapis angin (air filter ; biasanya benda ni tahan lama.. 6 7 8 kali servis baru tukar sekaliair filter ni)
Periksa & top up air bateri (kalau nak tukar bateri yg baru ambil jenis jenis Century ; bateri kereta Century air bateri lambat surut & bateri ni tahan lama)
Kos basic servis di workshop:
Minyak enjin (20-50W) RM50 – 60 ++
Oil filter RM10-RM13
Top up battery water (biasanya free atau termasuk dlm labour charge)
Labour charge RM15 – RM 25
Kalau suruh kawan2 anda yg lelaki buat sendiri (contoh kos servis sendiri utk kereta P. Wira)
Anda pergi beli sendiri benda2 ni kat kedai spare part Minyak enjin (Castrol 20-50W) RM28 (Harga Jun 2006)
Penapis minyak/Oil filter jika jenis proton standard baru RM8 satu..
Andaikan air filter tak yah tukar (elok lagi)
Top up air bateri (air bateri RM1 – RM2 sebotol) boleh top up pakai balance air bateri kawan anda yg lelaki tu (free je)
Labour charge – Belanja la kawan2 lelaki anda yg tolong servis kereta anda tu..
P/S : Bandingkan kos anda.. (sebab tu la orang pompuan kena berbaik2 dgn orang lelaki nie.. jangan dok jual mahal je)
TIMING BELT
Adalah mustahak timing belt ditukar setiap60,000km (jenis proton standard, original protonparts) .. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedaisparepart ada jual timing belt jenisMitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear)..
Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya.
Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km.
Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah…) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600++, Opel frontera RM2000 ++ (kos tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..)
Sebab-sebab anda merasakan kereta anda seolah-olah menjadi berat..
jangka hayat palam pencucuh(spark plug) sudah tamat (tukar setiap 30,000km atau setahun sekali)*
tepet dalam locker enjin telah lari dari setting asal – buat pelarasan tepet setiap 1 tahun 6 bulan (jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh) hingga 2 tahun sekali
penapis minyak petrol(petrol oil filter) tersumbat [minyak tidak dapatflow dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak)] – setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali.
Penapis angin (air filter) penuh dgn habuk / debu. Cuci atau tukar air filter ni.
enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin telah banyak – cuci karbon setiap 2 tahun sekali (boleh buat di pusat Proton Servis atau gunakan Professor rujuk laman web En Azmi
brek cakera(disc brake) kereta anda tersangkut ; akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa & diservis – biasanya berlaku kejadian piston brek melekat (brake piston takrelease balikdisc brake selepas kita menekan brek). Pandu kereta perlahan-lahan (gunakan gear 1 atau gear 2) & anda boleh mendengar bunyidisc brake tersangkut / bergesel ini. Tukar minyak brek setiap 3 atau 4 tahun, brek pad tukar bila dah nak habis. **
Bearing roda @ tayar kereta anda telah rosak. (untuk kereta proton bearing roda kereta akan mula buat hal selepas 8 – 10 tahun usia kereta). Bunyi bising (berdengung) akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km ke atas.
minyak kotak gear(gear box oil) sudah sampai masa, tukar setiap 2 hingga 3 tahun [plat klac(clutch plate) tukar setiap 3 tahun sekali.
9. tekanan angin dalam tayar kereta anda tidak mencukupi.
10. Timing belt dan belting luar (tali sawat/kipas yang memusingkan ’fan’, ’alternator kereta anda menjadi terlalu ketat. Periksa dan buat pelarasan timing belt atau belting luar ini semula (tanda belting luar terlalu ketat diketahui sewaktu menghidupkan enjin ; ada bunyi berdencit yg kedengaran).
11. timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Buat pelarasan timing enjin kereta anda semula.
12. mungkin berlaku masalah kerosakan di distributor. Periksa sekiranya terdapat kerosakan pada coil distributor kereta anda.
13. Bateri kereta anda sudah sampai masanya (perlu ditukar). Jangkahayat bateri biasanya lebih kurang dlm 2 tahun.
Cerita Pasal Nak’Lowered’ Kan (Bagi Rendah) Kereta TukarAdjustable Absorber & Sport Spring.
Untuk kereta proton, jangka hayat sistem suspensi (gantungan)strut absorber (batang penyerap hentak) dan gelung spring adalah sehingga 5 hingga 7 tahun.. Ramai di antara kita akan memilih untuk menukar kepada jenisadjustable absorber (penyerap hentak jenis boleh laras contohnya jenama GAB), harga memang mahal.. atau bertukar kepadasport spring (contohnya jenamakimex). Setelah menukar penyerap hentak & gelung spring, ramai antara kita yang tidak berpuashati [rasa lagi keras lah, kereta terasa seperti bumpy (melompat-lompat) , lalu kat bonggol tak lepas, tidak selesalah] & akhirnya kembali memakai penyerap hentak & gelung spring proton standard.
(Benda mcm absorbers dan spring ni kalau nak standard je elok pakai yg original protonpart. Tukar absorber jenis minyak, kalau jenis gas cepat jadi keras (3 tahun ++ saja).
P/S : * Kalau banyak duit tukar palam pencucuh jenis NGK G-Power – (harga mahal sikit). Spark plug jenama Bosch Super 4 tidak disyorkan (pengalaman saya sendiri sudah pakai spark plug Bosch Super 4, lama kelamaan prestasi enjin lagi teruk).
** jika lampu isyarat amaran ( ! ) menyala walaupun anda telah melepaskan brek tangan, ini menunjukan minyak brek kereta anda telah berkurangan. Bawa ke bengkel untuk memeriksa kebocoran salur minyak pada sistem brek kereta anda.
Langkah pertama diambil dengan berpindah ke rumah baru dan bermulalah ceritera bahagia untuk pasangan yang baru berkahwin. Namun begitu, dengan berpindah ke rumah baru turut memerlukan mereka menyiapkan semua peralatan dengan kadar yang serta merta.
Ikuti beberapa tip keperluan dan kehendak apabila berpindah.
1. Apabila berpindah ke rumah baru, pastikan tiga bulan sebelum untuk memastikan keadaan rumah bersesuaian dengan kehendak. Jika ada penyewa yang dahulunya tinggal di situ, pastikan segala keadaan dalam rumah itu baik dan jika ada kebocoran pastikan ianya telah dibaiki sebelum anda menduduki rumah itu.
2. Seelok-eloknya perabot rumah dikumpulkan sebelum anda berpindah kerana kos membeli sahaja agak tinggi, inikan pula mahu membeli sekali gus semua perabot dalam satu masa. Jika boleh, elakkan tetapi jika mempunyai wang yang cukup tidak menjadi masalah untuk anda.
3. Jika di rumah sewa lagi anda sudah ada perancangan untuk berkahwin, jadi mulakan dengan langkah pertama iaitu dengan membeli peralatan yang utama sebagai contoh tilam, almari, peralatan dapur dan mesin basuh. Sebaiknya pilih yang tahan lama supaya dapat digunakan pada masa akan datang.
4. Asingkan kehendak dan keperluan di awal waktu berpindah. Misalnya jika keperluan memilih almari penting daripada membeli meja solek lebih baik memilih apa yang diperlukan dahulu. Ini kerana barang kehendak hanya sekadar sampingan jika tidak dibeli juga tiada masalah akan timbul.
5. Apabila berpindah pastikan anda menyediakan bajet carta belanjawan supaya dapat membantu anda dalam menguruskan permasalahan yang berlaku akibat perbelanjaan yang melebihi pendapatan.
6. Menjadi pengantin baru anda akan mendapat banyak hadiah yang berupa barangan rumah. Jadi tidak perlu membazir untuk membeli lagi barang yang sudah ada. Jika barang tersebut murah atau tidak tahan lama, usah risau kerana sekiranya rosak barulah anda menukar dengan barangan lain dan tahan lebih lama. Perlu ada sikap berjimat cermat lebih-lebih lagi keperluan hidup yang makin tinggi.
7. Sekiranya barang-barang di rumah tidak dapat dibeli pada awal perkahwinan, tidak mengapa anda boleh juga membeli barang secara sedikit-sedikit. Contohnya bulan pertama anda boleh membeli peralatan memasak, bulan kedua boleh membeli peralatan tidur dan seterusnya.
8. Sebaik berpindah ke rumah baru juga diingatkan agar menyimpan sedikit daripada wang perbelanjaan. Kadangkala duduk di rumah baru ini ada situasi yang menyebabkan kita terpaksa berbelanja lebih. Manalah tahu jika ada keadaan rumah yang kadangkala tidak sempurna seperti yang anda lihat. Kemungkinan kos kerosakan boleh menyebabkan anda berhutang. Penyelesaiannya amalkan sikap menabung dari awal lagi.
9. Sesetengah orang gemar meninggalkan perabot lama sekiranya berpindah ke rumah baru. Namun untuk menjimatkan perbelanjaan, anda digalakkan menggunakan perabot yang ada dan hanya membeli barangan keperluan harian yang lain. Perlu diingat, permulaan berumah tangga bukan mudah, anda seharusnya menguruskan kewangan dengan lebih terperinci supaya tidak ada masalah pada awal perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!