Tersenyum bila orang menyapa wanginya, “you pakai minyak wangi apa?”. Tiap hari datang wangi je, bau you pun melekat bila you pergi. Perlu faham apa sebenarnya perkataan wangi itu ye? Tidak perlu sembur minyak wangi bergelen-gelen untuk wangi semalaya. Malahan anda akan membuat orang sekeliling anda berasa loya dan pening dengan bau minyak wangi anda yang kuat dan bukan lagi wangi tapi perit untuk menghidunya.
Cuba anda fikir kalau tetiba anda lupa hendak menyembur wangian atau minyak wangi habis tak sempat nak beli. Apa langkah anda perlu lakukan? Pasti rasa tak selesa pada sepanjang hari tu kan. Mudah sahaja amalkan langkah di bawah ini untuk anda tampil lebih baik dan sempurna sepanjang hari dengan bauan yang menyenangkan.
- Pakai pakaian yang dah berbasuh, jangan pakai baju kitar semula. Walaupun anda rasa pakai baju tu semalam sekejap sahaja tapi bau peluh ada jugak melekat berserta habuk dan debu yang memang tidak nampak.
- Masa membasuh baju guna sabun yang wangi dan letak pelembut kain yang macam-macam brand anda boleh dapati di luar sana. Pasti 100% bertambah-tambah la wangi pakaian anda dan baju anda pun terjaga.
- Ini perkara wajib. Pastikan bilik atau ruang dalam rumah anda sentiasa harum dan menyenangkan. Kadang-kadang kalau anda tidak sempat hendak sembur miyak wangi, bilik anda dan ruang dalam kediaman yang tersedia wangi itu dapat membantu apabila baunya melekat pada baju anda dengan secara tidak langsung.
- Cuba titiskan sedikit minyak wangi dalam mandian.
- MANDI la hari-hari, syampu rambut 2 atau 3 hari sekali. Sekarang pun dah ada syampu rambut yang boleh guna tiap hari. Kalau cuci rambut tiap hari lagi bagus.
- Rajin-rajin la wanita di luar sana yang baru nak bernikah ni, sapu losyen badan lepas mandi dan juga kerap-keraplah sapu losyen pada kulit anda agar sentiasa lembut dan berbau harum yang menenangkan.
Istimewanya tip di atas, hanya orang yang dekat dengan anda sahaja dapat bau kewangian anda.