Rumahtangga adalah sebuah medan penyempurnaan sebuah kehidupan. Fitrah manusia ingin menyayangi dan disayangi akan wujud dikala rumahtangga yang dibina atas sifat fitrah keinsanan dibajai ilmu pengetahuan dalam mencari nikmat ketenangan dan keredhaan Tuhan. Kehidupan yang sempurna ialah kehidupan yang tidak hanya diberati pada mengikuti nafsu semata-mata tetapi juga ditimbang dengan akal yang sempurna ilmunya.

Tip Bahagia Dalam Perkahwinan Mengikut Cara Rasulullah

Perkara utama dalam menwujudkan kasih sayang ialah sifat mesra diantara kedua-dua belah pihak. Kemesraan yang terjalin antara suami isteri akan menyemarakkan lagi sifat kecintaan. Hubungan yang penuh kasih sayang, InsyaAllah, akan kekal selama-lamanya kerana hubungan yang kaya dengan kasih sayang akan membetulkan segala keadaan, segala salah anggap, segala buruk sangka.

Terdapat beberapa tips kemesraan yang boleh dibangkitkan di antara suami isteri. Tips-tips ini adalah merupakan amalan baginda Rasulullah S.A.W. Adalah lebih sempurna kita mengambil contoh baginda kerana segala perbuatan baginda adalah suatu sunnah. Ganjaran pahala diberikan sekiranya kita mengamalkannya. Betapa romantiknya Rasulullah S.A.W.

Tip Bahagia Dalam Perkahwinan Mengikut Cara Rasulullah

IKLAN

Tidur dalam satu selimut bersama isteri

Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W dan ‘Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan ‘Aisyah r.a, tiba-tiba ‘Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, ‘Mengapa engkau bangkit?’ Jawabnya, ‘Kerana saya haid, wahai Rasulullah.’ Rasulullah berkata, ‘Kalau begitu, pergilah ambil kain dan dekatlah kembali kepadaku.’ Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau” (Hadith Riwayat Sa’id bin Manshur)

Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra

IKLAN

Rasulullah S.A.W biasa memicit hidung ‘Aisyah jika beliau marah dan baginda berkata, “Wahai ‘Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” ( Hadith Riwayat Ibnu Sunni)

Tip Bahagia Dalam Perkahwinan Mengikut Cara Rasulullah

IKLAN

Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah S.A.W di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Bila darahku menitis ke atas tikar itu, beliau mencuci bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda solat di tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Bila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci di bahagian yang terkena darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun solat di atas tikar itu.” (Hadith Riwayat Nasa’i)

Segera menemui isteri jika tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi S.A.W pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lalu baginda tumpahkan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita, kalau mengadap, ia mengadap dalam rupa syaitan. Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI