Tip Baiki Karpet Rosak, Isteri Jangan Buang Kalau Masih Boleh Guna!

Share

Ada masa, sakit mata tengok karpet rosak! Bukan sebab kotor tetapi masalah yang biasa yang berlaku bucu karpet jadi berlipat. Kalau ada anak kecil, agak bahaya juga. Takut tersepak dan jatuh.

Malah ada beberapa masalah lain juga yang berkat dengan karpet di rumah macam terkena api puntung rokok, rosak sebab tumit kasut dan sebagainya.

Tetapi jangan risau, anda boleh cuba guna tip ini dulu untuk atasi masalah ini. Hah, jangan terus beli lain pula, membazir sangat.

Tip Baiki Karpet Rosak, Isteri Jangan Buang Kalau Masih Boleh Guna!

Baiki Karpet Kena Api Puntung Rokok

Untuk permaidani yang terbakar sedikit akibat terkena puntung rokok, jangan khuatir, anda masih boleh guna permaidani tersebut dengan mengikut kaedah mudah ini.


Pertama sekali, potong bahagian yang terbakar menggunakan gunting kecil yang tajam. Lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada tergunting terlalu dalam.

Selepas digunting dengan cermat, sapukan cecair pencuci pada bahagian yang rosak, diikuti cairan cuka makanan sebelum ditekapkan dengan lapisan tisu atau kain bersih yang akan menyerap di atas permukaan bahagian berkenaan. Kemudian biar sehingga kering.

Kesan Hitam Tumit Kasut Pada Lantai


Anda boleh gunakan cara yang paling simple

untuk mengembalikan kilatan lantai jubin yang telah dikotori kesan hitam menjengkelkan tersebut dengan menggunakan pemadam getah sahaja. Kemudian sapu habuk pemadam yang tinggal and you are good to go. Mudah kan?!

Hapuskan tompokan kotoran di atas permaidani tebal.
Cuba gunakan pewarna yang sama dengan warna latar permaidani tersebut. Campurkan pewarnadengan air panas bagi menghasilkan perekat nipis. Kemudian, sapukan pada tompok kotoran yang mencacatkan permaidani anda. Biasanya cara ini akan memberikan hasil yang memuaskan.

Tutup Kesan Calar Lantai Kayu

Isikan ‘longkang’ pada kesan calar yang dalam itu dengan kayu plastik. Bahan pengganti itu mestilah mempunyai warna yang sama atau mirip dengan kayu asal.

Anda perlu melakukan beberapa try and error sebelum dapat warna yang benar-benar sepadan. Setelah plastik tersebut lekat dan kukuh, gosok permukaan dengan kertas pasir perlahan-lahan supaya lantai kembali licin dan rata.

Betulkan Bucu Karpet Berlipat


Jahitkan sehelai kanvas dibawah bahagian bucu permaidani yang bermasalah. Ini akan menyebabkan permaidani tersebut ‘jatuh’ selain dapat membantu permaidani untuk tahan lebih lama.

Senang, bukan? Jadi selepas ini masalah karpet rosak golongan isteri akan selesai tanpa perlu mengeluarkan duit. Jimat duit poket encik suami kalian!

Published by
Nadia