Semua yang bakal jadi pengantin kena ada ilmu sebelum berlayar lebih jauh, nak-nak kalau anda terpaksa berjauhan dengan si dia.
Itu satu cabaran besar apabila dah sah tetapi orangnya tak ada depan mata. Jangan risau, anda boleh kutip ilmu daripada saudara Mahir Hassan ini dulu untuk bergerak ke dapan tempuh ujian perkahwinan.
Tip Buat Pasangan Bakal Jadi Pengantin, Terutama Yang Akan Berjauhan
Alhamdulillah, genap sudah setahun usia perkahwinan saya dengan isteri tercinta dunia akhirat, In sha Allah.
Bukan mudah untuk kami lalui perjalanan perkahwinan ini meskipun baru setahun kerana ditakdirkan kami berjauhan lebih dari 10,000 batu merentas laut dan benua.
Tahun pertama perkahwinan kami, Allah menganugerahkan kami seorang cahaya mata perempuan, Noha Maryam yang kini sudah berusia dua bulan 13 hari. Orang selalu tanya, seronok tak kahwin muda dan bagaimana pula dengan cinta jarak jauh ini?
Agak-agak, apa jawapan yang anda duga?
Saya menunggu setahun untuk menjawab soalan ini. Ketika catatan ini ditulis, sudah genap setahun kami hidup berjauhan dan masih lagi berjauhan.
Nah, ada 11 tip untuk pasangan yang bakal kahwin, yang bakal PJJ dengan pasangan:
1. Meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pasangan anda, lebih-lebih lagi jika duduk berasingan.
2. Pastikan sentiasa berhubung dengan pasangan anda, paling kurang sekali sehari. Jika terlalu sibuk, masej sahaja ‘Hai sayang I love you.’ Itu pun sudah memadai.
3. Jika mahu beritahu hal yang serius, pastikan bercakap melalui telefon. Jangan sesekali text whatsapp sahaja. Silap faham akan berlaku.
4. Beri hadiah kepada pasangan anda paling kurang 3 bulan sekali, walaupun bukan sempena hari lahir atau anniversary.
5. Elakkan meninggi suara ketika bercakap di dalam telefon. Macam mana nak pujuk jika merajuk, nak peluk pun tak boleh sebab duduk jauh.
6. Anda perlu bina hubungan yang baik dengan mertua dan keluarga pasangan anda terutama jika anda isteri. Jika anda mampu tawan hati ibu suami, pasti hati suami anda lebih mudah untuk diikat ketat-ketat.
7. Jangan abaikan soal seksual. Pastikan kebersihan diri anda sentiasa pada tahap optimum dan bersedia bila-bila masa jika pasangan mahukan hubungan kelamin.
8. Banyakkan memuji pasangan anda, walaupun seribu kali sehari.
9. Pastikan anda ada waktu untuk solat berjemaah dan membaca quran bersama. Lebih elok jika suami mendengar bacaan isteri dan perbetul tajwidnya.
10. Jangan pernah tinggalkan doa yang baik-baik terhadap pasangan dalam setiap solat dan sujud anda. Inilah kunci untuk mengikat erat hubungan anda.
11. Jagalah hubungan dengan Allah, nescaya hubungan dengan manusia pun dijaga Allah.
Perkahwinan ini kadang-kadang bukan seperti yang anda harap dan rancangkan.
Mental, spiritual, ilmu dan kewangan perlu dipersiap dan dirancang dengan betul sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin.
Sebenarnya tanggungjawab melebihi keseronokan dalam perkahwinan. Jangan terburu-buru, pilih pasangan yang benar-benar sesuai dan memenuhi citarasa anda kerana hal ini boleh mengurangkan kelompongan dalam kehidupan berumahtangga kelak.
Selamat berbahagia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI