Perasaan pertama kali ingin keluar bertemu si dia pastinya gemuruh dan berdebar-debar. Tambahan lagi, si dia adalah orang yang anda suka dan merupakan calon tebaik untuk dijadikan buah hati. Dalam keterujaan untuk keluar first date itu, ada beberapa perkara yang harus anda ikuti.

Ini penting bagi memastikan semua yang anda rancang berjalan dengan lancar dan jayanya. Jangan pula saat pertama kali berjumpa, si dia sudah merasa bosan dan mendapati anda seorang yang menjengkelkan.

Oleh itu, jom kita lihta tip dan etika first date yang harus anda ikuti agar si dia merasa selesa dan mula menyukai diri anda!

MENEPATI MASA

Tip “First Date” Yang Harus Diikuti Agar Si Dia Selesa & Menyukai Anda!

 

Ads

masa itu amat penting dan merupakan ukuran yang boleh menilai seseorang individu itu. Jangan biarkan si dia menilai diri anda dengan tidak menepati masa.Mungkin anda tersangkut dalam kesesakan lalu lintas tetapi jangan sampai membuatkan si dia terpaksa menunggu anda terlalu lama. Ia bukanlah impression yang baik.  Pastikan anda menghantar pesanan ringkas dan maaf kepada si dia jika terlambat 5 atau 10 minit agar tidak merosakkan mood si dia. Jangan biarkan si dia tertunggu-tunggu.

BERIKAN “EYE CONTACT”

Tip “First Date” Yang Harus Diikuti Agar Si Dia Selesa & Menyukai Anda!

Melalui renungan mata seseorang itu sudah dapat meneka yang si dia sukakan diri anda. Jika anda mengalami masalah yang sukar untuk melakukan pandangan mata, beritahu kepada si dia agar si dia faham akan situasi dan keselesaan anda. Penting untuk mereka ketahuinya agar anda tidak kelihatan biadab atau pun kurang suka padanya.

Ads

KETEPIKAN TELEFON BIMBIT BUAT SEKETIKA

Tip “First Date” Yang Harus Diikuti Agar Si Dia Selesa & Menyukai Anda!

Melalui renungan mata seseorang itu sudah dapat meneka yang si dia sukakan dirimu. Jika anda mengalami masalah yang sukar untuk melakukan pandangan mata, beritahu kepada si dia agar si dia faham akan situasi dan keselesaan anda. Penting untuk mereka ketahuinya agar anda tidak kelihatan biadab atau pun kurang suka padanya.

Ads

JANGAN MUDAH MENGHAKIMI

Tip “First Date” Yang Harus Diikuti Agar Si Dia Selesa & Menyukai Anda!

Ia penting untuk anda kekal dengan pendirian dan prinsip, tetapi ia juga penting untuk pastikan minda anda sentiasa terbuka. Jika anda melihat si dia tampil dengan outfit yang kurang menarik buat anda, jangan terlalu cepat melatah dengan serta merta. Menghakimi menjadi perkara biasa dalam kehidupan, tapi jika pertemuan sulung ini membuahkan impression yang kurang memberangsangkan tidak bererti anda perlu meletakkan titik noktah. Semua orang berhak mendapat peluang kedua.

JANGAN KONGSIKAN SEMUA PERKARA

Tip “First Date” Yang Harus Diikuti Agar Si Dia Selesa & Menyukai Anda!

Terlalu awal untuk berkongsi kisah hidup anda secara total. Ini adalah peringkat berkenalan, baru mahu mengenali. Jadi seeloknya anda simpan cerita-cerita bersifat terlalu peribadi. Cukup sekadar bercerita yang perlu saja misalnya serba sedikit tentang pengalaman kerja atau sewaktu belajar. Dan lebih bagus jika anda punya cerita yang lucu boleh dikongsikan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI