Selepas mendirikan rumah tangga setiap pasangan suami isteri bertanggungjawab untuk memastikan perbelanjaan harian mencukupi apatah lagi sekiranya mempunyai ramai anak, maka belanja semakin banyak.
Mahu atau tidak, setiap pasangan harus bijak berbelanja dengan cara yang betul supaya sentiasa cukup sementara menunggu gaji di bulan depan. Bagi memastikan perbelanjaan mencukup, anda harus mengambil tahu bagaimana cara untuk cukupkan duit belanja pada setiap bulan dengan cara yang paling berkesan.
Pernahkah anda menyedari tentang bajet keseluruhan pada setiap bulan sering tidak mencukupi selepas sejumlah duit dibelanjakan untuk barangan runcit dan barangan dapur? Terkadang pembelian sesuatu barangan keperluan yang harus dibeli menyebabkan anda tidak sedar perbelanjaan anda itu telah pun melebihi bajet bulanan.
Walau bagaimanapun, ada berbagai cara dan tips untuk berjimat perbelanjaan pada setiap bulan yang boleh diamalkan yang menjadikan anda mampu untuk melakukannya selepas mengikut tip yang dikongsikan oleh Norhafizah Abdullah
Tips Penjimatan Perbelanjaan Barangan Keperluan Setiap Bulan
1. Setiap kali keluar membeli barang, pastikan perut anda penuh. Ini dapat mengelakkan anda kurang membeli makanan ringan atau barang yang anda tidak perlukan. Cara ini juga dapat memastikan anda beli barangan dapur dan barangan runcit yang memang anda perlukan sahaja.
2. Biasakan membuat senarai barang yang ingin dibeli. Kekal kepada senarai itu terutamanya jika anak-anak ada sama ‘membantu’ dalam membeli-belah.
3. Rancang hidangan atau menu makanan untuk seminggu sebelum anda membeli-belah. Beli barang yang ada dalam hidangan atau menu. Mula merancang makanan untuk tiga atau empat hari jika anda rasakan seminggu itu terlalu lama.
4. Beli barang sekali seminggu sahaja. Ini kerana anda cenderung berbelanja lebih jika anda setiap hari ke kedai atau beberapa kali ke kedai dalam masa seminggu
5. Berbelanjalah di kedai yang biasa anda kunjungi apabila berasa letih, stres atau ketika mahu cepat. Anda sudah pasti akan menjumpai barangan yang diperlukan dengan cepat dan mudah.
Rancang Sebelum Membeli Barangan Dapur
1. Rancang hidangan atau menu makanan supaya anda ada makanan lebih yang boleh dijadikan bekalan untuk makan tengah hari keesokan harinya. Atau sejuk beku makanan lebih untuk dijadikan hidangan cepat pada hari-hari berikutnya.
2. Buat bekal sendiri. Beli makanan ringan atau salad dalam kuantiti besar. Bungkus dan jadikan bekal yang boleh dijadikan sebagai makanan segera yang mudah dibawa ke mana sahaja.
3. Bersih dan susun peti sejuk dan almari menyimpan makanan sebulan sekali. Guna barang yang anda beli dan masih ada dalam simpanan sebelum anda membeli barang baru. Ini juga dapat mengelakkan anda daripada membeli barang yang sama yang masih ada dalam simpanan.
4. Jika anda menyimpan barang atau makanan, periksa tarikh luput makanan itu bagi mengelakkan anda mengguna atau menyimpan barang atau makanan yang tidak boleh digunakan lagi.
5. Luangkan masa sekali seminggu untuk mencuci dan memotong sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini akan mempercepatkan penyediaan makanan. Cara ini juga boleh membantu anda menyediakan snek atau makanan ringan yang mudah dibawa ke sana-sini.
Membeli Barangan Secara Bajet
1. Jangan beli makanan ringan kerana ia lebih mahal dan kurang menyihatkan.
2. Jadi kreatif dan cuba makanan baru. Anda mungkin bertemu dengan makanan murah yang anda suka.
3. Membeli-belah dengan kalkulator dapat membantu anda mengetahui jumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk membeli barang. Jika anda membeli-belah dengan anak-anak, berikan mereka kerja untuk mengira berapa banyak yang dibeli. Cara ini juga dapat membantu anda merancang dalam berbelanja.
4. Beli barangan yang tidak boleh dimakan seperti sabun basuh atau beg sampah di kedai yang menawarkan harga murah.
5. Sentiasa periksa harga barang untuk mengetahui sama ada barang tersebut ada tawaran harga murah atau diskaun. Jika ada kupon, boleh gunakan. Anda juga boleh menggunakan apps membeli-belah yang terdapat dalam telefon pintar anda.