Tip Hadapi Suami Introvert, Kena Saling Memahami dan Menghargai

Share

Mempunyai suami yang mempunyai personaliti introvert boleh menjadi cabaran tersendiri buat korang yang ekstrovert. Mana tidaknya, seseorang yang bersifat introvert cenderung seorang yang pendiam dan tidak suka bergaul dengan ramai orang. Sering kali berlaku perselisihan faham berpunca daripada tidak memahami personaliti pasangan berbeza dan berlawanan.

Individu yang mempunyai personaliti introvert lebih tertumpu kepada karakter lebih santai dan tertutup, memendam dan tidak suka menonjolkan diri. Mereka lebih suka berada dalam kumpulan yang kecil serta lebih suka bersendirian.

Berbanding pasangan daripada golongan ekstrovert, mereka lebih suka menonjolkan diri, suka berkongsi masalah dan bercerita, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, suka berada dalam kelompok, kuat bekerja serta mempunyai cita-cita yang besar selain hebat.

Kredit foto: Pexels

Kebiasaannya pasangan yang mempunyai personaliti berbeza dan ekstrem akan sentiasa berselisih faham. Jangan bimbang. Ada cara tertentu untuk menangani suami jenis introvert.

Berikut perkongsian daripada Imam Muda Hassan Adli

Selalu kita melihat pasangan suami isteri, seorang pendiam, yang seorang lagi peramah. Jarang-jarang kita jumpa kedua-duanya peramah atau kedua-duanya pendiam.

Tapi tidak dinafikan memang ada pasangan yang sama-sama pendiam atau sama-sama peramah, teman pernah lihat pasangan seperti ini, ia agak unik. Tak mengapa, yang penting sama-sama bahagia kan?

Biasanya kita mengatakan mereka yang peramah itu sebagai extrovert, dan mereka yang pendiam seringkali dikaitkan dengan introvert.

Di waktu musim perayaan, bagi mereka yang extrovert tiada berhadapan dengan banyak masalah, dia senang bergaul dengan saudara-mara, dan orang ramai mudah berdampingan dengannya.

Kredit foto; Pexels

Jika isteri yang extrovert, suaminya pula introvert, sebaiknya isteri jangan terus menghukum suaminya seorang yang penyombong, dan jangan memarahi suaminya dengan sikap kurang mesra dengan saudara-mara dan tetamu.

Bagi mereka yang introvert, memang dia mengalami kesukaran untuk adapt dengan suasana keramaian, dan dia cuba untuk mengasingkan diri. Sebenarnya dia tidak sombong, cuma dia tidak selesa berhadapan dengan situasi seperti itu.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh isteri yang berhadapan dengan suami yang introvert:

1. Slow talk dengan suami, mohon suami tunjukkan muka dan bersalam-salaman dengan saudara-mara atau tetamu, atau cukup minta suami bertanya khabar dengan tetamu yang hadir. Itu sudah memadai. Kemudian jangan memarahi suami jika setelah itu dia terus menyembunyikan diri di dalam bilik.

2. Jelaskan pada tetamu yang hadir suami mempunyai urusan, jangan mengaibkan tetamu dengan mengatakan “suami saya memang macam tu perangai dia”, “suami saya tu pemalu sangat orangnya” dan seumpama dengannya. Pujilah suami, jangan memalukan suami.

Kredit foto: Pexels

3. Bila tetamu ingin pulang, panggillah suami semula untuk menghantar tetamu ke pintu rumah, jangan berkata sinis dengan suami, bertuturlah dengan baik “abang, tetamu dah nak balik, abang temankan sayang kejap ya, kita hantar tetamu kat pintu je.”

Sebenarnya perkara-perkara seperti ini sudah memadai. Tetamu juga akan berasa dihargai dengan kehadiran mereka oleh pihak tuan rumah.

Sumber: Imam Muda Hassan Adli Kredit foto (top image): Pexels

Published by
Hasliza