Tip Jaga Kulit Wajah Musim Cuaca Panas, Kena Disiplin Buat Kalau Tak Nak Wajah Nampak Tua

Share

Bagi korang yang sering melakukan aktiviti luar dalam keadaan cuaca panas seperti sekarang ini, tubuh yang berpeluh dengan banyak dan masalah solekan yang mudah luntur akibat cuaca panas menjadi igauan ‘ngeri.’

Fenomena El-Nino tidak seharusnya dipandang remeh. Mungkin ada yang leka dan tidak mengambil berat tentang penjagaan kulit ketika menghadapi bahang panas setiap hari. Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak atau berjerawat, cuaca panas melampau ini memburukkan lagi keadaan. Ini kerana ketika berpeluh, wajah terlihat lebih berminyak.

Amat penting untuk kita mempersiapkan diri dengan cuaca sebegini kerana ia boleh merosakkan kulit dan rambut  tanpa disedari. Keadaan ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering, proses penuaan yang cepat, kulit terbakar dan banyak lagi kesannya terhadap kulit.

Kredit foto: Pexels

Berikut dikongsikan tip penjagaan kulit wajah ketika cuaca panas.

HINDARI PAPARAN SINAR MATAHARI

Berada di bawah sinar matahari hanya akan membuat anda berpeluh dan mendapat kesan berbahaya dari sinar UV. Selain itu, sinar matahari dapat menyebabkan peningkatan minyak membuatkan kulit kelihatan lebih berminyak.

Dari jam 10 pagi hingga 3 petang, matahari berada di puncak dan memancarkan sinar yang panas. Jadi hindari sinar matahari terutama pada waktu terbabit. Juga, cuba tutup kepala dan memakai kaca mata hitam. Jangan lupa gunakan losen tabir suria ketika keluar rumah.

Kredit foto: Pexels

PAKAI ASID SALISILAT

Asid salisilat ialah bahan semula jadi yang aktif bekerja dengan pengelupasan sel kulit mati sehingga kulit terlihat lebih segar. Menggunakan bahan ini akan membantu mencegah dan mengubati kulit berminyak, ruam peluh dan jerawat. Untuk jerawat, asid ini mencegah sel kulit mati menutup folikel rambut sehingga mencegah penyumbatan pori yang dapat menyebabkan jerawat.

JANGAN KERAP MENCUCI MUKA

Meskipun kita berasa berpeluh selama cuaca panas, tidak elok untuk mandi atau mencuci wajah lebih daripada dua kali sehari. Apabila sering mencuci, kulit akan kehilangan kelembapan, sehingga menghasilkan minyak berlebihan agar kembali lembap. Jadi mencuci muka terlalu kerap akan meningkatkan kadar minyak pada wajah korang.

UBAH RUTIN

Pada musim panas kita cenderung menambah produk tambahan untuk memberikan kembali kelembapan kulit kita seperti serum. Hentikan produk tambahan dan gunakan pelembap losen ringan atau gel sebagai ganti. Korang akan berasa lebih segar dan minyak pada kulit juga akan berkurangan.

KURANGKAN BERSOLEK

Meskipun anda berasa tidak sempurna tanpa solekan, sebaiknya kurangkan penggunaan solekan pada musim panas. Bedak asas hanya akan membuat wajah lebih mudah berpeluh. Selain itu, produk itu dapat menyumbat pori yang menyebabkan korang mudah berjerawat. Sebaliknya, gunakan pelembap ringan ketika musim panas.

Kredit foto: Pexels

GUNAKAN LIP STAIN

Cuba pilih lip stain yang formulanya lebih ringan daripada lipstik. Supaya tidak cepat luntur, sesudah mengaplikasikan lip stain, pakailah lip pencil dalam warna yang senada. Bahan lilin yang terkandung pada lip pencil membuatkan lip stain lebih tahan lama melekat pada permukaan bibir. Bibir pun akan terbentuk dengan lebih rapi.

LUPAKAN BEDAK ASAS (FOUNDATION)

Ketika cuaca panas terik, hindari penggunaan bedak asas bertekstur cair dan krim. Selain akan terasa melekit pada permukaan kulit, bedak asas tersebut akan mudah bercapuk pada saat kulit mulai berpeluh.

Apa yang boleh dilakukan ialah gunakan bedak dengan kandungan mineral yang mampu menutupi noda dengan baik dan tetap terasa ringan. Pilih bedak bermineral dengan formula yang mengandungi pelindung tabir suria agar sekaligus dapat melindungi kulit dari paparan sinar matahari.

Kredit foto (top image): Freepik

Published by
Hasliza