Menu daging goreng kunyit mudah untuk disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Namun, salah satu masalah yang hadapi bila masak hidangan ini adalah dagingnya keras dan liat, terutamanya bila sudah sejuk.

Untuk atasi masalah ini, jom kita baca perkongsian oleh Nana Ismail menerusi laman Facebook miliknya.

TIPS NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL

Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak.

Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas ja.

1. Daging tu nak senang potong dan tak juling mata nak tengok urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak (dalam dia of coz la masih mentah). Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong.

Tip Masak Daging Goreng Kunyit Agar Lembut & Tidak Liat

Ads

2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat laaa.

Tip Masak Daging Goreng Kunyit Agar Lembut & Tidak Liat

3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging letak kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?

Ads

Tip Masak Daging Goreng Kunyit Agar Lembut & Tidak Liat

4. Lepas tu korang letak minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja. Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjus gitu.

Tip Masak Daging Goreng Kunyit Agar Lembut & Tidak Liat

Ads

Tip Masak Daging Goreng Kunyit Agar Lembut & Tidak Liat

5. Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, letak sayur then bagi terjun balik daging tu. SETTLE!

Tip Masak Daging Goreng Kunyit Agar Lembut & Tidak Liat

Sumber: Nana Ismail

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI