Satu perkara yang menggerunkan bagi jejaka adalah untuk bertemu dengan bakal bapa mentua. Entah dia suka atau tak dengan diri. Tetapi jangan khuatir, kalau anda berkelakuan baik dan memang betul-betul ikhlas untuk memperisterikan anaknya pasti bakal bapa mertua akan menyukai anda.
1. ADAB YANG SESUAI
Hendak bertemu dengan bakal bapa mertua pastikan anda memakai baju yang sesuai dan juga sopan. Jangan pula bertandang ke rumah bakal mentua dengan memakai seluar pendek. Nanti tak masuk rumah lagi dan kena reject. kalau boleh pakai pakaian yang sesuai seperti baju berkolar dan berlengan serta padankan bersama seluar slack atau jeans panjang.
Ads
2. KAJI MINAT BAPA MENTUA
Ini adalah satu perkara yang perlu anda korek daripada bakal isteri. Mungkin bakal bapa mentua anda suka satu-satu perkara seperti sukan bola sepak atau badminton, jadi apabila bertemu cuba membuka topik tentang perkara ini bagi menjadi sebagai satu pembuka anda berdua berbicara.
Ads
3. JADI DIRI SENDIRI
Semua orang pasti cemas apabila bertemu bakal bapa mentua namun anda jangan pula berbicara ataupun cuba mereka-reka cerita tentang latar belakang diri demi memberi satu impresi yang baik kepadanya. Sebaliknya jujur kepada diri sendiri kerana kejujuran membawa kepada kebaikan. Tidak perlu ‘mengangkat diri’ berlebihan kerana ia adalah perbuatan yang menjengkelkan.
Ads
4. SIKAP RASIONAL DAN MATANG
Apabila menjawab soalan yang diberikan oleh bakal bapa mertua, jawab dengan berhati-hati dan jangan main-main atau berseloroh. Dia masih tidak mengenali anda dan anda bukan rakan baiknya. Sebaliknya cuba bersikap profesional dan jawab dengan teratur.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Letihnya 2-3 hari ni… Badan pun mulalah tak sedap. Macam nak demam pun ada. Apa cara hilangkan sakit badan ni ya, bagi segar sikit?”
Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat, ada beberapa petua yang biasa diamalkan oleh orang-orang dulu sebagai cara hilangkan sakit badan, keluarkan angin, dan memastikan tubuh kembali sihat dan segar.
Ini adalah salah satu petua yang dikongsikan daripada pembaca kami, Puteri Aura Balqis. Menurut beliau, minuman ini adalah petua daripada ibunya untuk menghilangkan sakit-sakit badan dan buang angin dengan berkesan, Selain itu, ia juga melegakan kebas kaki dan tangan, serta mengatasi masalah susah buang air besar. Malah, ia juga boleh membantu mencuci darah beku dalam badan.
Caranak hilangkan lenguh badan, angin-angin, sembelit juga kebas
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat minuman kesihatan ini.
BAHAN-BAHAN
*halba 1 bungkus (50sen)
*halia
*serai
*air 3 gelas besar
1 sudu asam jawa
CARA-CARA
Ini adalah cara membuatnya. Mudah saja.
1. REBUS
Pertama sekali, rebuskan semua bahan bertanda * di dalam periuk. Tunggu hingga mendidih.
2. CAMPURKAN ASAM JAWA
Apabila dah mendidih, angkat dan campurkan rebusan air tadi dengan 1 sudu asam jawa. Kacau hingga sebati.
3. MINUM SEMASA SUAM
Seeloknya, minumlah minuman ini ketika masih suam. Paling bagus diminum ketika nak masuk tidur. Insha Allah, bila bangun pagi keesokan harinya, badan akan jadi segar-bugar!
4. AMALKAN IKUT KESERASIAN
Boleh buat minuman ini sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Terpulanglah nak minum 1 kali sehari atau selang sehari, mengikut keserasian badan masing-masing. Kalau ada lebih, seeloknya air rebusan ini disimpan dalam peti ais selama 1 hari saja.
Amalan penjagaan wajah adalah aspek penting untuk memastikan kulit sihat, halus dan gebu tanpa mengira masa serta keadaan. Penjagaan kulit dengan produk dan kaedah yang betul penting terutama mereka yang sering terdedah kepada pencemaran, tekanan, dan tabiat pemakanan yang tidak menentu.
Tidaklah rugi jika anda membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan rawatan kecantikan wajah. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri anda sendiri juga. Apabila kulit cantik, keyakinan diri kita pun akan semakin bertambah.
Ketahuilah bahawa konsep penjagaan kecantikan adalah satu perkara yang digalakkam dalam Islam. Hal ini kerana kecantikan itu adalah suatu perkara yang amat disukai oleh fitrah setiap manusia.
Melalui satu perkongsian di Facebook, Syahida Nasution berkongsi tentang Ustazah Asma Harun yang berbicara tentang penjagaan kecantikan seorang wanita.
Beberapa hari lepas, saya ada ternampak video Ustazah Asma Harun yang membahaskan tentang penjagaan kecantikan kulit wanita bukanlah satu pembaziran. Saya setuju.
Ustazah Asma Harun bahkan berkongsi kepada penonton video tersebut bahawa beliau juga membuat rawatan laser di bahagian muka untuk menghilangkan sel kulit mati.
Bukan itu saja, beliau juga berkata bahawa beliau sememangnya membuat rawatan facial di spa untuk kesihatan kulit wajah.
Beliau juga berkongsi bahawa sememangnya menggunakan produk kecantikan untuk menjaga kesihatan kulit wajah dan bukanlah kerana awet muda atau kulit natural semata-mata.
Entah kenapa, saya seronok apabila figura semacam beliau berkongsi tentang rutin kecantikan kulit wajah yang begitu.
Maka, jawapan cliché seperti “Wajah berseri kerana air sembahyang.” tidak mengguris hati mereka yang mengalami masalah kulit seperti acne prone dan sebagainya.
Ustazah Asma Harun ada mendedahkan bahawa adik beradiknya memang dididik untuk menjaga kulit badan termasuklah kulit muka kerana ianya anugerah yang dikurniakan Allah.
Beliau juga menyarankan kepada penonton jika penggunaan produk kecantikan pun masih tak dapat nak selesaikan masalah kulit wajah, berjumpalah dengan mereka yang lebih pakar.
Semua itu bukanlah pembaziran melainkan menjaga kulit badan. Dah nak masuk 2023 ni, suri rumah pun kena pandai jaga diri.
Kesimpulannya sebagai wanita, jagalah diri kita sebaik mungkin kerana jika bukan kita siapa lagi yang akan menghargai diri kita sendiri. Usah terlalu berkira untuk memanjakan diri. Curi sedikit masa untuk membelai diri kerana kadang-kadang kita sering terlupa yang sesungguhnya diri kita kerap diabaikan.
Ramai yang dah bercinta lama tetapi masih tak bersedia nak kahwin atas sebab-sebab tertentu.
Kalau ikutkan perkahwinan ini adalah pintu gerbang untuk memulakan perjalanan panjang yang penuh liku. Jadi anda kena ambil serius dan berbincang bersama pasangan mengenai persediaan perkahwinan sebelum mendirikan ‘masjid’.
Berikut adalah beberapa ciri pasangan yang belum bersedia untuk berkahwin yang boleh anda semak:
1. Komen negatif tentang perkahwinan
Perkara yang mendorong perilaku ini boleh terjadi disebabkan sama ada kerana si dia trauma masa lalu, isu kepercayaan atau sebab lain.
Tetapi jika pasangan anda lebih kerap memberi komen negatif tentang perkahwinan, bermakna pasangan anda tidak ‘tergesa-gesa’ untuk meneruskan hubungan mereka ke peringkat perkahwinan.
2. Fokus pada diri sendiri
Mengejar kerjaya dan impian adalah hak setiap individu. Namun, sekiranya pasangan anda tidak menyertakan anda dalam perancangan masa depannya, kemungkinan dia tidak mengambil serius dalam perhubungan kalian.
Termasuk jika pada masa ini pasangan anda masih suka melepak atau berpesta dengan rakan-rakannya daripada melakukan perkara yang lebih bermanfaat.
3. Selesaikan masalah dengan beremosi
Dalam perhubungan, pertengkaran adalah perkara biasa yang berlaku. Malah, pasangan yang tidak pernah bergaduh dalam perhubungan juga boleh diragui kasih-sayangnya.
Sebaliknya, jika anda dan pasangan sering berborak tentang perkara remeh dan menjadikannya lebih beremosi dan dramatik, berkemungkinan belum masanya untuk kalian ke jinjang pelamin.
Ini memerlukan dua orang dewasa yang sama-sama ‘matang’ untuk mampu berkonflik dan mengatasi perbezaan demi mengekalkan hubungan yang berkekalan.
4. Ubah topik perbualan bila cakap pasal kahwin
Bendera merah yang seterusnya adalah jika anda atau pasangan sering mengelak atau menukar topik perbualan apabila hal perkahwinan dibincangkan. Dari segi psikologi, orang benar-benar ingin bercakap tentang perkara yang menggembirakan mereka dan cenderung untuk mengelakkan topik yang membuat mereka tidak selesa.
5. Tak bawa jumpa keluarganya
Jika pasangan anda serius menjalinkan hubungan, dia akan cuba membawa anda ke dalam kehidupan mereka.
Selain melibatkan anda dalam rancangan masa depannya, dia juga tidak akan teragak-agak untuk memperkenalkan diri anda kepada keluarga, kawan atau orang penting dalam hidupnya.
Jika ini tidak berlaku, jangan terlalu berharap.
6. Tolak perbincangan sensitif
Setelah berkahwin, pasangan anda adalah orang pertama yang akan dilihat apabila bangun dan orang terakhir sebelum anda tidur.
Itulah sebabnya jika anda dan pasangan belum bersedia untuk bercakap secara terbuka tentang perkahwinan, termasuk mengenai komitmen, seks, nilai, kewangan, dan lain-lain, kemungkinan besar anda masih jauh dari fasa perkahwinan. Terutama jika anda mempunyai prinsip atau nilai yang berbeza dalam isu-isu yang penting.
7. Tidak berdikari dari segi kewangan
Pasangan yang serius akan tidak menganggap topik kewangan sebagai materialistik atau ‘rezeki sudah diatur’.
Orang yang sudah bersedia untuk berkahwin memahami bahawa perkahwinan hanyalah “syarat” dan kehidupan selepas itu adalah panjang dan mencabar. Itulah sebabnya mereka memahami bahawa kestabilan kewangan adalah salah satu bekalan yang perlu disediakan untuk memikul tanggungjawab yang besar.
Haaa… itulah ciri pasangan yang belum bersedia untuk berkahwin. Kalau anda atau pasangan mempunyai tanda-tanda ini, boleh cepat-cepat buat keputusan sama ada nak teruskan atau cukup sampai di situ.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!