Tip Memilih ‘Crown’ Buat Pengantin Berhijab Agar Tampak Lebih Menyerlah

Share

Pemakaian tiara membuatkan diri pengantin tampil berbeza bak seorang ratu. Siapa tidak mahu kelihatan cantik di hari bahagia, sekali seumur hidup kan? Bermula dari solekan dan busana yang dipilih, pengantin pasti ingin dilihat menyerlah di hari bahagia.

Buat pengantin berhijab, penggunaan tiara hendaklah dipilih sebaik mungkin agar tidak mencacatkan penampilan. Pemilihan tiara yang tepat akan buat anda tampak berseri dan menyerlah!

Tip berikut boleh anda beri perhatian ketika memilih tiara:

1. Kalau gaun dan tudung pengantin sudah tampil mewah, maka anda hanya perlu tiara kecil dan simple.

Kredit: Pinterest

2. Memilih warna tiara yang senada dengan gaun adalah pilihan terbaik, manis sangat!

3. Jangan takut untuk mengenakan tudung yang polos dan tanpa hiasan, jika anda sudah memiliki tiara sudah dapat menyerlah penampilan pengantin.

Kredit: Pinterest

4. Tiara juga menjadi pelengkap dan tampil manis menghiasi tudung anda.

5. Tiara dengan motif padat yang lengkap dengan bling-bling menjadikan penampilan anda jadi lebih elegan.

Kredit: Pinterest

6. Bagi anda yang bertubuh sedikit besar, sebaiknya jangan memilih tiara dengan motif padat. Alasannya, agar penampilan anda tidak nampak sarat.

Published by
Anis Nor