Majlis bersejarah tinggal beberapa hari sahaja lagi akan berlangsung. Tentu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Jangan stres dan cuba tarik nafas dalam-dalam agar anda dapat bertenang. Apabila kita dalam keadaan bertenang segalanya dapat dilakukan dengan lebih teratur.

Berikut antara tip penting untuk bakal-bakal pengantin yang perlu diberi perhatian. 

Sebelum hari majlis akad nikah:

1) Simpan semua dokumen keperluan dalam satu sampul dan kemudiannya disimpan dalam satu kotak bersama barang kemas/cincin, duit mas kahwin dan sebagainya agar tiada yang tercicir.

2) Perlu tidur awal kerana ianya memberi kesan terhadap emosi anda pada keesokan harinya. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi agar anda nampak lebih selesa dan ceria.

Tip Penting Perlu Diberi Perhatian Sebelum Majlis Nikah, Bakal Pengantin Lelaki Perlu Lebih ‘Alert’
Kredit foto: Pexels

Pada Hari Majlis Akad Nikah:

1) Cuba selesakan diri (ambil mood). Pastikan sentiasa ada teman berborak agar anda tidak terlalu memikirkan tentang majlis supaya anda tidak terlalu gemuruh.

2) Ketika berdepan dengan Imam/Juru Nikah. Sentiasa senyum dan cuba untuk bertenang. Ketika khutbah nikah dibacakan, beri perhatian dan sentiasa senyum.

3) Akad Nikah (ijab dan kabul). Jangan risau. Kebiasaannya wali akan membuat percubaan sebelum membacakan ijab yang sebenar. Pengantin lelaki tidak perlu mejawab tergesa-gesa sambil menahan nafas.

Pada ketika ini, tetamu-tetamu yang hadir juga haruslah mengawal anak-anak untuk tidak berbuat bising dan menangkap gambar terlalu dekat sehingga mengganggu perhatian pengantin lelaki.

Kebiasaannya juru gambar terlatih telah mengambil momen pengantin berjabat tangan dengan wali pada permulaannya dan berhenti menangkap gambar untuk memberi ruang pengantin lelaki menjawab qabul dalam keadaan tidak terganggu.

Tip Penting Perlu Diberi Perhatian Sebelum Majlis Nikah, Bakal Pengantin Lelaki Perlu Lebih ‘Alert’
Kredit foto: Pexels

4) Bacaan Taklik. Jangan risau. Kebiasaannya ada disediakan teks bacaan taklik dalam tulisan rumi. Bagaimanapun, ada juga imam yang menyediakan teks dalam tulisan jawi.

Ads

Ini contoh bacaan taklik bagi negeri Kelantan:

“Bahawa adalah saya…….. dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya….. selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama yang tersebut pada hal dia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badanya atau saya tidak mempedulikannya selama empat bulan atau lebih kemudian ia mengadu kepada kadhi/ hakim syarak dan manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim syarak bagi pihak saya sebanyak RM 1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk.”

5) Sembahyang Sunat Selepas Nikah

Niat – “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”

Maksudnya: Sahaja aku solat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Taala..
Selepas bacaan Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah berikut:

Rakaat 1- Surah Al-Kafiruun
Rakaat 2- Surah Al-Ikhlas

Ads

6) Bersalam-salaman dengan ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

7) Penyerahan Mas Kahwin dan Pembatalan Air Sembahyang. Jangan risau, start dari sini semuanya akan di “guide” oleh jurugambar sehinggalah tamat Majlis Bersanding dan sesi Outdoor.

Memegang Ubun-ubun Isteri.

Doa: Allaahumma innii as-aluka khayraha wa khayra maa jabaltahaa ‘alaihi wa a’uudzu bika min syarrihaa wa min syarri maa jabaltahaa ‘alaihi

Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya.

Tip Penting Perlu Diberi Perhatian Sebelum Majlis Nikah, Bakal Pengantin Lelaki Perlu Lebih ‘Alert’
Kredit foto: Pexels

TIP TAMBAHAN UNTUK BAKAL PENGANTIN LELAKI

Perkara yang kadang-kadang nampak remeh tapi memberi kesan kepada seseorang pengantin kerana perkahwinan mungkin hanya berlaku sekali untuk seumur hidup dan kita mengharapkan perkara tersebut satu kenangan yang indah untuk dikenang.

Ads

Sekali Lafaz Yang Diidamkan

Persediaan untuk mencapai sekali lafaz akad nikah:

1. Sebutan nama pasangan
Wajib. Wajib hafal nama bakal isteri/nama pengantin perempuan dengan tepat supaya tidak mengganggu atau tidak menjarakkan sebutan kerana kurang yakin dengan nama yang tepat.

2. Cuba kawal rasa gemuruh
Tidak dinafikan. Rasa gemuruh pasti ada kerana anda sedang berdepan dengan antara perkara penting yang ingin disempurnakan dalam hidup. Tip untuk kurangkan rasa gemuruh, jangan hirau orang ramai yang berada di sekeliling. Fokus antara kita dengan wali/imam yang menjadi wakil wali sahaja.

Jika merasakan diri gemuruh, jangan pandang orang di sekeliling atau kawan-kawan yang sedang mengusik di belakang. Pandang imam, bersedia dengan lafaz akad nikah seperti yang dipraktikkan sebelum hari sebenar. Apa yang penting adalah lafaz perlulah TEPAT, JELAS dan TIDAK TERSEKAT-SEKAT/LANCAR untuk tempoh yang lama.

Sekiranya lafaz TEPAT, JELAS & LANCAR pasti anda berjaya menyempurnakan lafaz ijab kabul/akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.

Begitulah serba sedikit tips yang ringkas tetapi boleh memberi sedikit gambaran kepada bakal pengantin lelaki supaya lebih fokus apa yang lebih penting untuk dipraktikkan.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan sumber pengetahuan yang boleh diaplikasikan dalam majlis sebenar ke

Sumber kredit: FB Pakej Lengkap Perkahwinan & Sebagainya

Kredit foto (top image): Pexels

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI