Sesekali kena ambil peduli juga tentang tip perkahwinan untuk baiki hubungan suami isteri, nak-nak kalau sudah bertahun berumah tangga.
Baru-baru ini lalu satu video menerusi portal Keluarga daripada pelakon veteran, Faizal Hussein yang berkongsi tentang layanan sepatutnya pada seorang isteri.
Katanya, “Jangan malu untuk tunjuk kasih sayang pada isteri dekat depan public atau di mana-mana.
“Banyak orang lelaki biasanya kontrol, nak nampak macam macho dan tak hairan pada isterinya.
“Tapi pada saya, kalau saya rasa nak cium isteri depan orang, saya buat je. Tak kisah pun.
“Kemudian hormat menghormati satu sama lain, maam saya tak akan meninggi suara dekat pasangan depan orang. Memang tak akan tinggi suara.”
Pasangan yang pernah bergandingan di dalam drama Sayang Puteri ini telah berkongsi hidup selama hampir 19 tahun.
Dikurniakan sepasang cahaya mata, pasangan ini tidak pernah terpalit dalam sebarang kontroversi atau khabar angin.
Genap lebih 50 tahun berada di dalam industri lakonan, Faizal atau lebih dikenali sebagai Roy ini juga tidak pernah terlibat dalam sebarang gosip liar.