Tak berkelip tengok rekaan busana pengantin yang dihasilkan pereka fesyen Shanell Harun. Sesuai dengan nama koleksi kapsul baharu ini iaitu Gabrielle 2021, sentuhan Shanell mencipta kelainan dengan membawa pengaruh klasik Inggeris dan menampilkan Uqasha Senrose sebagai muse.

 

Tip  Pilih Baju Kahwin. Rekaan Shanell Harun Tahun Ni Memang Grand Habis!

 

 

Teringat lagi bila Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di satu acara hiburan baru-baru ini. Uqasha yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi sangat sesuai menggayakan busana karya Shanell yang baharu. Pemilihan busana resepsi dengan gaya moden ini bakal menjadi trend perkahwinan 2021.

 

Tip  Pilih Baju Kahwin. Rekaan Shanell Harun Tahun Ni Memang Grand Habis! Tip  Pilih Baju Kahwin. Rekaan Shanell Harun Tahun Ni Memang Grand Habis!

Ads

Penggunaan fabrik renda Perancis sebagai asas rekaan, minimal dari segi perincian dan dipadankan dengan layah dan set berlian dari Habib Jewels membuatkan bakal pengantin tampil mempesona di hari bahagia.

 

I feel honoured menjadi org pertama menyarungkan koleksi mewah dari Shanell Harun. Tobe honest, Sha selesa dgn potongan baju dan setiap perincian yang digunakan,bersesuaian dengan jiwa Sha.” jelas aktres yang bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli ini.

Tip  Pilih Baju Kahwin. Rekaan Shanell Harun Tahun Ni Memang Grand Habis!

Turut menarik perhatian, aksesori yang digayakan Uqasha semasa sesi
penggambaran itu di taja oleh salah satu jenama berlian dan barang kemas terkenal di
Malaysia, Habib Jewels. Aksesori mewah bertatahkan permata mutiara dan berlian ditempa
khas bernilai lebih 4 juta itu merupakan koleksi yang mambawa simbolik cinta, pengharapan dan keabadian.

 

Ads

Berlian yang sinonim dengan wanita pastinya menjadi lambang suci sebagai tanda cinta menjadikan pemilihan Uqasha sebagai muse dalam koleksi ini adalah keputusan yang tepat kerana dia tampil menggayakan setiap satunya dengan sempurna.

 

**************************************************

 

Di sini Pesona Pengantin ingin berkongsi tip untuk bakal pengantin yang ingin memilih baju kahwin:

Ads

 

  1. Bila pilih baju nikah, tunjukkan pada designer contoh baju yang anda inginkan. Atau, boleh juga beritahu kepada designer rekaan dan potongan macam mana yang anda suka

 

  1. Potongan baju perlulah mengikut keselesaan mempelai. Ada yang suka pakai fit, tapi pilih design yang boleh sembunyikan ‘kelemahan’ anda.

 

  1. Material kain sangat penting. Itu adalah kunci keselesaan anda.

 

  1. Jangan terlalu menjadi mangsa trend. Biarlah pilihan busana itu sesuai dengan personaliti anda.

 

  1. Warna busana hendaklah ‘kena’ dengan anda dan pasangan. Jangan selfish tau! Kasihan pasangan andai warna busana tak kena dengan dia.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI