Bagi bakal raja sehari keselesaan kasut amat penting kerana korang akan memakainya sepanjang majlis bersanding berlangsung. Kasut yang tidak selesa akan memberikan impak yang negatif seperti tumit sakit, kasut ketat, terlalu keras dan sebagainya.
Maka sebab itulah kita harus memilih kasut untuk majlis perkahwinan dengan teliti untuk di pakai di hari bahagia nanti.
Ini adalah point nombor satu yang perlu korang titik beratkan. Pada hari perkahwinan korang nanti, korang akan banyak berdiri dan bergerak. Misalnya untuk sesi fotografi, melayan tetamu yang hadir majlis potong kek dan banyak lagi. Jadi pilih kasut yang selesa untuk dipakai bukan kasut yang menyakitkan kaki atau lebih teruk lagi yang boleh membuatkan kaki korang melecet.
Melihat dari sudut fesyen dan kecantikan, semakin tinggi tumit kasut, semakin cantik bukan? Kasut tumit tinggi juga sudah diketahui ramai bahawa ia sememangnya boleh mencantikkan lagi penampilan seseorang. Jadi, jika korang tidak biasa memakai kasut tumit tinggi, janganlah pula memilih kasut yang berinci-inci. Jika korang masih ingin memakainya, mungkin korang boleh berlatih ‘catwalk’ dan membiasakan diri terlebih dahulu.
Sebagai pasangan raja sehari, pilih fabrik kasut dari fabrik yang nampak mewah. Seperti satin, silk atau lace. Jika korang memilih busana tradisional, fabrik songket yang sedondon juga lebih sesuai. Selain itu perincian seperti labuci atau effect glitter juga mampu menaikkan aura glamour.
Walaupun ia adalah dari pilihan korang, pilihlah kasut mengikut citarasa dan gaya korang. Adalah penting untuk sentiasa menjadi diri sendiri dalam bergaya. Ingatlah ini majlis keraian korang pada hari tersebut. Korang berhak memilih untuk memakai apa yang korang mahukan.
Bagi memastikan keselesaan dan saiz yang betul, harus diingatkan agar korang mencuba dulu kasut yang ingin dibeli. Jangan ambil risiko dengan membeli kasut secara online pada saat-saat terakhir atau membeli kasut tanpa mencubanya dahulu. Selain itu cuba pakai kasut tersebut bersama dengan busana pengantin korang. Jika tidak sesuai dengan busana, korang masih sempat untuk membeli kasut yang lain.
Tidak terhad kepada kasut tumit tinggi dan warna putih sahaja, pengantin alaf ini punya lebih banyak pilihan. Berikut Wanista kongsikan beberapa koleksi kasut pengantin yang mungkin boleh dijadikan inspirasi semua bakal-bakal ratu sehari.
1.Stiletto
2.Wedges
3.Tumit Sederhana Tinggi
4.Kasut terbuka/bertali
5.Sneakers
Jika anda gemarkan gaya yang lebih santai, anda dan pasangan bolehlah menggayakan sneakers di hari bahagia nanti. Bagaimanapun pastikan sesuai dengan busana yang digayakan ya!
KOLEKSI TERBAHARU LARRIE BERTEMAKAN MILANO FLAIR
LARRIE telah memperkenalkan koleksi baharu bertemakan Milano Flair bersempena dengan Aidilfitri 2023. Koleksi “Milano Flair” diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen.
Untuk koleksi wanita, LARRIE memperkenalkan rangkaian kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni. Manakala koleksi untuk lelaki pula, LARRIE membawakan koleksi lebaran dengan tema warna musim bunga dan musim panas yang didorong oleh fesyen Milano yang terkenal dengan gayanya.
Kredit foto (top image): Pexels