Setelah berkahwin, sebagai orang baru dalam keluarga anda perlu pandai menyesuaikan diri. Perlu ubah sikap diri yang negatif untuk menjaga hubungan kekeluargaan. Ambil hati mertua anda dengan baik supaya mertua tidak membeza-bezakan menantunya. Ikut petua ini kalau nak hubungan baik dengan mertua.
1. Lalui dengan sabar
Bagaimanapun juga mertua adalah orang tua dari pasangan kita yang seharusnya kita hormati.
Walaupun mertua bersikap tidak adil pada kita, cubalah untuk tetap bersabar sebagai menantu. Mungkin mertua kita belum melihat kelebihan yang kita miliki.
2. Ambil tahu kenapa mertua bersikap pilih kasih
Mertua kita bersikap tidak adil mungkin ada alasannya, apakah perkahwinan anda dulu direstui? Atau mungkin anda pernah membuat kesalahan yang sangat mengecewakannya?Atau mungkin menantu yang lain memiliki kelebihan yang tidak ada pada kita?Soal diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik lagi di mata mertua.
3. Kuatkan hubungan silatturahim dengan mertua
Mungkin salah satu penyebab mertua pilih kasih kerana anda tinggal jauh dari mereka, sehingga kurang komunikasi dan mertua merasa lebih dekat dengan menantu yang lainnya yang lebih dekat dengan mereka.
Cuba untuk lebih mendekatkan diri kepada mertua dengan lebih sering berkunjung ke rumahnya atau sering bertanya khabar mereka. Barulah anda selalu dekat di hati mereka.
4. Berikan perhatian pada mertua.
Kesibukan boleh membuat kita lupa waktu dan lupa untuk berkumpul bersama keluarga besar.
Luangkanlah masa untuk berkumpul bersama keluarga dan berikan perhatian kepada mertua yang mungkin selama ini diabaikan sehingga membuat hubungan anda dan mertua menjadi renggang di banding menantu yang lain.
5. Tunjukkan kelebihan anda pada mertua.
Apa kelebihan yang ada pada diri kita, cuba tunjukkan kepada mertua. Mungkin anda boleh berikan kasih sayang kepada mereka.
6. Penuhi keinginan mertua.
Mungkin mertua kita punya keinginan yang belum kesampaian, penuhilah jika anda mampu untuk memenuhinya.Dengan cara membahagiakan mertua seperti ini akan membuat mereka merasa sangat senang dan akan berterima kasih pada kita. Ia akan merasa sangat senang menerima hadiah dari menantunya, kerana dengan itu mereka akan merasa disayang dan diperhatikan.
Sumber: wajibbaca.com