Tip Solekan Cantik & Tahan Lama, Ada Persediaan Yang Bakal Pengantin Kena Buat

Share

Solekan pengantin yang sempurna mampu menaikkan seri ratu sehari. Semua wanita pasti ingin tampil cantik dan menawan dengan solekan, tak kira bagi yang biasa mekap ataupun tidak.

Selain menaikkan seri wajah pengantin, solekan membantu menutup cela yang ada pada kulit wajah. Dengan adanya solekan, ia dapat membantu memberi keyakinan ketika bersanding di atas pelamin.

Kredit foto: Pexels

Berikut perkongsian daripada Nurul Amira tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh bakal-bakal pengantin menjelang hari bahagia.

Bakal pengantin yang nak mekap cantik pada hari bahagia nanti, pastikan anda melakukan perkara-perkara berikut:

1. Gunakan produk perawatan kecantikan yang sesuai dengan jenis kulit korang. Jangan tukar rutin korang 2 minggu – 1 bulan sebelum hari majlis perkahwinan korang. Treat your skin barrier before other things.

2. Cuba elak daripada melakukan facial wajah. Jika facial biasa mungkin tidak mengapa. Tapi jika buat face extraction, buat sebulan sebelum majlis berlangsung kalau tak nak muka bengkak pada hari perkahwinan korang nanti.

3. Lakukan perawatan untuk bibir korang selain perawatan kulit wajah. Jangan biarkan gambar-gambar perkahwinan anda ‘spoil’ gara-gara bibir anda yang merekah dan mengelupas, lagi-lagi bila pakai lipmatte .Cuba sapukan lip oil untuk mendapatkan bibir yang lembap dan licin. Bila pakai lipstik terus ekstra cantik!

4. Cuba alat-alat mekap anda terlebih dahulu (test makeup). Kadang-kadang  ada peralatan mekap yang boleh menaikkan tiny bumps  dan jerawat apabila tidak sesuai dengan kulit kita. Lebih teruk lagi ialah boleh menyebabkan alahan pada kulit wajah dan gatal-gatal. Worst case boleh naik rashes & gatal gatal tau.

5. Beritahu MUA anda tentang keadaan kulit anda. Jadi MUA boleh guna produk yang sesuai untuk kulit korang. Jika kulit korang jenis berminyak, MUA tahu produk apa yang sesuai dan produk apa yang tidak. Boleh guna extra scarf yang sama color untuk MUA adjust makeup tone especially if you are wearing white shawl/bawal. Kalau boleh sebelum hari persandingan kerapkan tuam ais dekat muka.

Kredit foto: Pixabay

6. Tip tambahan untuk kanta sentuh (contact lens). Pastikan korang pakai yang dah biasa pakai atau practice 2-3 hari sebelum majlis berlangsung. Pakai sepanjang hari bersama dengan bulu mata palsu. Pakai 2-3 hari sebelum majlis bagi mengelakkan rasa rimas.

Sumber: Nurul Amira Kredit foto (top image): Pexels

 

Published by
Hasliza