Kalau suami suka isteri bersolek tetapi tak nak mekap cair mudah, anda patut tahu apa rahsia untuk kawal masalah ini.
Nak-nak musim panas, nak berjalan pun tak selesa bila mekap dah cair dan nampak comot, melainkan ada penghawa dingin.
Jangan biarkan kes suami cium pipi isteri tapi lekat foundation pula! Benda boleh dielak, bukan?
Haaa… cuba anda pastikan beberapa langkah ini dibuat sebelum mekap. Inshaa Allah membantu.
Primer antara produk yang terbaik untuk mengunci pori-pori wajah dari mengeluarkan minyak yang berlebihan. Malah terbukti primer menjanjikan mekap yang lebih tahan lama. Jadi sapu rata primer pada bahagian wajah kamu yang mudah berminyak ketika cuaca panas.
Ada yang menggunakan loose powder untuk menyerap atau ‘mengeringkan’ solekan dari peluh. Kesannya, mekap kamu bertambah comot kerana loose powder tidak berdaya untuk mengawal semua kesan minyak dan peluh yang ada. Sebaiknya guna blotting paper!
Sapu wajah dengan kuantiti pelembab seadanya, tak perlu tebal sehingga kulit jadi melekit. Bayangkan kulit kamu sudah tebal dengan pelembab, ditabah solekan dan akhirnya bergabung dengan peluh. Apa akan jadi?
@ferra_rossa CARA MEKAP TAHAN LAMA ⏰ Especially untuk muka berminyak sebab muka berminyak ni dia punya sebum berlebihan tu yang akan melt mekap , ditambah pula peluh dan cuaca panas, mekap akan cair dan tak tahan lama. Esok pergi open house boleh try hack prep ni. Dan please report back to me ok because I yakin 💯 your makeup will last longer vs when you skip this step. #inspirasiraya #mekaptahanlama #makeuphackstutorial #ferrarossabeauty All the best! Follow me for more beauty tips kecantikan luar dan dalam okkk❤️ #ferrarossabeauty #mekaptahanlama #longlastingmakeup #makeuphacks #makeuptips ♬ original sound – FerraRossa | YourBeautyGuru
Buat yang gemar memakai maskara, bukan musim hujan sahaja. Musim panas begini pun gunakan maskara yang kalis air. Khususnya buat mereka yang mengalami masalah kelopak mata mudah berminyak.
Bila cuaca panas yang amat tak perlu lah pakai mekap yang tebal. Cukup anda berhias sekadar naik seri, pakai nipis biar nampak natural sahaja dah memadai.
Jadi, kalau betul anda tak nak mekap cair mudah, pastikan anda amalkan beberapa tip di atas ya. Barulah nampak kemas dan tak cepat comot.
Kredit video: ferra_rossa