Saat bakal bergelar ratu sehari pastinya mahu diri dilihat anggun dan berbeza penampilan dari hari kebiasaan. Namun perlu diingat setiap orang memiliki bentuk wajah yang berbeza, begitu juga dengan jenis kulit wajah yang berbeza. Jangan bimbang, juru mekap pasti tahu apa yang sewajarnya dilakukan bagi mengatasi  kekurangan pada wajah bakal pengantin.

Buat bakal pengantin,  berikut diberikan beberapa tip yang sesuai buat anda. MUA Taufeeq Adam berkongsi tip manfaat ini.

1)Warna
Pemilihan warna foundation hendaklah sesuai dengan jenis kulit serta pemilihan warna hijab juga memainkan peranan penting bagi menghasilkan look yang sempurna.

Tip Wajah Tampil Menyerlah Untuk Bakal Pengantin

2) Cahaya
Cahaya yang mencukupi diperlukan ketika mekap. Bagi mengelakkan bayang dan memastikan mekap blending dengan baik.

3) Penggunaan kanta lekap
Warna kanta lekap/ contact lens hendaklah sesuai dengan mekap dan wajah seseorang pengantin. Bagi mendapatkan raut wajah yang lebih lembut dan ayu serta menaikkan seri pengantin.

Tip Wajah Tampil Menyerlah Untuk Bakal Pengantin

4) Pemilihan jenis tudung
Jenis tudung sangat memainkan peranan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Ads

5)Pemilihan warna dan jenis lipstik
Pemilihan warna dan jenis lipstik hendaklah sesuai dengan bentuk bibir dan warna yang sesuai dengan hijab.

 

Tip Wajah Tampil Menyerlah Untuk Bakal Pengantin

 

6) Penggunaaan mekap yang kalis geseran dan waterproof
Pemilihan mekap yang waterproof serta kalis geseran adalah sangat sesuai bagi pengantin berhijab untuk mengelakkan mekap terkena pada hijab.

Ads

7)Kurangkan contouring 
Kurangkan contouring terutama di bahagian pipi dan tengkuk kerana ia tidak sesuai dan menggelapkan wajah pengantin berhijab. Ini kerana apabila berhijab. ia akan menghasilkan bayang pada wajah dan menghalang cahaya terus ke wajah.

Tip Wajah Tampil Menyerlah Untuk Bakal Pengantin

8)Penggunaan foundation 2 tona lebih cerah dari warna kulit
Adalah sangat penting bagi kita mengetahui bahawa penggunaan 2 tona lebih cerah ini bersesuaian dengan pengantin berhijab. Ini kerana apabila berhijab ia akan menghasilkan bayang pada wajah. Maka penggunaan 2tona lebih cerah ini membantu menghasilkan mekap yang seimbang.

9)Penggayaan tudung 
Mestilah sesuai dengan bentuk muka pengantin dan mestilah kemas.

Ads

Tip Wajah Tampil Menyerlah Untuk Bakal Pengantin

Tip pemilihan aksesori

Pemilihan aksesori untuk pengantin berhijab perlulah sesuai dipadankan dengan busana si pengantin.

1)Pengunaan crown yang nipis dan tidak terlalu tinggi amat sesuai dipadankan dengan pengantin berhijab.

2) Material yang digunakan berasaskan batu permata, berlian, Swarovski serta biji mutiara juga disarankan bagi menaikkan lagi seri aksesori yang berkiluan serta tampak lebih mewah.

3)Jika mahu nampak lebih simple, tidak perlu memakai sebarang aksesori akan tetapi penggunaan hijab atau veil yang diseliputi lace serta jahitan manik yang penuh adalah pilihan yang bijak dan sering digunakan pada masa kini.

Tip Wajah Tampil Menyerlah Untuk Bakal Pengantin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI